بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA



Haibun 

PUASA RAMADAN DULU-DULU

Menjelang Ramadan tok, mak dan emak-emak saudaraku saling berganding tangan menumbuk padi pulut atau jawi untuk menjadikannya beras yang akan disimpan selama sebulan sebagai bekalan penggunaannya kelak. Maklum hendak menumbuk padi tika sedang berpuasa penat juga.

Sedikit bahagian beras jawi dan beras pulut diasingkan dan ditumbuk lagi sehingga menjadikannya tepung. Dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat pelbagai kuih basah yang enak untuk berbuka puasa.
Daripada tepung pulut antara kuih-muih yang boleh dibuat adalah buah melaka, koci, lepat liat dan lain-lain. Tepung beras jawi diganakan untuk kuih talam yang berjenis-jenis, bengkang, cekodok, cendol dan untuk adunan goreng pisang, ubi keledek atau apa saja bahan makanan yang suka digoreng.
Waktu berbuka sangat dinanti sambil diiringi lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, penyanyi-penyanyi 60-an juga muzik irama padang pasir yang merdu.

Melalui batas bendang aku berlari-lari anak ke kedai runcit Pak Saad untuk membeli ais seketul. Ais seketul untuk mendinginkan sirap merah yang harum bau pandannya dengan butir-butir selasih yang mengapung di permukaannya.
Alangkah nikmatnya berbuka puasa tika sedang sangat kelaparan. Kesemua juadah yang terhidang kehabisan. Tidak sempat lagi hendak mengulangnya tika sahur.

Haibun #3
Menumbuk padi
Lesung indik berima
Juadah lazat


17 ulasan - "HAIBUN PUASA DULU-DULU"

Kakzakie Purvit delete icon 20 Mei 2016 12:50 PTG

Membayangkan keenakkan kuih-muih tradisi dulu yg sukar utk dijumpai
Harapnya bulan ramadhan ini boleh ditemui.

Sue Bee delete icon 20 Mei 2016 1:19 PTG

Bulan puasa masa SB sekolah dulu-dulu memang seronok, tinggal kat asrama katakan. Rakan muslim bila balik sahur dan berbuka, pasti ada lebihan di bawa balik tuk dikongsi dengan kengkawan bukan muslim..

nadhie wueen delete icon 20 Mei 2016 2:08 PTG

seronok je baca kisah akak puasa dulu2.. kalau skrg semua kueh beli kat bazaar je. tehee. btw saye singgah n follow sini. salam kenal :)

Atie Yusof delete icon 20 Mei 2016 2:16 PTG

terkenang memori puasa masa kecil ye kak..seronok berpuasa di kg.. penuh dgn hidangan tradisional terutama kuih muih..

PeRdU cINta delete icon 20 Mei 2016 2:47 PTG

Meriah dan nikmat...syukur..betul la kak...lebih meriah puasa zaman kecil-kecil...lain nikmatnya...walau makan biasa-biasa tapi gembiranya luar biasa..

paridah delete icon 20 Mei 2016 2:56 PTG

yela atie..terkenangkan tika berpuasa masa dulu2..tq

aryan azra delete icon 20 Mei 2016 3:12 PTG

seronoknya berpuasa dulu-dulu berasama arwah mak dan ayah

paridah delete icon 20 Mei 2016 3:20 PTG

semakin hampir jelang Ramadan hati sayu terkenangkan kesayangan kita yg tlh tiada kan yan...tq

Diana Rashid delete icon 20 Mei 2016 3:37 PTG

seronok pulak bila dibayangkan..zaman saya dah tak sempat merasa semua tu kak..rugi kan??

Fidah Shah delete icon 20 Mei 2016 4:17 PTG

Bestnya membayangkan saat berbuka puasa...
Apa lagi kalau dapat makan pelbagai juadah

Nooriah Abdullah delete icon 20 Mei 2016 5:02 PTG

Memang sayu hati bila terkenangkan puasa kita dulu2 P
P mengingatkan saya masa puasa dan suasana di kampong
yang di kelilingi oleh pokok padi
adusss menitis air mata bila kenangkan

Nick Nashram delete icon 20 Mei 2016 5:34 PTG

Beza suasana puasa dulu ngan sekarang..masa budak2 dulu excited sangat tggu brbuka..huhu

nohas delete icon 20 Mei 2016 6:37 PTG

bestnya..sambil baca, terbayang di minda...sedapnya kuih-muih dibuat dari tepung yg fresh...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 20 Mei 2016 7:23 PTG

terkenang suatu masa dulu

Khir Khalid delete icon 21 Mei 2016 1:39 PG

Klu teringat waktu2 berpuasa dulu2 selalu sayu... rindu waktu2 tu... :)

SalbiahM delete icon 21 Mei 2016 7:06 PTG

ditulis dengan baik sekali kak PI..seronok baca

paridah delete icon 12 Ogos 2016 4:41 PTG

YEKE..TKSH SAL..SUKANYA TERLAMBUNG DIPUJI HEH..HEH..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”