بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran

Penyebab utama
·         Sentiasa duduk
·         Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
·         Cirit-birit
·         Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
·         Batuk yang teruk
·         Bersalin
·         Mengangkat berat
·         Seks dubur
PETUA BUASIR








Boleh juga guna cara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda, untuk sesiapa yang menghadapi penyakit Buasir, maka sapukan Minyak Zaitun/ Olive Oil bersama Inai dipermukaan buasiritu. Sambil itu amalkan memakan minyak Zaitun. Insyallah sembuh

Seorang jiran PI yang menghidapi penyakit ini memberitahu beliau pantang banyak jenis buah kayu bermusim seperti durian, rambutan, dokong, langsat dan buah mata kucing. Menurut beliau buahan ini amat berbisa dan memberi kesan
sakit yang ketara.



Sumber wikipedia
http://herbaramuantaufiq.blogspot.my/


10 ulasan - "HEMOROID/BUASIR..PETUA/.PANTANG LARANG MAKANAN..."

PeRdU cINta delete icon 26 Julai 2016 10:23 PTG

Terima kasih kak PI perkongsian ini...kawan PC sampai berdarah kak buasirnya...kesian tengok...nanti PC boleh kongsikan usaha ini...minyak zaitun dan inai ya..

abuikhwan delete icon 27 Julai 2016 12:50 PG

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah.
Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat ini.

nadhie wueen delete icon 27 Julai 2016 2:09 PG

perkongsian yang bermanfaat kak PI. naseb baik kuat makan pedas xjadi penyebab utama. sbb saye kuat makan pedas then ada kawan tanya tak kena buasir ke sbb kuat makan pedas. alhamdulillah mmg takda pun. heran kadang nape buasir dikaitkan dgn pedas

Hanafi Abdullah delete icon 27 Julai 2016 6:47 PG

penyebab buasir yang paling dahsyat....seks dubur...minta dijauhkan dan semoga golongann ini segera bertaubat

Kamsiah Yusoff delete icon 27 Julai 2016 10:22 PG

akak ada dengar org kata kalau nak tau seseorang tu ada buasir atau tidak..tgk cara dia duduk..kalau duduk senget sebelah..tu adalah tandanya hehe..walahualam..

Kakzakie Purvit delete icon 27 Julai 2016 11:13 PG

Alaa...kesian kan kalau kena pantang buah yg sedap-sedap.
Kena pantang kurma lagi alahai ruginya. Tapi kalau dah nak baik kenalah pantang.
Kakak kalau durian tu tak boleh pantang rasanya. Pantang tengok terus makan adalah hihi...

paridah delete icon 27 Julai 2016 11:52 PG

yela kakzakie banyak makanan sedap terpaksa pantang. kalau xpantang sakitnya xboleh tahan tu...tq kakzakie.

Puan Wawa delete icon 27 Julai 2016 3:34 PTG

thanks sharing kak PI, baru wawa tau..")

paridah delete icon 27 Julai 2016 4:29 PTG

ramai orang muda la ni yg terkena saikit ni wawa...kena hati2 jaga kesihatan...tq

Khir Khalid delete icon 27 Julai 2016 6:38 PTG

Buasir bukan penyakit main2... t kasih atas perkongsian ini kak PI

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”