بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


RUMAH MERDEKA

Jari terluka menitis darah
titis darah usah diseka
rumah pusaka waris bermuzakarah
bertelagah bersengketa seketika


Lebat gugusan buah markisa
harum kuini bawa ke sini
rumah warisan anak bangsa
dulu kini kekal harmoni


Manggis muda buah kedondong
atas jerejak bunga tanjung
Rumah pusaka tempat berlindung
bumi dipijak langit dijunjung



Kayu alang sarang penyengat
kain kasa dipotong reja
Keris bersilang lambang semangat
anak bangsa berhati waja


Sulur peria jalar merata
upih pinang membalut nangka
bersatu bersetia bersepakat kata
berkasih sayang tanpa wasangka



Di sinilah kita melestarikan segenap harapan
seluruh impian

hanya di sini
di rumah pusaka ini

15 ulasan - "RUMAH MERDEKA..."

nohas delete icon 18 Ogos 2016 12:31 PTG

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...

Sue Bee delete icon 18 Ogos 2016 1:16 PTG

disitu tanah dipijak, disitu juga langit dijunjung..besar makna tu

dear anies delete icon 18 Ogos 2016 1:55 PTG

di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung

paridah delete icon 18 Ogos 2016 4:17 PTG

BERSATU KITA DEMI NEGARA MERDEKA...TQ SUE

paridah delete icon 18 Ogos 2016 4:19 PTG

BERSATU BIAR JANGAN ROBOH...TQ NOHAS

paridah delete icon 18 Ogos 2016 4:21 PTG

BETUL TU ANIES....TQ

Mrs. A delete icon 18 Ogos 2016 4:57 PTG

Semoga rakyat Malaysia terus merdeka jiwa dan merdeka fikirannya.

paridah delete icon 18 Ogos 2016 5:04 PTG

BENAR TU MRS A MERDEKA JIWA RAGA JUGA...TQ

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 18 Ogos 2016 6:11 PTG

semoga terus berjaya

paridah delete icon 18 Ogos 2016 10:43 PTG

INSYAALLAH MKL...TKSH

Etuza Etuza delete icon 18 Ogos 2016 10:59 PTG

Hebatnya kata2 sajak merdeka..marilah merdeka kan hati dari dendam dan hasad dengki..salam kemerdekaan kepada seluruh warga Malaysia 2016

paridah delete icon 19 Ogos 2016 9:28 PG

TKSH CIKGU ETUZA SAMA2 KITA HAYATI SEMANGAT MERDEKA TANPA PRASANGKA

Mazlan Othman delete icon 19 Ogos 2016 12:11 PTG

Wkmsalam.
Selamat menyambut bulan kemerdekaan.

paridah delete icon 19 Ogos 2016 3:40 PTG

tksh mazlan sama2 kita raikan ulngtahun kemerdekaan negara kita

Khir Khalid delete icon 21 Ogos 2016 12:33 PG

Semakin lama cabaran semakin besar.. semoga jiwa dan hati kita sentiasa teguh bersatu.. aamiin.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”