Saturday 7 May 2016

CUCUR AYAM TANPA TEPUNG DAN CUCUR KENTANG...

ASSALAMUALAIKUM...

PI KONGSIKAN DI SINI DUA RESEPI CUCUR YANG MUDAH NAK MEMBEGANYA UNTUK MAKAN MALAM ATAU SARAPAN PAGI...ADA DIANTARA KITA YANG MAKAN MALAMNYA HANYA MAKAN ROTI SAJA SEBAGAI PENGALAS PERUT....ELOK JUGA KURANGKAN MAKAN NASI YANG PUNYAI KANDUNGAN GULA YANG TINGGI...

....MAKAN CUCUR PUN MENINGKATKAN KOLESTROL JUGA KERANA MINYAK YANG MENYELAPUTI TIKA MENGGORENGNYA KAN....PERLULAH GORENGKAN CUCUR DALAM MINYAK YANG PANAS AGAR TIDAK MENYERAPNYA DAN SEGERA TOSKANNYA SETELAH MASAK...ATAU DILAP CUCUR DENGAN TISU UNTUK MENGHAPUS MINYAKNYA HEH..HEH...MESTI TELITI UNTUK MENJAGA KESIHATAN


Cucur Ayam tanpa tepung
******************************
Bahan-bahan:
Isi ayam kisar atau didadu kecil
Daun bawang
Daun sup
Telur
Cili merah - buang biji dan dadu halus,
Serbuk lada hitam
Garam dan perasa jika mahu
Bawang besar didadu

Cara Menyediakan:
Gaul rata semua bahani.

Panaskan minyak terlebih dahulu.

Jemput adunan cucur guna jemari atau sudu

Goreng dan balik-balikkan sehingga garing kekuningan.





Cucur Kentang
******************


Bahan-bahan:
3 biji kentang ~ di sagat kasar
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara menyediakan:
Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
Gaul sebati
Panaskan minyak masak dalam kuali leper
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
Taburkan sedikit lada hitam
Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya


4 comments:

  1. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Cucur tanpa tepung, hmm pertama kali dengar...apa pun resepi ni saya mahu copy hehe..mohon keizinan ye kak!

    ReplyDelete
  2. WSALAM DIK USTAZ..AMIIN TKSH DOANYA..KAK DOAKAN USTAZ N FAMILI JUGA SAMA...COPYLAH RESEPI KAKPUN SHARE JUGA...TQ

    ReplyDelete
  3. cucur kentang tu pernah buat tapi cucur ayam blm cuba ... ada bhn blh lah buat .

    ReplyDelete
  4. Wahhh... paling best makan waktu petang dgn secawan teh o panas... marveles!!!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist