بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



ZIKIR MUNAJAT SEORANG MUKMINAH

Zikir munajat kepada-Mu
mohon rahmat dan restu
bersama setia detik jam
mengetuk pintu waktu.
Malam-malamku lena
ditemani mimpi terindah
melihat megah Baitullah
dikelilinggi lautan manusia
bertawaf dan berzikir munajat
dan ada sinar dari hajar aswad
memancarkan cahaya di dadaku.
Kutatap mercu gemilang kubah hijau
tenang masjid Nabawi menyambutku
saat aku singgah di lamam web
menziarahi makam rasulullah saw
di alam maya.
Ya Rabbi,
sebelum Kau jemput aku kembali
impianku menjadi tetamu-Mu
dan menjejak makam kekasih-Mu
di alam realiti.
Demikian zikir munajat
seorang mukminah saban waktu
mohon mimpi menjadi realiti
meskipun tawaf dan ziarah
hanya mampu di atas kerusi roda.
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
9 APRIL 2016

8 ulasan - "ZIKIR MUNAJAT SEORANG MUKMINAH....."

Mrs. A delete icon 9 Ogos 2016 11:42 PG

Amin semoga diperkenankan olehNYA.


Mrs. A tag K.PI segmen Pencarian bloglist gadisgenit

Mazlan Othman delete icon 9 Ogos 2016 11:44 PG

Aamiin.
In syaa Allah semuga dipermudahkan.

paridah delete icon 9 Ogos 2016 11:44 PG

AMIIN..TKSH MRS A TAG KAK NANTI KAK CUBA JOIN.

paridah delete icon 9 Ogos 2016 11:46 PG

TKSH MAZLAN...INSYA ALLAH

Kakzakie Purvit delete icon 9 Ogos 2016 12:21 PTG

Memang ramai di sana yg menggunakan kerusi roda PI. Jgn bimbang yg berkerusi roda lagi mendapat keistimewaan. Apa lagi sewaktu tawaf dan saie juga ada lorong khas buat pengguna kerusi roda. Moga impian menjadi kenyataan. Pergi dgn anak-anak PI. Amin.

Mang Lembu delete icon 9 Ogos 2016 1:52 PTG

dengan setiap waktu kita bermunajat kepada-NYA, rahmat dan berkah yakin akan didapatkan....aaaamiiiin

Aku Penghibur delete icon 9 Ogos 2016 11:16 PTG

amin ya rabb semoga di permudahkan

Khir Khalid delete icon 10 Ogos 2016 9:47 PG

Semoga Allah permudahkan dan makbulkan segala doa... aamiin ya Rabbalalaamiin.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”