بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


SONETA IBU DAN ANAK

Kuatrin #1 menitis air matamu berderai
Pilu hatimu berlagu sendu
bagai kalongan manik terurai
menampar kalbu, ibu terkedu.

Kuatrin #2 Hamburkan gejolak rasa hina
yang melanda nestapa qolbu
menggugah resah sukma merana
ibu bersedia rawat lukamu

Kuatrin #3 aduhai anakku kesayangan
kesedihanmu segera diurus
hulurkan tanganmu, kita bergandingan
mengejar pelangi menongkah arus

couplet #  seindah warna-warni lukisan
kaucorakkan kanvas kehidupan.



4 comments - "IBU DAN ANAK"

Mazlan Othman delete icon 25 July 2016 at 15:57

Wkmsalam.
Pengorbanan ibu tiada tandingnya.

paridah delete icon 25 July 2016 at 16:46

benartu tksh Mazlan Othman

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 25 July 2016 at 17:47

menarik

paridah delete icon 26 July 2016 at 10:35

TERIMA KASIH MKL INSYAALLAH.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”