Friday 29 July 2016

MONOLOG JUAL UBAT DARI STESEN KE STESEN....

ASSALAMMUALAIKUM…



Tuan/Puan dijemput hadir.
Persembahan di stesen KTM Kuala Lumpur pada 4 September 2016
Monolog Jual Ubat: Dari Stesen ke Stesen.
Karya dan arahan Khalid Salleh II

Sinopsis:

‘JUAL UBAT’ menghantar banyak kritikan dari sudut pandangan orang kecil – yakni tokoh Penjual Ubat; yang melihat bukan sahaja isu sosial, bahkan juga kebejatan politik, perjuangan bangsa, tidak terkecuali kedirian Melayu-Islam.

Biodata Khalid Salleh:

Khalid Salleh dilahirkan pada 29 Februari 1948 di Sungai Kantan, Kajang, Selangor. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Seri Bengkal, Batu Pahat dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar, Batu Pahat. Walaupun bermula sebagai penjual ubat, Khalid akhirnya lebih dikenal sebagai penyair, pengarah, pelakon pentas, TV dan filem. Beliau pernah menjadi kolumnis di akhbar Watan pada tahun 1995, dan kemudian menjadi kolumnis di akhbar Berita Harian.

Bukunya yang pernah diterbitkan berjudul Bukan Apa-apa (1988), manakala kumpulan skrip drama pentasnya berjudul Kena Main (1999) dan Pandirnya Si Pandir (2012). Manakala bukunya Melayu Hilang Di Dunia (2012) merupakan sebuah pandangan kritis beliau tentang nasib masa depan bangsanya.

Drama-drama yang pernah ditulis dan diarahkannya seperti Bertam-bertam Bukan Semambu (1984), Umbut Mayang Mengurai (1985), Sijil Penuh (1987), Mat Cincai (1988), Pawang (1989), Si Bereng-bereng (1990), Gong Gedombak (1992), Ningg... (1992), Kena Main (1994), Brang Breng Brung (1996), Seng Ora Ora (1998), Hang Tak Tuah (1999), Pandir Si Pandir (2001), Bangsat (2005) dan Benda Sulit (2005). Beliau juga telaah beberapa kali ke luar negara untuk mementaskan teater seperti ke 2nd Asia Monodrama Festival di Taiwan (1989), 3rd Asia Monodrama Festival di Jepun (1991) dan Non-Verval Theatre Festival di Calcutta (1992) dan New Delhi (1993). Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan hadiah.

Antara anugerah dan hadiah yang diterimanya seperti hadiah Sastera Malaysia dengan puisi “Percikan Sinar” (1984/85), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Azizah The Legend (1994), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik di Taipei untuk filem Jogho (1998), Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin TV3 (1999), Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-14 (1999) dan Anugerah Karyawan Teater, Anugerah Seni Negara (2006).


Sumber Dr. Fahd Razy facebook

9 comments:

  1. persembahan secara terbuka? wah...

    ReplyDelete
  2. Artis/penulis ni selalu berteater secara terbuka ujie othman...tksh

    ReplyDelete
  3. Wah! Macam best je Kak Paridah. Teringat kisah Do Re Mi, jual ubat tipu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best ni sha...khalid saleh ni mmg suka berteater sbg penjual ubat tq

      Delete
  4. kalau dekat boleh jugak intai P

    ReplyDelete
  5. teringin juga nk intai ya noor...tq

    ReplyDelete
  6. Menarik ni! Kalau berdekatan, memang teringin nak menontonnya.

    ReplyDelete
  7. memang banyak ye drama-drama yang telah ditulisnya

    ReplyDelete
  8. Khalid Salleh ni memang berbakat.karya dia banyak mengkritik masyarakat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist