Wednesday 11 May 2016

CUCUR NASI...

ASSALAMUALAIKUM...

JIKA ADA LEBIHAN NASI BOLEHLAH DICAMPURKAN DENGAN TEPUNG DAN BAHAN-BAHANNYA JADIKAN ADUNAN UNTUK CUCUR NASI...
DAPAT MAKAN CUCUR NASI SEKETUL TIKA SARAPAN PAGI TENTU KENYANG HINGGA WAKTU MAKAN TENGAHARI...CUBALAH.

Cucur Nasi
*************
Bahan-Bahan
2 cwn nasi sejuk
2 cwn air suam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis/udang basah/udang geragau siap bersih jika mahu
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji cili merah dihiris nipis (jika suka)
Sedikit serbuk penaik
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam dan serbuk perasa jika mahu
1 biji telur
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
Kisar nasi bersama sedikit air,
Masukkan sekali ikan bilis/udang dan bwg putih.
Tuang ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga kuning kegaringan
Angkat dan toskan.



10 comments:

  1. Sedapnya kak PI...makan panas-panas...terima kasih kongsi resipi...

    ReplyDelete
  2. Teringin nak buat cucur nasi ni... Cuma tak berkesempatan... Rasa tak seronok kalau makan sorang2... Orang rumah pulak kalau pepelik depa tak makan sangat :)

    ReplyDelete
  3. sedap ni PI..acik pernah buat tapi tak blend nasinya..tunggu anak2 ada rumah nak buat lagi..terima kasih PI kongsi resepi

    ReplyDelete
  4. SAMALAH DGN ORG KAT RUMAH KAK SHA...RSPI NI WALAU XPELIK SGT MMRK XPNDG PUN..TQ

    ReplyDelete
  5. WAH ACIK DH PERNAH CUBA MESTI DH RASA KESEDAPANNYA TU...TQ

    ReplyDelete
  6. lebih suka buat nasi goreng...sesekali bertukar selera..

    ReplyDelete
  7. Macam-macam cucur dah K.PI kongsi terima kasih Mrs. A ucapkan.

    Kalau ikut Mrs. A cucur tepung jer... ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  8. ok gak resepi ni..asyik nasi goreng jemu jugak

    ReplyDelete
  9. Sedap ni buat hidangan hari minggu... marveles!!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist