بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...

Pic google image


GERIK RIMBA WARISAN


Tun Saban anakanda Tun Perak

Dari Melaka hijrah ke Belom menerokainya

rimba  Gerik warisan jutaan tahun

Menyimpan khazanah rahsia alam

Gerik hijau tebal hutan keliling

Gunung-ganang memasakinya

bersempadan tanah Siam

Raja Reman melanggarnya 1902

Justeru dekan giat menggerit-gerit

lalu dinamakan Gerik

1908 takdir berubah

Berpulang jajahan kepada Perak

Andai dulu di sinilah

gerombolan komunis melancar gara-gara

Bersarang mengatur rencana pemberontakan

Namun damai

dengan perjanjian Baling.

Baling dan Gerik bersebelahan

Daerah kejiranan

Alam semulajadi Gerik indah permai

menongkah masa membangun maju

Paridah Ishak

Selayang Utama

3 Jun 2016

14 ulasan - "GERIK RIMBA WARISAN.."

Mazlan Othman delete icon 3 Jun 2016 8:10 PTG

Wkmsalam.
Salam Jumaat.


Muhammad Khairuddin Lim delete icon 3 Jun 2016 8:32 PTG

selamat berpuasa

Abam Kie delete icon 4 Jun 2016 7:16 PG

sudah lama x pi Grik. Last lalu sana 11 thn lampau..

Khir Khalid delete icon 4 Jun 2016 4:16 PTG

Saya pun lama sgt tak ke Gerik... pasti dah bnyk perubahan kan kak PI...

Dewi Aja delete icon 4 Jun 2016 9:05 PTG

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Fidah Shah delete icon 4 Jun 2016 10:21 PTG

Alam yang damai...dah lama tak sampai ke Grik

Nor Azimah delete icon 5 Jun 2016 6:51 PG

assalam kak PI, harini berpeluang bukak pc, hi hi..baru nmpk kotak komen.
salam Ramadhan kak yea, trmkasih sbb selalu berkunjung kerumah saya yg tak seberapa tu.

Othman Zan delete icon 6 Jun 2016 10:53 PG

Kak PI saya hampir temui ajal di Tasik Banding, Gerik. Pengalaman ngeri yang tidak akan dilupa hingga akhir hayat.

Atie Yusof delete icon 7 Jun 2016 11:55 PG

Cantik sangat Tasik Banding ni kan Kak PI...sy pernah lalu sana sekali masa study dulu ikut member balik Kelantan... kaya dgn keindahan alam nya..itulah Grik..:)

Eintan Nurfuzie delete icon 7 Jun 2016 1:50 PTG

grik selalu cik en gi..

Mrs. A delete icon 7 Jun 2016 2:24 PTG

Walaupun dah pernah sampai Kelantan tapi belum pernah pergi Grik lagi.

abuikhwan delete icon 8 Jun 2016 12:00 PG

Assalamualaikum kak,
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1437h. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di bulan yang berkah ini..

abuikhwan&famili
Kuantan, Pahang

dorsett pink delete icon 8 Jun 2016 11:54 PG

masa keje kat lenggong dulu, memang selalu la tengok permandangan indah gini setiap pagi

Kakzakie Purvit delete icon 8 Jun 2016 12:46 PTG

Penulisan yg bukan calang-calang. Selain boleh bermain perkataan yg indah PI sangat celik sejarah. Bila baca ini kakak terkenang masa belajar dulu berkaitan sejaran Perak & Kedah ini.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”