بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

KUIH TALAM BERLAUK NI BANYAK TABURAN BAWANG GORENG DAN DAUN KETUMBAR BERSERTA HIRISAN CILI MERAH DAN BOLEH DITAMBAH ANEKA SAYUR LAIN YG BERSESUAIAN... SEDAP TU LENGKAP NUTRISI MAKANANNYA...
SELAMAT MENCUBA YA...

TALAM BERLAUK INTI DAGING

.
Bahan-Bahan Talam:
.
2 cwn tepung gandum
6 sudu tepung jagung
200 ml cawan pekat ( Boleh juga guna santan kotak)
6 cwn air ( ni termasuk santan td)
2 biji telur
1/2 sudu garam
.
Cara-caranya:
Bancuh semua bahan dan kacau sampai rata...tapis masuk dlm talam 10x10 ..tinggal kan adunan sedikit dlm anggran 10 sudu ( ketepikan)
.
Adunan dlm talam kukus selama 20 minit...
Bila dah masak baru tabur bahan int/lauk di bwh yg dah dimasak
.
Bahan atas Inti Daging:
.
300 gram daging kisar
Sebiji kentang ( dadu)
Bawang goreng
Lada hiris
Daun sup ( hiris)
.
Cara-Caranya:
Tumis sedikit minyak
Masukan daging/ kentang
Kemudian letak garam dan perasa
Kalau kering tambah sedikit air
Masak sampai kentang dan daging empuk
.
Dah siap tabur atas talam td.. Lepas br tabur bwg goreng, lada, dan daun sup...renjiskan sekali adunan lebihan yg 10 sudu tadi...ni bertujuan untuk lekat bhn taburan..kukus lg dlm 5@10 minit
.

12 ulasan - "TALAM BERLAUK INTI DAGING..."

Nor Azimah delete icon 19 April 2016 8:42 PTG

Kak PI, saya mmg cari resepi talam bwrlauk ni, tq so much.

Etuza Etuza delete icon 19 April 2016 9:03 PTG

wah special resipi...Blogger Pi, apa khabar ya? moga sihat..

paridah delete icon 19 April 2016 9:41 PTG

CUBALAH NOR RASANYA XRUMIT NK MASAKNYA...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:43 PTG

YA RESEPI ISTIMEWA TU CIKGU...KAK OK JE CIKGU TKSH BERTANYA... MOGA CIKGU N FAMILI SHT SJHTRA SEMUANYA.

kakyon delete icon 20 April 2016 7:40 PG

sedapnya..akak suka kuih ini.mkn tak muak dan mengenyangkan..

kakyon delete icon 20 April 2016 7:41 PG

PI akak ambil resepinya ye.. :)

saniah ibrahim delete icon 20 April 2016 9:13 PG

Macam mudah je buatnya ni PI....teringin juga nak buat kelak.

paridah delete icon 20 April 2016 12:02 PTG

ambiklh KY

paridah delete icon 20 April 2016 12:03 PTG

Sedap kuih talam gini KY tq

paridah delete icon 20 April 2016 12:04 PTG

mudah je saniah cubalah...tq

Fidah Shah delete icon 21 April 2016 12:30 PTG

saya suka kuih ni...Selalunya kalau nak makan, tunjuk2 aje...hihi
nanti boleh cuba buat sendiri

Khir Khalid delete icon 21 April 2016 4:09 PTG

Sedap kak PI... antara feveret saya ni. Terasa bulan puasa pulak bila tengok talam berlauk ni hehee... :)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”