بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MOMEN DI ARAFAH



Moment di padang Arafah sangat penting bagi setiap jemaah haji untuk memperolehi pengampunan Allah dan menyerahdiri kepada Nya.
Inilah padang pengampunan bagi setiap diri yang ingin membersihkan dosa dosa. Padang Arafah adalah tempat Nabi Adam bertaubat dan kemudian memperolehi kalimat kalimat Ilahiah sebagai bekal mengharungi kehidupan
Alangkah suci nya Allah. Meskipun dapat bersujud di atas padang pasir di bawah cahaya panas terik tetap menjadi sebuah kenikmatan untuk di syukuri

Di padang Arafah...
Dosa dosa di bersihkan
Rahmat Allah luas di sebarkan
Pintu pintu langit pun luas terbuka
Menyambut doa doa untuk dikabulkan
Di bumi arafah ini....
Allah telah menyempurnakan AgamaNya
Dan meredhai agama Islam
Serta mencukupkan nikmatNya kepada hamba hamba Nya

Jalan Allah terbuka lebar
Saat seorang hamba dapat keluar
Dari kegelapan jiwanya
Menuju kepada cahaya yang terang
Semoga terbuka pula naungan langit arafah
Kepada mukmin sejati di seluruh dunia
Meski tidak dapat hadir di padang arafah
Di padang Arafah baginda Rasulullah Saw telah berdoa memintakan ampun bagi umatnya di malam Arafah.
Lalu doanya di jawab Allah:
Aku telah mengampunkan mereka selain dosa orang orang yang zalim. Aku menyiksa mereka sebagai balasan atas orang orang yang telah dianiayanya
Lalu Rasulullah pun berkataa:
Ya Allah...
Jika Engkau menghendaki
Maka Engkau akan memberikan syurga bagi orang yang teraniaya dan mengampunkan orang orang yagn berbuat zalim
Namun Allah tidak menjawabnya malam itu juga. Pada pagi harinya ketika berada di Muzdalifah, Rasulullah Saw kembali berdoa dan kali ini doanya di jawab olih Allah sehingga Rasulullah tertawa
Ketika di tanya kenapa beliau tertawa dengan tersenyum beliau menjawab:
Sesungguhnya musuh Allah, Iblis ketika mengetahui bahawa Allah telah mengabulkan doaku dan mengampunkan umatku, Iblis lantas mengambil tanah dan melemparkannya ke atas kepalanya.Mereka mendoakan kecelakaan dan kesengsaraan bagi untuk manusia.
Apa yang aku lihat berupa rasa takut iblis...
Itulah yang membuatku tertawa..
Demikianlah sifat kasih sayang Allah terhadap orang orang yang telah menzalimi dirinya dan menzalimi orang lain.




Sumber facebook Ustazah Siti Nurbaya Usman

11 ulasan - "CITRA ARAFAH.."

Nora Karim delete icon 10 September 2016 2:02 PTG

Thanks sharing... Sangat beruntung bagi mereka yang Allah jemput untuk berada di tempat yang mulia ini...

paridah delete icon 10 September 2016 4:04 PTG

TKSH NORA..YA BERTUAH SUNGGUH MRK YG DIJEMPUT ALLAH BERIBADAH HAJI.

Diarios delete icon 10 September 2016 4:52 PTG

inn shaa ALLAH semoga kita dijemput ALLAH ke sana suatu hari nanti

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 10 September 2016 5:01 PTG

nice sharing

paridah delete icon 10 September 2016 9:33 PTG

INSYAALLAH DIARIUS..MUDAH2AN TKSH

paridah delete icon 10 September 2016 9:34 PTG

TKSH MKL

Warisan Petani delete icon 11 September 2016 1:14 PTG

Alhamdulillah.
Semoga segala dosa kita diampunkan.

Gee Lion delete icon 12 September 2016 1:04 PG

:'(
hanya mampu memandangnya saja buat masa sekarang kak..

Pha Is delete icon 13 September 2016 9:03 PG

smoga kita semua berkesempatan ke sana..

Khir Khalid delete icon 13 September 2016 9:36 PTG

Semoga Allah memperkenankan kita semua menjadi tetamuNya nanti... aamiin ya Rabbalalaamiin

Mas delete icon 15 September 2016 10:55 PG

NICE.smoga dpt ke sna nnti

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”