Saturday 9 April 2016

SAHABAT KITA..

ASSALAMUALAIKUM...

Anak belibis di tepi lurah,
Diwaktu pagi bermain leka;
Mulut manis kecindan murah,
Ke mana pergi orang pun suka.
Pantun di atas mengambarkan sifat yang harus kita bawa
jika kita hendak mencari ramai sahabat. Sebenarnya tidak-
lah terlalu sukar untuk kita mendapatkan kawan atau sahabat.
Yang pentingnya kita mesti pandai membawa diri dan mensesuaikan keadaan. Memanglah sukar untuk kita
mendapatkan kawan jika kita bersifat sombong dan takbur.
Sifat riak dan meninggi diri juga adalah amat tidak disukai oleh
ramai orang.
Dalam mencari sahabat atau kawan kita kenalah berhati-
hati. Namun janganlah terlalu memilih sangat. Cukuplah sekadar
sahabat yang kita dapat itu jujur dan ikhlas orangnya. Janganlah sekali-kali memilih sahabat kerana harta kekayaan, pangkat atau paras rupanya. Carilah sahabat yang setia dalam perhubungan.
kalau boleh carilah sahabat yang sayang kepada kita. Bak kata peribahasa:
"Sayang ibu sayang sahaja
Sayang ayah menurut kata
Sayang saudara sama berharta
Sayang sahabat sama binasa.
Kerap juga terjadi kita dengan mudah memutuskan saliturrahim. Perbuatan ini amatlah dimurkai Allah. Lainlah kalau kawan itu jenis "Talam dua muka", "Gergaji bermata dua","Menikam kawan dari belakang', "Menggunting dalam lipatan", Pepat di luar rencong di dalam', "Telunjuk lurus kelingking berkait', atau "Mulut kita disuap pisang, punggung kita dcucuknya onak" maka sahabat yang sedemikian eloklah kita sisihkan sahaja jauh-jauh.
Apabila kita telah mendapat sahabat yang sesuai, sealiran dan sejiwa, jagalah ikatan persahabatan itu supaya tidak longgar dan terputus.Adalah teramat malang jika sahabat baik yang telah kita perolehi itu kita abaikan. Kita sisihkan jauh dari kehidupan kita
Kalau boleh biarlah kita menjadi payung untuknya berteduh dari hujan dan panas. Begitu jugalah sebaliknya. Persahabat yang jujur dan ikhlas itu teramat indah. Oleh itu jagailah ia dengan sebaik mungkin.
Sedikit coretan untuk kita renungkan bersama. Fikir-fikirkanlah.

8 comments:

  1. Pantunnya indah
    Sangat baik maksudnya
    Jika punya senyum murah
    Tentu dapat sahabat dimana-mana...

    ReplyDelete
  2. Puitis dan penuh isi maksud nasihat yg membimbing ke arah kebaikan... subhanallah...

    ReplyDelete
  3. BERTUAHLAH MEREKA YG DIKURNIAKAN SAHABAT SEJATI..SANGGUP MENGHARUNGI SUSAH BERSAMA..

    ReplyDelete
  4. Arwah mak saya sgt peramah dan murah senyum, kalau dia bercakap dgn org, saya selalu ingat org tu dia dh kenal lama, bila saya tya katanya baru kenal, sifat baik mak saya ni sayangnya tk turun ke saya, saya penyegan dgn org yg saya tk kenal.

    ReplyDelete
  5. Arwah mak saya sgt peramah dan murah senyum, kalau dia bercakap dgn org, saya selalu ingat org tu dia dh kenal lama, bila saya tya katanya baru kenal, sifat baik mak saya ni sayangnya tk turun ke saya, saya penyegan dgn org yg saya tk kenal.

    ReplyDelete
  6. Kata nasihat yang baik..moga kita sentiasa menghargai anugarah sebuah persahabatan

    ReplyDelete
  7. sahabat sama2 susah senang payah dicari ...yan sendiri sedang belajar jadi sahabat yang baik

    ReplyDelete
  8. Betul tu, kita nak kawan ramaintk boleh sombong.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist