بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

HAW FLAKES YANG MASAM MANIS NI SEDAP PULA BILA DISERTAKAN DALAM ADUNAN KEK...CUBALAH YA.

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovallette
  • secubit garam
Bahan B
  • 220 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C
  • 150 ml fresh milk / susu cair
  • 100 ml minyak masak
Bahan D
  • Pewarna kuning, hijau, purple
  • Haw Flakes secukupnya (15 ketul)
  • Loyang bulat 20cm 

Cara-cara:
  1. Masukkan semua Bahan A ke dalam bekas adunan.
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu berkrim.
  3. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C berselang-seli ke dalam Bahan A.
  4. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet.
  8. Masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna kuning dan ratakan. Kukus sehingga masak.
  9. Kemudian angkat dan masukkan  1 senduk ++ adunan berwarna purple, ratakan dan kukus semula sehingga masak.
  10. Susun hawflakes , kemudian masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna hijau dan ratakan. Kukus lagi sehingga masak.
  11. Ulang langkah 8 sehingga adunan habis. 
  12. Hasilnya akan jadi begini lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau + lapisan kuning + lapisan hawflakes + lapisan purple + lapisan hijau + lapisan Hawflakes + lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau.
Resepi http://www.kongsiresepi.com/

Pukul butter dan gula hingga kembang

Masukan telor 5 biji pukul lagi


Masukan susu pekat, esen vanila, soda bikorbonat kacau lagi

masukan cream cracker hancur dan pewarna disukai


Jadi camni...letakkan asam hawflakes..pastu tuang adunan putih pula..kukus lagi 3-5 minit...pastu ulang habis...selang seli adunan...akhir sekali kukus selama 20 minit...siap...

12 ulasan - "KEK KUKUS ASAM FLAKES"

Faarihin Talip delete icon 2 Ogos 2016 9:14 PTG

Sedapnya kak. Kalau ada tempat kukus ni, memang nak cuba lah. =)

paridah delete icon 2 Ogos 2016 10:32 PTG

cubalah faarihin..kukus je dlm rice cooker heh..heh.

TunSha Ayunie delete icon 2 Ogos 2016 10:39 PTG

Ya Allah, feveret sangat ni. Kalau makan tak boleh nak stop..

nohas delete icon 3 Ogos 2016 12:52 PG

hawflake tu makan saja pun best..

PeRdU cINta delete icon 3 Ogos 2016 6:46 PG

Salah satu kek kegemaran PC ni kak....ermmm..

Sue Bee delete icon 3 Ogos 2016 6:47 PG

Haw flakes ni snack kegemaran masa kecik2 kecik dulu..seronok sangat kalau dapat seketul tu..

Bunda_nora delete icon 3 Ogos 2016 7:58 PG

Masa bunda tinggal kat Serawak dulu macam2 kek lapis bunda pernah rasa, adalah 2 3 resipi bunda pernah cuba, yang mudah2 termasuk yang ni... tapi dah lama beno tak buat, boli jer lah sonang...hehe..

Kakzakie Purvit delete icon 3 Ogos 2016 8:12 PG

Kakak selalu juga buat kek ini PI tapi kakak guna flakes yg besar-besar cepat siap.
Kalau yg kecik ni dulu masa kakak kecik-kecik jadi kudapan jajan:)

paridah delete icon 3 Ogos 2016 9:22 PG

rajin juga kakzakie buat kek gini...ada rasa masam manis sedap tu...tq

Mummydearie delete icon 4 Ogos 2016 11:47 PG

Dulu kecil-kecil suka makan haw flakes ni. Ini kali kedua saya membaca resepi ni dalam masa dua hari, kak. Nampak sangatlah nak suruh saya cuba buat resepi ni di rumah!

Khir Khalid delete icon 4 Ogos 2016 5:56 PTG

Saya suka kek ni... feveret... bestnya!! :) :)

dear anies delete icon 5 Ogos 2016 1:51 PTG

arghhh sedapnyaaaa

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”