Tuesday 31 May 2016

SONETA MELAMUN RINDU...

ASSALAMUALAIKUM...

MELAMUN RINDU

Datanglah kasih  mengulit rasa
Kukirim rindu menggebu syahdu
Ingin bersama setiap masa
Mengubat lara hati yang sendu

Maafkan aku duhai Kekasih
Meninggalkan-Mu melompong atma
Mudah-mudahan cintaku masih
Hanya untuk-Mu saja  selama-lama

Basah bibir bertasbih, berzikir
Munajat doa mengusir alpa
Mengisi jiwa yang amat fakir
Hamba yang hina menunduk rupa

Ya  Ilahi Rabbi rindu bertemu
Pasrah dan reda akan takdir-Mu





18 comments:

  1. Bertemu pasrah n redha...indahnya

    ReplyDelete
  2. pasrah dan redha pada takdirNya..betul tu PI

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    "DIA yang berfirman dengan ar-Rahman dan ar-Rahim
    Tidak terhitung limpahan kasih yang dicurah
    Tidak terjangkau luasnya keampunan yang dianugerah.."

    ReplyDelete
  4. seronok baca..kak PI boleh jadi penulis liriklah..puitis

    ReplyDelete
  5. PASRAH N REDHA AKAN TAKDIRNYA...TKSH QHAIFA.

    ReplyDelete
  6. betul..pasrah dan redha itu bahagian insan yang perlu dilaksanakan.. :)

    ReplyDelete
  7. Kerana sesungguhnya pada siapa lagi mahu kita sandarkan kalau bukan DIA yg satu.

    ReplyDelete
  8. Kasih dan cinta pada PENCIPTA..
    Rindu bertamu didalam hati..
    Redha dan tabah atas ketentuan NYA..
    Kerana pengakhirannya adalah yg bahagia..
    Itu janji di Kalam NYA..

    ReplyDelete
  9. Pasrah dan redha akan takdirnya..
    sesungguhnya DIA sebaik2 perancang.. =)

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan perlindunganNya.
    Aamiin Ya Rabb.

    ReplyDelete
  11. Untuk cinta kepada Nya yang satu....

    ReplyDelete
  12. Untuk cinta kepada Nya yang satu....

    ReplyDelete
  13. Untuk cinta kepada Nya yang satu....

    ReplyDelete
  14. Untuk cinta kepada Nya yang satu....

    ReplyDelete
  15. melompong atma? mmg melopong je JM baca sbb tak faham kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..JM MELOMPONG ATAMA..KOSONG JIWA TU..TQ

      Delete
  16. Pasrah dan redha atas segala ketentuanNya... subhanallah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist