Thursday 7 April 2016

SERUMPUN LALANG...

ASSALAMUALAIKUM....



Pic google images

SERUMPUN LALANG

Berumpun lalang tegak mendongak
Dari tanah menghunus tombak
Melukakan kaki terpijak
Sukar terelak
mercik darah
perrih..
Daunnya keras kejung
Menghiris pantang terguris
Tanpa maaf lagi sinis

Putih bunganya bersepora benihnya merata
Membawa semangat juangnya berpijak di bumi nyata
Di desa desa di kota kota
Sayang lalang menjulang
Tiada yang berani halang

Walau menjolok mata memandang
Namun gertakan pawana nan berhembus kiri kanan
Melentokan diri kadang kiri kadang kanan
Menyandar kekuatan


PARIDAH ISHAK
7/4/2016
SELAYANG UTAMA

20 comments:

  1. Replies
    1. TAKLAH FIFI INSYA ALLAH BIASA2 SAJA...TQ

      Delete
  2. Namun sering kita dinasihatkan
    usah menjadi seperti lalang
    tidak punya pendirian kerana mudah goyah
    indah dipandang tetapi sering dimusnahkan
    walau hakikatnya lebih tidak berguna
    daunnya boleh menajamkan gunting

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalang ni kalau tumbuh berakarumbi diracun berkali-kali baru pupus kakzakie...kalau dibiarkan menyemakan mata memandang. daunnya boleh menajamkan gunting ya baru tau tksh infonya.

      Delete
  3. singgah pagi...♥
    suka baca..walaupun kdg² tak berapa nak memahami...walaupun dulu amek kelas sastera..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tksh nieyl sudi baca sajak simple ni..mmg ramai pelajar sastera yg xminat sastera kan.

      Delete
  4. cantilah bebunga lalang yang memutih macam tu.

    trbaik PI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga lalang putih gebu cantik kan yan...
      tksh yan insyaAllah biasa2 je tu.

      Delete
  5. Suka baca puisi PI....penuh makna.
    Lalang mudah tumbuh subur tanpa dibaja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tksh saniah kdg2 dtg ilham utk bersajak heh..heh..tq

      Delete
  6. Ada ketikanya kak Zai kurang faham puisi PI, dalam maksudnya.
    Cantik bunganya tapi tidak daunnya boleh melukakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpayah susah payah nk fhm puisi zai...kdg maksud penulis simple saja tapi ada yg kata berat sgt..xmengapa zai xjadi kesalahan pun..tq.

      Delete
  7. tersurat & tersirat..keunikan puisi...sy pun suka berpuisi tp hanya utk bacaan sndiri je..more to luahan perasaan..hihi (bkn jiwang ye)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PUISI GUBAHAN BAHASA NAN INDAH HUSNA TQ

      Delete
  8. YEKE NOR..MAKNANYA FHMLAH TU KAN...TQ NOR

    ReplyDelete
  9. HEH..HEH..XDELAH MKL INSYA ALLAH BIASA2 SAJA...TQ

    ReplyDelete
  10. Lalang itu ada keindahannya klu pandai menghargai melihat... tapi jngn jadi orang yg diibaratkan spt lalang huhu.. :)

    ReplyDelete
  11. LALANG PUN TUMBUHAN ALAM YG BOLEH DIMENAFAATKAN...TAPI KATA PEPATAH MELAYU JGN JD SPT LALANG YG XTETAP PENDIRIAN KAN..HEH..HEH..TQ DIK KK.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist