بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ahlan wasahlan Romadhan mulia
hadirmu membawa bahagia ria

Musim bungamu sedang berkuntum
semerbak mekar lagi harum

Laksana itulah Romadhan indah
sebulan berpuasa bukan masalah

Bertuah sungguh nasib dirimu
Romadhan ini masih bertemu

Kutiplah permata pahala berharga
yang bertaburan merata-rata

Allah janjikan kepada hamba-Nya
setiap amal ditaksir berganda

Setiap denyut nafas dihembus
berzikir bertasbih berdoa tulus

Ayat suci lagukan merdu
sunyi malam tiada terganggu

Ringankan tangan menghulur memberi
zahirkan ihsan sifat manusiawi

Lailaturqadar terang bercahaya
setiap detiknya amalan dikira

Mesti direbut mesti dicari
fadhilah berkahnya bakal merahmati















12 ulasan - "RAMADAN MULIA.."

nohas delete icon 28 Jun 2016 10:46 PG

Ramadhan semakin hampir ke penghujung...semoga roh Ramadhan kekal sepanjang tahun..

bestnya iklan tu - shopping kt Seoul..huhu..kenangan..

Kakzakie Purvit delete icon 28 Jun 2016 10:55 PG

Ramadhan pasti akan pergi
mengharap dapat berjumpa lagi

Setiap amalan mohon diterima
bekalan kelak ketika di sana

Mazlan Othman delete icon 28 Jun 2016 1:02 PTG

In Syaa Allah.
Semoga kita akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.

paridah delete icon 28 Jun 2016 1:16 PTG

TKSH MAZLAN SAMA2 KITA DOAKAN...INSYAALLAH.

dear anies delete icon 28 Jun 2016 1:51 PTG

bilakah dpt ketemu ramadan lagi?

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 28 Jun 2016 3:26 PTG

Semoga kita ketemu lagi ramadhan akan datang

Fidah Shah delete icon 28 Jun 2016 4:49 PTG

Semoga akan bertemu lagi dgn ramadhan akan datang..in shaa Allah

Khir Khalid delete icon 28 Jun 2016 7:18 PTG

Subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar...

PeRdU cINta delete icon 28 Jun 2016 9:18 PTG

Indahnya Ramadhan untuk ummat moga kita ambil peluang selagi sempat..

Qhaifa Nur delete icon 29 Jun 2016 1:48 PG

Indahnya ramadhan kali ini, moga bertemu ditahun depan ...

Puan Wawa delete icon 29 Jun 2016 12:15 PTG

tinggal beberpa hari je lagi. Allahuakbar

Siti Yang Menaip delete icon 10 Julai 2016 10:19 PG

dah berlalu sudah ramadhan kareem.. semoga diberi kesempatan untuk bertemu lagi di tahun tahun akan datang =)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”