Monday 11 April 2016

MENGGAMIT MEMORI...

ASSALAMUALAIKUM...



WAJAH DI DALAM KELONGSONG KERTAS

Banyak faedahnya kerana aktif dalam persatuan belia felda ini. Sentiasa ada peluang untuk menyertai aktiviti yang tidak terduga. Aku dipilih berseminar di KL, bersama Md. Amin selaku naib pengerusi persatuan belia 4B di sini dan aku pula adalah setiausahanya.
Wilayah felda pahang tengah diwakili aku dan dua orang lagi belia dari felda Kampung. Awah.

Kami dibawa ke KL menaiki landrover felda dengan ditemani En. Zainudin Yunus seorang pegawai sdo felda wilayah Pahang Tengah.Teruja sungguh dengan pengalaman baru ini. Seminar dirasmikan Abdullah Ahmad Badawi mantan PM yang tika itu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Tun Abdulah tika itu sangat kacak tampan sekali. Kami perserta perserta seminar berpeluang bergambar dengan beliau.

Aku berkenalan dengan ramai kawan kawan belia yang datangnya dari felda seluruh negara. Antara yang sangat rapat denganku adalah Mussalmawati yang
menjadi rakan baikku ; berasal dari felda lurah bilut. Seorang yang sangat baik dan rapat denganku. Kemana saja berpergian mesti hendak bersama dengannya. Maklum akupun tidak biasa dengan majlis begini. Agak canggung  sedikit dengan suasana yang selama ini tidak pernah dialami. Maklumlah orang kampung yang pertamakali ke bandaraya bagai rusa masuk kampung pula..

Sedang kami sibuk berseminar muncul pula seorang wartawan yang berhasrat menemuramah kami untuk bahan berita majalah yang diwakilinya. Aku dan mussalms pun bercerita tentang kegiatan belia di tempat kami, dalam kesibukan dan kesuntukan waktu untuk memenuhi acara yang disusun tidak sempat pula hendak bertanya kepada wartawan itu tentang majalah yang diwakilinya dan bilakah tulisannya tentang kami akan disiarkan

 
Telah berlalu cerita itu sehingga beberapa bulan kemudian bapa membawa pulang sehelai kertas majalah yang diberi seorang rakannya.
 Tertera gambar aku dan mussalma di dalam kertas itu.Kata bapaku rakannya menemui kertas itu berlapis di dalam kelongsong kertas barang yang dibelinya di kedai PNF.kesian kan...gambar aku dan Mussalma terperosok di dalam kelongsong pembungkus barang. Tapi ok lah juga dapat menatap gambar sendiri di dalam cebisan majalah. Terimbau kembali kenanganku bersama Mussalma dan peserta2 seminar di KL dulu. Momen yang sangat menggembirakan. Mussalma kini seorang pegawai felda.


20 comments:

  1. Aduhai dah nak jadi kertas pembungkus pulak ye Kak PI..
    Mujur bapa akak jumpa..
    Boleh juga buat kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..YELA YATI NK DIJADIKAN CITER...TQ

      Delete
  2. Kalaulah moment itu terjadi hari ini gambar itu pasti dah diabadikan dalam blog kan PI.
    Kakak pun pernah juga masuk paper dan majallah tapi dek kerana org kampung yg susah tak ada beli pun. CUma baca itu pun cikgu yang ambil tampal di notice board sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYAALLLAH KAKZAKIE...HEH...HEH
      WAH PENGALAMAN KAKZAKIE LAGI HEBAT N DIBERI PERHATIAN SEKOLAH..TQ

      Delete
  3. Tak apa Pn Paridah...yang pasti muka ada tertera kat paper...bukan senang nak masuk...nak masuk tv pun belum tentu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH DULU2 FIDA...XSANGKA TERSELIT JUGA WAJAH DLM MAJALAH...TQ FIDA.

      Delete
  4. Yang penting memori dan pengalaman yang tak semua orang dapat
    Suatu kenangan...

    ReplyDelete
  5. memori yang cukup berharga kan PI, oh Pi juga orang felda ye, dari pahang ke?

    saya juga felda di lanchang

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA YAN SAMALAH KITA ORG FELDA KAT PAHANG...KAK KAT ULU JEMPOL...TQ

      Delete
  6. pengalaman manis..terpilih ke seminar, terpilih diwawancara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..KISAH ZAMAN REMAJA DULU2 NOHAS...TQ

      Delete
  7. Alhamdulillah walaupun sekadar membaca dari kelongsong kertas namun pasti mengamit memori indah pada PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..YELA SANIAH CITER YG LAYAK DIISI DLM KELONGSONG KERTAS..TQ

      Delete
  8. baru tahu akak org felda..

    yan felda palong

    ReplyDelete
  9. Kenangan manis atau pahit mesti terlayar di fikiran.. kan kak PI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KENANGAN PAHIT MANIS ABADI DI HATI...TQ OZ

      Delete
  10. Kenangan yg manis pasti akan tetap manis walau bagaimana pahit pun melanda... ia tetap manis...

    p/s: ok tak komen ayat sastera saya tu kak PI hehee

    ReplyDelete
  11. HEH..HEH..OK SANGATLAH TU DIK KK..ORG SASTERA PUN XRAMAI YG RETI BERAYAT SASTERA YG MOLEK..KAK LAH TU..TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist