بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

JOM KITA KENALI PUISI HAIBUN PULA...BUKAN BERKEBUN YE...HEH..HEH..
HAIBUN ADALAH PUISI HAIKU YANG DIGABUNGKAN DENGAN PROSA...
SEPERTI YANG PI TULIS DIBAWAH INI...SECARA KASAR UNTUK MEMAHAMINYA BEGITULAH....TAPI KALAU MENGIKUT SIFU TABIR ALAM KARYA HAIBUN PI INI MASIH TIDAK KUKUH LAGI BINAANNYA....TAK SEMUDAH YANG KITA FIKIRKAN JUGA KAN...MEMPROSA HAIKU YANG PENDEK MESTI MENEPATI...NAK MENCIPTA HAIKU YANG BETUL PUN PENING...APALAGI NAK MEMPROSAKANNYA....TAPI MEMPELAJARI SESUATU ILMU SASTERA YANG BARU DARIPDA GURU YANG ARIF ILMUNYA MENYERONOKAN JUGA...

Haibun 

Gunung Jerai yang megah berdiri gagah. Di sinilah Merong Maha Wangsa melabuhkan bahteranya. Dongeng Melayu yang masih gah. Entah bagaimana cerita sebenarnya yang tersurat periwayatnya perlulah diselak baca. Meneliti sambil mengkaji akan realiti walau kadang sukar juga terpercaya menurut logik akal yang sederhana. Namun cerita lisan yang terbawa sejak generasi ke generasi, zaman berzaman tentu ada kebenaran lantaran perbidalan kitapun mengatakan “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.”
Dan ada pula tinggalan artifak yang dikatakan berupa bahtera besar telah bertukar menjadi batu kerana kelamaan usianya untuk menyokong kebenaran riwayat yang disangka metos semata. Kisahnya bagaimana Merong Maha Wangsa yang menabur khidmat mempertemukan puteri maharaja China dengan putera raja Rom dengan tujuan mengahwinkan pasangan itu namun dilanggar burung geroda yang ingin menggagalkan niat itu.  Niat baik menghubungkan dunia timur dan barat dengan jalenan ikatan yang lebih murni melalui perkahwinan.
Maka tersadailah bahtera besar itu di puncak gunung Jerai  dan kesudahan ceritanya tentu tidak berlaku setakat itu saja. Lanjutan cerita kisah cinta timur dan barat yang terabadi di kaki gunung Jerai menyimpan pertanyaan yang tidak berkesudahan. Namun gunung jerai bagiku adalah objek seni lagi indah di mana pun aku berada. Sawah padi terhampar sejauh mata memandang di kakinya seolah menggamit aku pulang ke sisinya. Apabila berada di tengah bendang dan memandang gunung Jerai menyapu awan putih seolah-olah sebahagian masalahku telah terlerai. Tenang dan damai.

Jerai berkabus
Riwayat Kedah lama
Mengajak pulang





17 comments - "HAIBUN..."

aryan azra delete icon 16 May 2016 at 10:42

sukar untuk saya fahami tu, apapun terima kasih berkongsi ilmu pengetahuan

paridah delete icon 16 May 2016 at 11:14

BUKAN NK FHM PUN PENING YAN..NAK CIPTANYA LAGI PENING HEH..HEH..TQ

Kakzakie Purvit delete icon 16 May 2016 at 11:46

Bila jiwa seorang yg berseni macam PI walau sukar bagaimana pun memprosakannya pasti hasilnya indah utk ditatap besama. Kakak suka:)

♥ aiNa yaZiD ♥ delete icon 16 May 2016 at 12:32

Pernah dgr pasal merong maha wangsa.. Ayah aina dulu selalu cerita masa kecik kecik. Hikayat Merong Mahawangsa. =)

Puan Wawa delete icon 16 May 2016 at 12:36

berseni sungguh ayat PI..")

Qhaifa Nur delete icon 16 May 2016 at 13:16

Minat juga puisi ni...
kna perlahan utk difahami bagi saya puisi ni...bkn jiwa seni kot

nohas delete icon 16 May 2016 at 13:22

Sonian..Haibun..byk cabang sastera yg belum diketahui..

tau cerita Merong Mahawangsa ni dlm filem...putera raja rom & puteri maharaja china..

Raihanah Ahmad delete icon 16 May 2016 at 15:12

minat juga puisi ni kak PI

Fidah Shah delete icon 16 May 2016 at 20:31

Banyak lagi perkara yang belum saya tahu nampaknya.
Terima kasih ilmunya Kak PI

paridah delete icon 16 May 2016 at 21:46

SAMA2 KITA BELAJAR ANEKA BENTUK PUISI DLM SASTERA KITA FIDAH..TQ.

paridah delete icon 16 May 2016 at 21:53

TKSH KAKZAKIE SUKAKAB TULISAN KAK...TAPI MMG BETUL KAKZAKIE KALAU XSABAR MMG XMAMPU NK CIPTA HAIKU DAN HAIBUN NI.

paridah delete icon 16 May 2016 at 21:57

MERONG MAHAWANGSA KISAH DONGENG DULU2 YG GLOBALISASI SIFATNYA MENGHUBUNGKAN DUNIA TIMUR N BARAT...TQ AINA.

paridah delete icon 16 May 2016 at 22:00

YEKE WAWA..TKSH..INSYAALLAH..TLS BIASA2 SAJA TU.

paridah delete icon 16 May 2016 at 22:07

SENI SASTERA KREATIF NI ADA YG SUKA N TAK GHAIFA..TAPI SUKA MENULIS OK SGT TU DH ADA SENINYA TU....

paridah delete icon 16 May 2016 at 22:12

KAK PUN BARU DUK BLJR NOHAS..BELUM LULUS LAGI HEH..HEH..KISAH MERONG MAHAWANGSA NI MUNGKIN LAGENDA KEDAH N BUKAN METOS KOT...TQ

paridah delete icon 16 May 2016 at 22:13

MINAT YA HANA..BAGUS TU...TQ.

Khir Khalid delete icon 18 May 2016 at 12:48

Baru saya tahu kewujudan puisi Haibun ini... t kasih atas perkongsian kak PI

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”