بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



SEBUAH KELAHIRAN

Sembilan bulan sepuluh hari belum pasti dikandung ibumu dengan lelahnya
Lalu dizahirkan susah payah bersalut darah melimpah
bertakwakal dengan takdir-Nya
berjuang hingga hujung nyawa.
melahirkan dikau beberapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan.

Tatkala engkau melihat dunia raung tangismu berhiba-hiba
dengan segera bidan mencapai
sudah dimandikan lalu dipakai
tinggallah ibumu lemah gemalai, rebah terkulai.

Takbir dan qamat bersilih ganti bapa mengendong putera puteri
memohon doa ke hadrat Ilahi supaya selamat dunia akhirat
beramal ibadat menurut pesan nabi Muhammad
..
Aduhai anak tersayang janganlah engkau durhaka
Dengan kasih ibu dan Allah merestu akan sempurna urusan hidupmu
Tidak menjadi Tanggang yang disumpah menjadi batu.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL.


8 ulasan - "SELAMAT HARI IBU.."

abuikhwan delete icon 8 Mei 2016 12:57 PTG

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Allah jua yang mengetahui betapa sejuknya dapat mencium tangan bonda.
Saat tersentuh hidung pada kedua ulas tangannya sudah mampu memutikkan damai rasa. Apatah lagi dapat mendakap dan memeluknya, bagaikan hilang segala rontaan jiwa yang bersarang. Resah dan gelisah seakan terbang menjauh entah ke mana. Di dalam pelukan bonda terasa tenang bagaikan turun sakinah dari langit Ilahi...

http://abuikhwan.blogspot.my/2011/09/bonda-semoga-damai-dalam-rahmat-nya.html

Maria Firdz delete icon 8 Mei 2016 1:49 PTG

Selamat hari lahir...

paridah delete icon 8 Mei 2016 4:02 PTG

TKSH MARIA..

Nooriah Abdullah delete icon 8 Mei 2016 6:08 PTG

selamat hari ibu P

Khir Khalid delete icon 9 Mei 2016 5:14 PTG

Selamat hari ibu... kasih ibu membawa ke syurga...

paridah delete icon 10 Mei 2016 9:28 PTG

TKSH NOOR..SLMT HARI IBU.

paridah delete icon 10 Mei 2016 9:39 PTG

WSALAM DIK USTAZ...TKSH DOANYA..DOA KAK UTK USTAZ N FAMILI JUGA...IBU KITA MELAKUKAN SEGALA YG TERBAIK UTK ANAK2NYA...KASIH SYG IBU KITA TIADA TANDINGNYA..DH BACA LINK YG DIBERI AMAT MENYENTUH HATI,,,TQ

paridah delete icon 10 Mei 2016 9:42 PTG

SELAMAT HARI IBU DIK KK..KASIH IBU TIADA NILAINYA...TQ

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”