بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL BELEK-BELEK TANAMAN YANG MENGHIASI LAMAN RUMAH....KALAU DI RUMAH PI POKOK BUNGA RAYA ANEKA WARNA PI TANAM KELILING RUMAH....JIKA ADA YANG MINAT NAK TURUT MENANAMNYA JUGA PI AKAN BERIKAN SAJA....KADANGKALA ADA ANAK CUCU YANG KEPANASAN AKIBAT DEMAM AKAN DIAMBIL DAUNNYA LALU DIRAMAS DALAM SEMANGKOK AIR BUAT MENJELUM KEPALA DAN MENURUNKAN SUHU PANAS BADAN....POKOK BUNGA RAYA CANTIK DIJADIKAN PERHIASAN LAMAN DAN BERGUNA SEBAGAI UBATAN HERBA JUGA...






Dari Pagoh ke pekan Semerah,
berbaju kebaya hias ratna;
cantik sungguh berkelopak merah,
bunga raya seri suasana.


Ayam serama warna kelabu,
tertusuk duri bunga angsana;
kelopak lima stigma rambu,
sinar mentari menyerlah warna.

Bertudung labuh duduk di taman,
hinggap di riba burung kedidi;
subur tumbuh kelilingi laman,
ubatan herba semula jadi.


10 ulasan - "PANTUN BUNGA RAYA..."

Irfa delete icon 24 September 2016 12:36 PTG

assalamualaikum kak
semoga diberkati hari ni
saya masa duk kg dulu, suka ramas2 daun bunga raya buat cuci rambut
suka rambut rasa licin je lepas cuci ngan daun bunga raya

Puan Wawa delete icon 24 September 2016 3:14 PTG

Amboihh, sedapnya pantun kak PI..")

paridah delete icon 24 September 2016 3:22 PTG

YEKE IRFA..PETUA YG BAIK UTK PENJAGAAN RAMBUT TU...TQ

paridah delete icon 24 September 2016 3:24 PTG

HEH..HEH..YELAH TU WAWA..TQ

Khir Khalid delete icon 24 September 2016 5:36 PTG

Bunga raya ada serinya sendiri,
buat kebanggaan rakyat jelata,
anggun wajah cantik berseri,
adakah cik adik sudah berpunya.

*Contoh pantun bunga raya je kak hehee.. :D

Khir Khalid delete icon 24 September 2016 5:37 PTG

Eh tertinggal typo... *contoh pantun bunga raya buat tambahan je kak hehee.. :D

paridah delete icon 24 September 2016 9:58 PTG

WAH PANDAI BERPANTUN JUGA DIK KK...MASUK BLOG KAK NI SARAT DGN KARYA SASTERA SEDERHANA SAJA PUN....TKSH

Mas delete icon 24 September 2016 10:37 PTG

nice ! suke pantun tu..hee.slu blender daun bunga rya bg lebatkn rmbut..suburnya pkok bnga rya akk.!

Etuza Etuza delete icon 25 September 2016 1:33 PG

Hebatnya bunga kebangsaaan kita..cantik..ciptaan Allah

Warisan Petani delete icon 25 September 2016 12:26 PTG

Wkmsalam.
Indah pantunnya
Cantik bunganya.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”