بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Manis bersari buah pulasan,
Manis juga buah rambutan,
Manis senyum wahai insan,
Manis kekal jadi ingatan.




PANTUN SI BUAH NANAS
Hendak makan si buah nanas,
nanas muda sayur lemak,
dicampur pula ikan aya,
kalau berfikir secara bernas,
tenang dihati minda tak semak,
damai hidup jiwa bahagia.
Normasri Adabi

Poles bedak di waktu fajar
Serikan wajah hendak ke pekan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.

Berbinau mata disuluh mentari
menunggu hujan datang menyapa
pandai berkata bijak bistari
Santun sopan pemanis rupa


11 ulasan - "MAKAN BUAH SAMBIL BERPANTUN...."

Mila@Rimbun delete icon 29 Ogos 2016 10:29 PG

sedapnya pulasan.. lama dah x makan

Sue Bee delete icon 29 Ogos 2016 10:56 PG

Buah pulasan jarang dah jumpa jual kat pasar sekarang. Kalau rajin diri, gi masuk kampung jejauh nu baru dapat.

Kakzakie Purvit delete icon 29 Ogos 2016 11:35 PG

Rambutan cempedak manggis duku
masuk bakul bawa berkelah
puas menangis tak berlagu
redhalah ujian dari Allah

Irfa delete icon 29 Ogos 2016 11:42 PG

pulasan ni payah jumpa kan kak
ari tu anak saya makan, dia pelik kenapa rambutan ni kulit tebal katanya

Khir Khalid delete icon 29 Ogos 2016 12:25 PTG

Lama pulak tak makan pulasan... bestlah... :)

nohas delete icon 29 Ogos 2016 4:25 PTG

sedapnya buah2an..sekarang ni dah musim buah..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 29 Ogos 2016 5:44 PTG

sedap pulak pulasa tu

Jueliza Jamani delete icon 30 Ogos 2016 11:33 PG

teringin plak nak makan buah pulasan tu..

Pha Is delete icon 30 Ogos 2016 4:43 PTG

pantun buah cempedak diluar pagar ditukar pembayang yer.. hahaha

beli dedak di kedai hajar
beli galah di lorong ikan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Pha Is delete icon 31 Ogos 2016 9:05 PTG

saya rasanya seumur hidup baru sekali je jumpa buah pulasan.. mmg jarang nk jumpa..

paridah delete icon 1 September 2016 9:55 PG

YELA PHA IS TUKAR PEMBAYANG PANTUN LAMA MENARIK JUGA TU...TKSH PANDAI PHAIS BERPANTUN

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”