بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...




Burung kedidi burung kelicap
Burung helang di atas atap
Janganlah jadi nakhoda kasap
Hujung hilang pangkalpun lesap

Lalu melayah singgah merombak
Siap siaga hinggap di sipi
Payah payah dilambung ombak
Tercapai juga tanah yang tepi

Melangkah pulang hati menduga
Kata bertingkah soal rumi
Naik membilang anak tangga
Turun selangkah jejaklah ke bumi

Indah cuaca awan sejengkal
Lalu kuala ke pelabuhan
Kalau neraca palingan bungkal
Hati pula palingan Tuhan

Tenung makrifat renung berisi
Mengukir kata dengan pasti
Hindari sifat nafsu nafsi
Beraja di mata bersultan di hati

Apa dirancang dengan alasan
Agar tepat tidak tersipu
Kala disanjung hati menggunung
Kalau mencencang biar berlandasan
Kalau melompat biar bersetumpu
Kalau menjunjung biar bersenggulung

Kebaya kelabu kebaya nyonya
Dimakan usia lupus serinya
Menghela lembu dengan talinya
Menghela manusia dengan akalnya

Angin semilir laju menghilir
Jatuh  atap tepi telaga
Biar air sama air
Sampah tetap ke tepi juga

Kain selempang dijangkau pacat
Putus semangat hendak menukang
Orang tempang jangan dicacat
Ingat-ingat hari belakang

Sayur peria bercampur cuka
Ulam pegaga siapa pemunya
Siapa dia yang makan nangka
Dialah juga terkena getahnya


18 ulasan - "NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA..."

Puan Wawa delete icon 25 Ogos 2016 1:03 PTG

tingginya bahasa kak PI..")

sekali baca tak faham, berkali2 baca kena renung.. apakah yang nak di sampaikan.. sungguh kak PI berjiwa bahasa. ")

nadhie wueen delete icon 25 Ogos 2016 2:14 PTG

nice puisi kak :)

paridah delete icon 25 Ogos 2016 3:01 PTG

xdelah wawa..susunan perbidalan kita memang gitu kak tls pembayang je...tksh

paridah delete icon 25 Ogos 2016 3:04 PTG

tksh nadhie

mOoN IzzaN delete icon 25 Ogos 2016 3:14 PTG

tinggi bahasa.. nice.. :)

saniah ibrahim delete icon 25 Ogos 2016 3:45 PTG

indah nya bait2 ayat ...baca baris demi baris baru dapat juga memahami pantun PI ni.

Kamsiah Yusoff delete icon 25 Ogos 2016 4:19 PTG

semoga PI sentiasa dalam rahmat ALLAH..

Hasliynda Lynn delete icon 25 Ogos 2016 5:07 PTG

indah bahasa sastera ni

paridah delete icon 25 Ogos 2016 9:35 PTG

TKSH MOON IZZAN BAHASA MELAYU KITA MMG INDAH

paridah delete icon 25 Ogos 2016 9:38 PTG

PANTUN PERBIDALAN MMG INDAH N UNIK SUSUN BAHASANYA SANIAH..TKSH

paridah delete icon 25 Ogos 2016 9:42 PTG

TKSH KHAMSIAH DOANYA AMIIN

paridah delete icon 25 Ogos 2016 9:48 PTG

BAHASA MELAYU KLASIK MMG SGT INDAH LYNN..TKSH

Warisan Petani delete icon 26 Ogos 2016 12:21 PG

Puh! berasap nak mahamkan.

paridah delete icon 26 Ogos 2016 9:14 PG

Perbidalan lama kita mmg klasik WP...tksh

Khir Khalid delete icon 26 Ogos 2016 11:19 PG

Puitis dan tinggi bahasanya... mendalam juga maksudnya...

Mrs. A delete icon 26 Ogos 2016 11:19 PG

Teringat cerita filem dulu-dulu kalau ada adegan meminang mesti diaorang akan berbalas-balas pantun lebih kurang macam ni

dear anies delete icon 26 Ogos 2016 12:46 PTG

cm ne agk nyer rs peria campur cuka ;-)

Pha Is delete icon 28 Ogos 2016 7:44 PTG

tak akan sangka buah pun luka
paku memaku api direbut
tak makan nangka getah pun kena
lembu menyusu sapi disebut

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”