Tuesday 20 September 2016

GUNUNG PERTAMA DI DUNIA...

ASSALAMUALAIKUM…

JABAL ABI QUBAIS



Pic google image

Kota Makkah adalah kota yang terletak di lembah atau wadi yang di kelilingi olih gunung gunung. Semua yang bernama gunung atau bukit di Makkah adalah tumpukkan batu batu yang menyilaukan mata apalagi jika di lihat pada siang hari dengan teriknya matahari..

Dari sekian banyaknya jabal atau bukit, ada beberapa jabal yang mempunyai nilai yang sejarah dan kisahnya yang tidak dilupakan olih umat Islam.
Diantaranya adalah bukit yang bernama Jabal Abi Qubais.

Setiap muslim yang datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji ataupun umrah pasti pernah mendengar nama Jabal Abi Qubais tapi kurang mengetahui kedudukan atau sejarah jabal tersebut.

Jabal Abi Qubais berada di sebelah timur Baitullah. Jika kita bediri dan membelakangkan hajar aswad maka pandangan kita akan melurus ke sebuah istana megah (Istana Shafa) yang berdiri di atas sebuah bukit yang telah pupus.Itulah di antara kawasan Jabl Abi Qubais yang mempunyai sejarah yang berkaitan dengan sejarah Baitullah dan kota Makkah.

Jabal Abi Qubais merupakan bukit yang letaknya sangat dekat dengan Masjidil Haram dan berhadapan dengan bukit Shofa. Jabal Abi Qubais adalah gunung yang pertama kali di ciptakan olih Allah Swt di muka bumi setelah penciptaan Baitullah Ka’bah.

Dahulu di atas puncak bukit tersebut ada sebuah masjid kecil yang dinamakan sebagai Masjid Bilal. Bukit ini menurut para ulama Makkah adalah bukit yang mulia kerana berdekatan dengan Ka’bah dan menggadap ke bukit hafa.

Ada riwayat menyatakan bahawa Jabal Abi Qubais juga di kenali dengan nama Jabal Al Amin (bukit kepercayaan)

Pada saat Nabi Ibrahim Alaihissalam membangun Baitullah, Hajar Aswad di bawa dari Jabal Qubais olih Malaikat Jibril dan di serahkan kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk di letakkan di sudut Ka’bah.

Di riwayatkan juga bahawa batu batu yang di gunakan untuk membangun Baitullah olih Nabi Ibrahim Allaihissalam di ambil dari Jabal Abi Qubais.

Setelah selesai membangun Ka’bah Nabi Ibrahim Alaihissalam lalu naik ke atas Jabal Abi Qubais dan berseru:

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenanp penjuru yang jauh.(Surah Al Hajj ayat 27)

Terdapat juga banyak riwayat yang menyatakan bahawa mukjizat Rasulullah Saw ketika bulan terbelah terjadi di Abi Qubais.

Pada satu ketika kafir Quraisy telah meminta baginda Rasulullah Saw untuk membuktikan kenabiannya agar beliau dapat membelah bulan. Maka dengan kekuasaan Allah Swt, Rasulullah Saw telah membelah bulan menjadi dua belahan dengan tujukan jarinya

Peristiwa yang hebat ini telah di saksikan olih kaum musryikin Makkah bahawa bulan telah benar benar terbelah dua.

Satu belahan berada di atas Jabal Qubais dan belahan kedua bergerak ke arah Jabal Qaiu’an yang kedudukan berhadapan dengan bukit Marwa.

Bagi Jemaah haji yang masih berada di tanah suci ambilkan kesempatan untuk melihat keistimewaan bukit atau Jabal Abi Qubais

Coretan ustazah Nurbayah Usman.
Top of Form
Like
Love
Haha
Wow
Sa

17 comments:

  1. subhanallah, thanks info ni kak PI

    ReplyDelete
  2. SINGGAH
    https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-maxiscelcomdigifree-jmbelog.html

    ReplyDelete
  3. Terimbau kembali kenangan ketika di sana PI
    Kali akhir pergi umrah 2013 kakak tak singgah di situ tapi lalu juga sebab kalau keluar pintu belakang kawasan Sa'e kita boleh nampak. Apa lagi waktu itu Masjidilharam tengah buat renovation besar-besaran.

    Maha berkuasanya Allah...

    ReplyDelete
  4. KONGSI INFO AGAR RAMAI YG TAHU HANA...TKSH

    ReplyDelete
  5. TKSH JAMIL HASHIM SUDI SINGGAH

    ReplyDelete
  6. YEKE...BERTUAHNYA KALAU DPT KE SANA KAN KAKZAKIE...TEMPATNYA PENUH BERSEJARAH N DITUNTUT AMALAN YG MEMBAWA BERKAH...TKSH

    ReplyDelete
  7. thanks atas perkongsian info..

    ReplyDelete
  8. thank for share...
    byk kadang² sejarah kita terlupa...
    terima kasih..:)

    ReplyDelete
  9. insha allah, kalau panjang umur satu hari nanti sampai disini :)

    ReplyDelete
  10. terasa kerdilnya diri bila membaca catatan ini..

    ReplyDelete
  11. masih banyak yg saya tak tahu mengenai tempat kat sana.
    macam kak kamsiah cakap, terasa kerdil je bila baca..
    thanks for the info kak PI.
    boleh share lagi yg berkait next time ye ^_^

    ReplyDelete
  12. tksh pha is moga info beri menafaat kpd kita

    ReplyDelete
  13. Assalamuaalaikum kak, semoga sentiasa diberikan kebaikan dalam perjalanan hidup.
    Alhamdulillah, terima kasih akak atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Dapat juga mengetahui sedikit sebanyak sejarah suatu tempat.
    Di dalam Sirah Nabawiyah ada juga disebutkan mengenai Jabal Abu Qubais atau Jabal Qubais ini, sebagai tempat yang biasa dikunjungi oleh orang-orang pada masa jahiliah. Dalam al-Munjid karangan Louis Ma’luf pula menyebut bahawa Jabal Abu Qubais pernah dijadikan tempat pelontaran manjanik oleh Hasin bin Numayr untuk dihalakan kepada pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Ka`abah. Tembakan daripada manjanik ini menyebabkan terbakarnya kiswah Kaa`bah. Dan banyak lagi kisah mengenai Jabal Qubais ini...

    ReplyDelete
  14. Jarang dengar nama gunung ni....Masyaallah banyak sejarahnya rupanya....
    Moga satu masa nanti Allah memberi peluang untuk melihat sendiri gunung ini

    ReplyDelete
  15. Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist