بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

Di rumah PI ada sepohon belimbing buluh yang PI tanam sebaik boleh bangun dari sakit terlantar lumpuh selama tiga tahun akibat kemalangan jalanraya.


Ada rezeki-Nya pohon itu tumbuh meninggi dan berbuah lebat. Pi akan ambil buahnya untuk digunakan dalam masakan apa saja yang bersesuaian. Daunnya pula kadang digunakan untuk menjelum kepala anak-anak yang demam dan memandikan cucu yang jaundice.

Buahnya yang sangat lebat selalunya tidak habis dimakan dan banyak yang gugur setelah terlalu masak.
Dan kini semenjak sambal itam Pahang viral dan popular di merata media maya nampaknya setiapkali belimbing buluh PI berbuah menjadi rebutan penggemar sambal itam untuk memetiknya.



 Bila ramai penggunanya tidaklah belimbing hanya gugur saja…siapa yang mahu PI  beri saja. Setakat PI sekeluarga yang makannya berapa butir sangatlah.

Jiran-jitan PI yang memasak sambal itam hasil belimbing yang diambil di rumah PI selalunya akan menghantar sebekas kecil sambal itam kepada PI…rezeki..PI tak minta heh..heh..tapi tak menolaknya.
Dapatlah PI merasa sambal itam enak buatan jiran tanpa perlu PI penat mengacaunya di kuali heh..heh…lama juga proses nak siapkan sambal itam ni.

     

13 ulasan - "REZEKI SEPOHON BELIMBING BULUH..."

nadhie wueen delete icon 31 Julai 2016 11:59 PG

wow.. sedapnya. terliur tengok. penah rasa sekali sambal hitam tu. memang dapp

paridah delete icon 31 Julai 2016 12:03 PTG

sedap ni nadhi mkn dgn nasi panas...tq

Nurul Aini delete icon 31 Julai 2016 12:32 PTG

sambal hitam memang terbaikkkk!

Nooriah Abdullah delete icon 31 Julai 2016 2:01 PTG

belimbing di rumah pun dah makin kurang skrg ni
kalau ada memang nak buat sambal hitam jugak sedappp P

Siti Yang Menaip delete icon 31 Julai 2016 2:32 PTG

Kak PI.. hehe jangan lupa emailkan alamat no telefon ke email CT ya.. sitiyangmenaip@gmail.com.. nak post hadiah da esok.. akak je x email lagi..

paridah delete icon 31 Julai 2016 4:20 PTG

BAIK SITI NANTI KAK EMELKAN...TKSH

Faarihin Talip delete icon 31 Julai 2016 6:36 PTG

Sambal itam ni, kawan saya kata, kalau tak betul cara membuatnya memang tak menjadilah sambalnya. Teringin nak makan lagi. Sambal itam ni sedap. =)

PeRdU cINta delete icon 31 Julai 2016 6:47 PTG

Meriah kak..bila tengok macam tu girang rasa hati... :)

Anisayu Nastutik delete icon 31 Julai 2016 8:30 PTG

Belimbing buluh
untuk bumbu masakan jadi enak sungguh
walau rasa asamnya hingga pembuluh
manfaatnya penyakit sembuh...

Mang Lembu delete icon 31 Julai 2016 9:03 PTG

belimbing buluh terkenal masam, tapi khasiatnya sangat bagus bagi kesehatan

Mazlan Othman delete icon 31 Julai 2016 9:12 PTG

Wkmsalam.
Betul tu, kalau ada sepokok, berbuah tak habis makan.

SalbiahM delete icon 31 Julai 2016 11:25 PTG

sambal hitam memang susah nak buat, tapi rasanya sedap..

dear anies delete icon 5 Ogos 2016 2:47 PTG

org cekal je yg boleh msk ssambal hitam ni ;-)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”