بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

MARI KITA BELAJAR TENTANG PUISI SONETA PULA...SELAMA INI PI HANYA TAHU TENTANG PUISI TRADISI PANTUN, SAJAK, SYAIR, GURINDAM, NAZAM, SELOKA DAN RUBAIYAT SAJA....KINI TAMBAH LAGI PENGETAHUAN TENTANG PUISI JEPUN IAITU, HAIKU, HAIBUN, SONIAN DAN YANG TERKINI SONETA PUISI INGGERIS ASAL DARI  ITALY...BERGURU DENGAN ARIF MENGENAINYA IAITU SIFU TABIR ALAM


Pic google image

SONETA
Pantun (Melayu), Haiku (Jepun), dan Soneta (Inggeris) adalah tiga genre puisi tradisional yang masih bertahan hingga kini menurut Prof. Mohammad Haji Salleh dalam tulisannya "Romance and Laughter of the Archipelago".
Alhamdulillah, antologi "Projek Haiku" telah selesai, begitu juga "Projek Pantun Melayu", dan yang tinggal hanya "Projek Soneta" bagi melengkapkan trilogi puisi ini. Saya kan terus membimbing kepada yang berminat sahaja.
Mungkin Soneta berasal dari Itali, namun Soneta yang mengikut struktur penulisan standard adalah Soneta Zaman Ratu Elizabeth. Soneta Inggeris hasil karya William Shakespere banyak terdapat dalam "Romeo And Juliet". Dengan itu soneta seringnya dihasilkan dalam bentuk penghargaan atau suasana romantik.
Isi puisi Soneta bercerita seperti Syair (a-a-a-a), namun Soneta dalam rima akhir a-b-a-b seperti Pantun, tetapi tanpa bait pembayang atau maksud.
Setiap penulis dihadkan kepada empat buah soneta sahaja.
CIRI-CIRI
Soneta ada 14 baris kesemuanya, terbahagi kepada 4 bahagian.
Bahagian pertama kuatrin 4 baris
Bhagian kedua kuatrin 4 baris
Bahagian ketiga kuatrin 4 baris
Bahagian keempat "couplet" dua baris (rumusan)
Satu kuatrin ada 4 baris dengan 10 nada (bunyi sukukata)
skim rima kuatrin yang ketat A-B-A-B / C-D-C-D / E-F-E-F / G-G
Contoh:
SONETA AL-AMIN
Ra/bi/ul A/wal men/jel/ma la/g(i)
dan pa/da/nya pe/nuh ke/sak/si/a(n)
den/gan ke/la/hi/ran se/o/rang na/b(i)
me/nye/bar ka/li/mah dan be/rpe/sa(n)
ayuh, selawatlah ke atasnya
Kasih junjungan nabi Muhammadd
juga ke atas keluarganya
kita panjatkan doa yang samad
tiap satu selawat berganjar
digandakan Allah pahalanya
sepuluh hitung janji Nya benar
rebutkanlah selagi bernyawa
padamu wahai kekasih Allah
insyaAllah ya rahimahullah
NOTA:
Jumlah Soneta - https://goo.gl/jjjS6q

Sumber grup soneta fb sifu Tabir Alam.

7 ulasan - "SONETA"

PeRdU cINta delete icon 14 Mei 2016 4:49 PTG

Wah seronoknya kak PI..serba sedikit tambah ilmu PC..terima kasih kak...

Nooriah Abdullah delete icon 14 Mei 2016 6:46 PTG

Alhmdulillah dpt jugak tau derba sedikit sebelum ni mmg zero lah P

paridah delete icon 14 Mei 2016 9:38 PTG

SAMALAH KAK PUN PC BARU KENAL PUISI SONETA...TQ

paridah delete icon 14 Mei 2016 9:41 PTG

YELA NOOR KECIK2 DULU XTAHUPUN HEH..HEH..TQ

Khir Khalid delete icon 15 Mei 2016 10:27 PG

Dah lama tak dengar ttg ni... dulu pernah terbaca tapi dah boleh dikatakan hampir terlupa... t kasih kak PI

paridah delete icon 15 Mei 2016 10:53 PG

YEKE SONETA NI DIPOPULARKAN SHAKESPERE DLM KARYA ROMEO & LULIET KK..KAK BKN TAUPUN HEH..HEH..TQ

SalbiahM delete icon 16 Mei 2016 11:14 PG

perkongsian yang bagus kak PI.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”