بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MUTAKHIR INI SEJAK PATAH KAKI SEMINGGU LALU KEAKTIFAN PI DI BLOG SEMAKIN LEMBAB...DULU2 PUN LEMBAB JUGA DAN TAK SEPANTAS BLOGGER YANG NORMAL LAGI BIJAK DAN BANYAK IDE...TAPI MINAT BLOGGING MASIH ADA...SAKITNYA DI KAKI TAK MENGGANGGU JEMARI YANG MENGETIP KEYBOARD TAPI KADANG GANGGUAN KESAKITAN KAKI TERASA MENYELURUH TUBUH HINGGA MINDA TAK MAMPU MENGAWALNYA...JAWABNYA TIDUR SAJALAH.

KEBETULAN LA NI PI SEDANG SERTAI SAYEMBARA HAIKU ANJURAN SIFU TABIR ALAM...JADI DAPATLAH JUGA UPDATE BLOG DENGAN HAIKU NUKILAN PI....

MOHON BERBANYAK MAAF KERANA KADANGKALA TAK SEMPAT NAK BW KE BLOG KAWAN-KAWAN SEPERTI SELALU...TETAPI TETAP JUGA AKAN DICUBA MELAKUKANNYA.

SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADAN DENGAN SESUNGGUH HATI...MERAIH KEBERKATAN-NYA.

Pic google images
  Haiku #1
Cincin berlian
Lautan bergelora ;
Mainan mimpi

Haiku #2
Awal Januari –
Catat sejarah manis
Cincin disambut

Haiku #3
Hari lebaran –
Dulang lamaran kasih
Cincin bermata

Haiku #4
Awal Muharam –
Resmi ikatan cinta
Cincin di jari

Haiku #5
Dedaunan kering –
Cincin melorot jatuh
Rusuh mendera

Haiku #6
Ziarah Syawal –
Sebentuk cincin emas
Gemerlap sinar

Haiku #7
Iftar Ramadan –
Kuih gelungan cincin
Gabung selera

Haiku #8
Maghrib pertama –
 Cincin berbatu akik
Jubah kelabu

Haiku #9
Lailatulqadar-
seluruh alam indah
cincin Ilahi

haiku #10
zakat Ramadan –
cincin emas dipajak
tawakal rela




 haiku #11

kelapa sawit –
perintang waktu senggang
cincin ukiran

haiku #12
ibadah haji –
cincin pengenalan diri
warga negara

haiku #13

hari Arafah –
mustajab doa tulus
cincin gemerlap

haiku #15
duit raya bersampul –
cincin di ikat hujung
kumpul simpanan

haiku #16
hadiah kasih
cincin jutaan ringgit:
Afrika Tengah

Haiku # 17

Rumah terbuka –
Hiasan sarat badan
cincin bersinar

Haiku #18
Perhiasan dunia:
Sekuntum mawar
Cincin di jari

Haiku #19
Hadiah raya –
Cincin batu berlian
Alhamdulillah

Haiku   #20
Berbaju raya –
Leher telok belanga
Cincin tiruan


Paridah Ishak
Selayang Utama







10 ulasan - "HAIKU SEBENTUK CINCIN..."

PeRdU cINta delete icon 23 Jun 2016 9:43 PG

Assalammualaikum kak...tak apa...bila akak sihat...ada waktu senggang barulah datang ziarah ya kak..

Norhayati Mohd Isa delete icon 23 Jun 2016 9:54 PG

Bila sakit satu anggota badan..
Secara tak langsung sakit keseluruhan badan kan kak PI..
Tak apalah kak PI..
Berehat lah dulu..

Best juga baca Haiku ni :)

Mazlan Othman delete icon 23 Jun 2016 10:02 PG

Semoga cepat sembuh.

Kakzakie Purvit delete icon 23 Jun 2016 10:22 PG

Garapan hanya dari cincin menjadi indah untuk dinukilkan menjadi satu sayembara cantik untuk dibaca.

Moga PI cepat sembuh.

dear anies delete icon 23 Jun 2016 10:40 PG

syafakallah kak

Qhaifa Nur delete icon 23 Jun 2016 11:42 PG

Walau tak sihat semangat berkarya masih menebal...
Sedang menghayati Haiku juga, indahnya...

Puan Wawa delete icon 23 Jun 2016 11:51 PG

Allahuakbar, semoga cepat sembuh akak PI..

Khir Khalid delete icon 23 Jun 2016 7:26 PTG

Semoga sentiasa dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh ye kak... aamiin.

nadhie wueen delete icon 25 Jun 2016 11:34 PG

Assalamualaikum kak, tak apa. banyakkan rehat dan moga cepat sembuh ya :) amin..

Fidah Shah delete icon 25 Jun 2016 2:08 PTG

Moga cepat sembuh Kak...dan dimudahkan segala urusan

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”