Saturday 21 May 2016

JUS BUAH-BUAHAN YANG SEDAP...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MERAIKAN NISFU SHAABAN DENGAN AMAL IBADAH SEMPENA KEHADIRANNYA..BERDOA BANYAK-BANYAK AGAR SEGALA AMAL IBADAH KITA DITERIMA ALLAH....KALAU TERASA HAUS BOLEHLAH SEDIAKAN JUS MINUMAN YANG LAZAT NI...BOLEH PILIH ANTARA TIGA RESEPI YANG PI KONGSIKAN DI SINI...

MILKY RAMBUTAN

1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam

Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu kedalam jug
masukkan air gula dan rasakan secukup rasa
tambah air jika perlu
Letakkan ketulan ais dan biji selasih
Sedia di hidangkan dingin


AIR BUAH COCKTAIL
Respi Oleh : Kak Fida
Rujukkan : My Resepi

1 tin buah-buahan campuran ~ fruit cocktail
1 tin susu sejat
2 tin susu air ( guna tin susu sejat tadi untuk sukatan air)
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
Secukupnya agar-agar siap atau sumi
Ketulan ais secukupnya
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Satukan air, susu, gula, tepung kastard, secubit garam dan sedikit esen vanilla dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga mendidih
Senantiasa kacau adunan supaya kastard tidak melekat di dasar periuk
Bila dah didih, sejukkan
Setelah benar-benar sejuk, masukkan dalam mangkuk, letakkan sumi jelly dan buah-buah cocktail
Letakkan juga ketulan ais bila menghidang nanti
Jika suka boleh perahkan juga jus lemon atau hirisan lemon di dalamnya

LAICI SUSU
Resepi Oleh : HaSue

1 tin laici
1 tin susu cair atau susu sejat
air gula secukupnya
1 liter air sejuk
ais batu secukupnya

Satukan semua bahan dalam jug
jika suka boleh letakkan sedikit biji selasih
Hidangkan dingin

4 comments:

  1. semuanya PC suka mungkin sebab PC suka buah-buahan..hehe..kadang rajin juga buar ais krim :)

    ReplyDelete
  2. sukakan buah elok sangat tu pc buat jus kala rajin sedap tu...tksh PC

    ReplyDelete
  3. Koktel tu antara feveret tu kak PI... best2... :)

    ReplyDelete
  4. rambutan tu . ingat zmn kecik2 dulu bulan puasa musim rambutan . rambutan tak termakan . sudahnya my arwah bunda rebus rambutan tu dengan gula buat koktail ...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist