بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM…

Sambung entry semalam ya…

Justeru ketiadaan air di rumah disebabkan meternya dikunci pihak JBA Pahang terpaksa PI dan anak-anak menyewa chalet di Chendering Terengganu selama dua hari. Bukan main jauh lagi tu heh..heh…dalam dua jam perjalanan juga melalui lebuh raya pantai timur yang baru dibuka. Hangus duit yang disimpan untuk bajet puasa dan raya. Sudah demikian ketentuan-Nya, redha saja. Jikalau tidak kerana cerita meter air yang dikunci itu tentu PI akan sentiasa menangguhkan hasrat menziarahi keluarga anak menantu di sini kerana keuzuran diri.

Memang suka berada di Chendering yang amat indah pemandangan pantai lautnya yang juga dikenali sebagai Bandar diraja Terengganu. Dapat menyusuri jalan-jalan sekitar beberapa istana Sultan Terengganu yang kebanyakannya didiri tersergam indah berhampiran pantai. Chendering juga ada pelabuhan perikanannya sendiri. Sempat juga ke sana melihat kapal besar, bot-bot dan sampan-sampan kecil yang melakukan aktiviti menangkap ikan di laut.

Bulan April, Mei hingga June begitu sinonim sekali dengan acara mencadat sotong di perairan laut Terengganu. Rupanya aktiviti mencadat sotong ini perlu menaiki bot besar yang khusus dan banyak sekali lampu yang dipasang atas bawah kiri kanan bot tersebut. Menurut anak menantu PI, itu adalah cara menarik sotong menghampiri bot dan mudah mencadatnya. Sotong yang dicandat biasanya besar hingga ada yang seberat 10 kg. dan harganya 20 RM sekg. Kalau seekor 10 kg siaplah 200RM membayar harganya jika teringin membelinya.

Anak menantu PI beli juga sotong yang dicandat ini 10 kg. tapi bukan seekor tapi berpuluh ekor untuk dibawa pulang ke Selayang dengan kotak ikan yang dilapisi ketulan ais. Sambil tu borong juga berjenis-jenis kuih dan keropok lekor yang dijual dengan harga yang amat berpatutan dan enak rasanya buat bekalan pulang.
Tanpa diduga PI dan anak cucu dapat menyambut tibanya Ramadan mulia di Chendering pada tahun ini. Langsung tidak terlintas di fikiran pun rencananya.

Setelah dua malam bermalam di Qurata resort kami pun berangkut barang ke kereta pada paginya untuk bertolak pulang ke Pahang. Dengan hajat menyelesaikan urusan di JBA Maran. Maran adalah Bandar kecil yang menempatkan pejabat pejabat pentadbiran yang pelbagai untuk memudahkan masyarakat setempat mengendalikan urusan bersangkutan. Pendekata Bandar Maran penghuninya kebanyakannya adalah kaki tangan awam. Dan penduduk kampong sekitarnya tidaklah terlalu ramai. Dulu PI juga bersekolah menengah di sini.

Sampai di JBA Maran barulah tau sebab sebenar kenapa meter air dikunci. Kononnya pihak mereka tidak tahu bahawa bayaran bil telah dijelaskan secara online dan tidak mengupdate ke dalam akaun tersebut. Boleh jadi begitu pula. Denda untuk membuka meter yang dikunci perlu dijelaskan juga. SOP untuk membuka kunci ditetapkan dalam tiga hari. 
Menunggulah kami sekeluarga dengan sabar hingga keesokan paginya di rumah dengan harapan bekalan air segera tiba. Tapi masih tiada. Setelah beberapa kali panggilan dibuat menceritakan hal kemusykilannya dengan nada yang tidak berapa manis akhirnya tibalah teknisyen yang memegang kunci meter tersebut lalu segera membukanya. 

Kesulitan tanpa air menyebabkan ramai yang tidak rasional dan sukar mengawal kemarahan. Apalagi keperluan terhadap air di bulan Ramadan begitu mendesak. Tak kiralah di bulan lain pun sama juga.

PI dan keluarga meminta maaf kepada JBA Maran di atas kesulitan yang timbul melibatkan kami. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi dan akan membayar bil air secara manual saja agar terhindar masalah sebegini.

13 ulasan - "MOHON BERBANYAK MAAF..."

PeRdU cINta delete icon 9 Jun 2016 9:12 PTG

Subhan Allah..alhamdulillah sudah selesai urusannya ya kak PI..

paridah delete icon 9 Jun 2016 10:13 PTG

InsyaAllah dah selesai semuanya n masalah x berpanjangan..tq PC

notie delete icon 10 Jun 2016 8:56 PG

Aittt bukan ke sekarang semuanya online. Takan lah pihak JBA Maran tak buat sistem menambahbaikkan sistem pengurusan mereka. Habis tu yang dah bayar online tu duitnya ke mana?

Atie Yusof delete icon 10 Jun 2016 9:18 PG

Selalu jadi lah kak bila bayar online kadang bermasalah bil air ni.. kawan pun pernah kena.. appun syukur semua dah selesai ye kak..Alhamdulillah..
wah! Cendering sy pernah sampai kak..ada kwn kt sana..memang cantik pantai nya... bnyk juga dpt candat sotong smpi 10 kg tu... bestnya...:)

paridah delete icon 10 Jun 2016 9:32 PG

ENTAHLAH NOTIE TU YG XFAHAM HEH..HEH...TQ

paridah delete icon 10 Jun 2016 9:37 PG

YELA ATIE SISTEM BYR ONLINE YG CANGGIH LA NI X BOLEH DIHARAP JUGA RAMAI YG TERKENA...TQ
WAH ATIE PERNAH SAMPAI CHENDERING YA...MMG MENARIK TEMPAT NI

dear anies delete icon 10 Jun 2016 9:52 PG

byr online ni kite hrp dpt bebankn masalah tp mmmmm...syukurlah segalanya da selesai kn kak

Kakzakie Purvit delete icon 10 Jun 2016 11:06 PG

Mencadat sotong itulah yg best PI. Kakak masa di sana hari itu beli juga ikan dan sotong. Masuk dlm kotak polisterin sampai JB masih berketul aisnya. Sebab kereta pun ada aircond kan..

Pasal JBA tu pada kakak silap mereka juga kenapa tak update walhal pembayaran online sudah dijelaskan. Itulah kadang kerana kelalaian membuat org lain susah. Kesian PI dan family yg jadi mangsa.

saniah ibrahim delete icon 10 Jun 2016 11:26 PG

Assalammualaikum PI,sesekali dapat juga singgah diruang komen PI ni.Bestnya dapat menikmati sotong yang baru dicandat ,tentu masih segar kan.
Alhamdulilah dah pun selesai masaalah air ya PI.Sepatutnya pembayaran on9 tu tak jadi masaalah kan .

Mummydearie delete icon 10 Jun 2016 1:59 PTG

Ada juga hikmahnya ya, kak. Dapat menyambut Ramadhan di 'perantauan' gitu ^_^

Oh, walaupun sistem tak berupdate kena jugalah bayar buka meter tu ya. Ingatkan boleh waive aje gitu.

♥ aiNa yaZiD ♥ delete icon 10 Jun 2016 2:32 PTG

Patut la kawan aina sibuk mencandat sotong kt ganu! mmg ada acara nya ye.. hehhe. Alhamdulillah selesai sudah masalah kak PI. =)

Qaseh Vee delete icon 10 Jun 2016 3:27 PTG

pergh ... byk gila tu borong sotong ...

Khir Khalid delete icon 11 Jun 2016 1:44 PG

Alhamdulillah syukurlah selesai... dalam kesukaran tu sebenarnya Allah kurniakan pengalaman indah yang tak tersangka kan kak PI... :)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”