Wednesday 13 April 2016

LONTONG KERING..

ASSALAMUALAIKUM....

LONTONG KERING



Pernah dengar tak Lontong Kering?
Kalau di Johor, lontong kering nie adalah salah satu menu yg cukup popular. Dipanggil juga lontong Darat. Biasanya dijual di sebelah pagi untuk sarapan. Tetapi menu ni agak berat namun sangat sedap! 


Lauk-pauk yang biasa dimakan bersama-sama lontong ialah:
sambal tumis kupang
rendang daging/ayam kampung
serunding
sambal kacang
sayur goreng jawa
sayur goreng hitam
sambal sotong berkacang
sambal udang
sambal kupang bonda
sambal kering paru berkacang


NASI IMPIT - BUAT SENDIRI

Bahan-bahannya:
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang
Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn Kuah kacang
NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.

Lauk 1
RENDANG AYAM

1ekor ayam - potong ikut suka
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - mayang halus atau disiat2
2 helai daun limau perut - disiat2
garam dan gula - secukupnya
3 keping asam keping
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan)
3 batang serai - dititik
Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan diatas
Cara menyediakannya:
Ayam dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Kemudian digaul dgn garam dan kunyit dan digoreng 3/4 masak. ketepikan
Kemudian tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar bersama2 serai yg dititik dan tumis hingga garing dan harum.
Masukkan santan.
Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan asam keping , kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih barulah masukkan ayam.
Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun kunyit. Biar sekejap.
Siap untuk hidangan.
Lauk 2
SAMBAL GORENG JAWA
Bahan-bahannya :
3 keping fucuk ( direndam terlebih dahulu setelah dipotong kecil-kecil )
3 keping tauhu *
2 keping tempe bersaiz sederhana *
3 biji kentang *
sedikit suhun ( direndam )
sedikit udang hidup yang dibuang kulit
Santan pekat ( 150ml )
3-4 sudu kicap ( atau ikut suka )
1/2 kiub ikan bilis
Garam dan perasa
1 biji bawang besar dihiris halus
Sedikit air
Bahan bertanda * digoreng dan dipotong dadu / kecil-kecil
Bahan Kisar A :
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit udang kering ( rendam terlebih dahulu )
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cara-cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar A sehingga naik bau. Masukkan udang hidup dan bawang besar yang sudah dihiris dan goreng sehingga masak dan kemudian masukkan air.
2. Tambahkan sedikit kicap untuk warna dan rasa manis sedikit, kiub ikan bilis, santan dan goreng lagi sehingga menggelegak.
3. Tambahkan bahan yang bertanda * dan juga fucuk. Goreng sehingga semua sebati dan agak kering. Tambahkan garam jika perlu.
4. Boleh dimakan bersama nasi panas ataupun dijadikan lauk Lontong Kering.
SAYUR GORENG ALA JAWA - versi 2
4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
1 inc halia - dihiris halus
garam secukup rasa
Cara-cara menyediakannya:
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam.
Lauk 3
SERUNDING KELAPA
1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis/udang kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa
Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.
Lauk 4
SAMBAL TUMIS UDANG BONDA
1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje.. embal-embal aje kata orang Jawa.
1/2 cwn air asam
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula boleh tambah kalau kurang kerana kalau manis sikit sedap ye.
1/2 cawan minyak masak
Bahan Kisar
semangkuk lada kering kisar - (caranya direndam hingga kembang basuh dan toskan)
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar dua inci
Cara penyediaannya.
Tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Tumis biar lama sikit tapi jaga jangan sampai hangus.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa. Biarkan merenih.
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan.
Lauk 5
KUAH SATAY @ KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
200 gm daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.
Lauk 6
SAMBAL SOTONG BERKACANG BONDA
Bahan-Bahan:

2 ekor sotong 
segenggam kacang tanah
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1/2 cawan air asam jawa (boleh digantikan dengan 2 asam keping)
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
20 biji cili kering, buang biji dan direbus terlebih dahulu
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
7-8 biji bawang merah
1 inci halia
Cara Penyediaan:
Goreng kacang tanpa minyak (sangai) dan buang kulitnya. Kemudian kisar kasar dan ketepikan.
Bersihkan sotong kembang dan bilas sedikit bersama limau nipis atau air asam jawa untuk mengelak dari rasa hanyir. Kemudian hiris sotong kembang mengikut kesukaan masing-masing.
Panaskan air sehingga mendidih dan rebus sotong kembang selama lebih kurang seminit. Kemudian toskan airnya.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
Masukkan pula bahan kisar halus dan masak di atas api perlahan sehingga pecah minyak.
Masukkan sotong kembang, kacang kisar dan sos tiram. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan bersama garam dan gula secukup rasa.
Tips:
Goreng kacang tanpa minyak (sangai) agak mengambil masa yang panjang. Jika anda tidak mempunyai masa, terus goreng kacang tanah di dalam minyak panas, buang kulit dan kisar kasar. Hati-hati kerana kacang cepat hangus jika digoreng di dalam minyak panas.
Menu 6
RENDANG DAGING BONDA

Bahan bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan gula
Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan jintan putih - sangai
Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.
Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Dah siap.
Menu 7
SAMBAL TUMIS KUPANG BONDA

Bahan-:
1 1/2 cawan isi kupang atau isi kerang
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (atau secubit serbuk perasa)
3/4 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Cara Membuat Resepi Sambal Kupang /dan Kerang pun sedap
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar bersama gula dan bawang putih hingga garing dan berminyak 2. Masuk air asam jawa, garam dan belacan.
3. Masukkan kupang ke dalam kuali (boleh digantikan dengan isi kerang)
4. Bila kupang dah lembut dan masak (jadi warna kuning kupang tu), masukkan bawang besar dan terus tutup api.
gerenti sedap!!
Menu 8
SAMBAL KERING PEPARU

BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan jus pekat asam jawa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
BAHAN KISAR HALUS smile emoticon
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA smile emoticon
1. Paru tadi digoreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali (bukan lah sikit sangat, agak2 lah yea) tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
2. Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula. Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang...Hidangkan
Menu 9
Sambal Kuah Kacang Berparu
Bahan untuk paru goreng:
200 gm paru- rebus dan hiris nipis- nipis
Sedikit garam dan kunyit
Bahan-bahan untuk dikisar:
2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
Cara:
1. Paru yang telah direbus dan dihiris nipis, digaul
dengan garam dan kunyit juga bahan-bahan kisar
dan diperap terlebih dahulu 1– 2 jam.
(untuk lebih mudah buat paru berempah ini lebih
awal dan simpan dalam tempat beku).
2. Paru yang telah diperap digoreng garing.Ketepikan.
Bahan- bahan untuk sambal kacang:
300 gm kacang tanah- goreng dalam minyak panas.
100 gm cili kering – dikisar dan ketepikan.
Bahan-bahan dikisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
Bahan lain:
2 batang serai diketuk
3 sudu besar gula merah
garam dan gula secukupnya
air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis
Caranya:
1.Kacang yang telah digoreng, ditoskan kemudian kisar.
2.Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga
naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar tadi
bersama serai yang telah diketuk, biarkan hingga
wangi.
3.Masukkan kacang tanah dan kacau sebati.Masukkan
sedikit air jika perlu sehinggaa terbit minyak.
4.Masukkan air asam jawa, gula merah,garam dan gula
pasir secukup rasa dan kacau sebati. Masak atas api
kecil dan hendaklah sentiasa di kacau supaya jangan
hangus.
5.Apabila telah naik minyak, masukkan paru yang telah
siap digoreng, ratakan biarkan mendidih. Barulah
diangkat.
*Kacang tanah yang di goreng dengan minyak
menjadikan kuah kacang tahan lama (lambat
untuk basi), berbanding kacang tanah yang
disangai tanpa minyak.
Like page resepi bonda.

28 comments:

  1. Aduhai PI resepi ini semuanya kegemaran keluarga kakak
    Kami kalau kenduri kadang walau tak masak utk org yg tahlil tapi untuk yg rewang kami masak lontong kering ini.Kadang dijadikan berkat - PI tahu tak berkat. Bagi pada org yg dtg kenduri utk dibawa balik sebagai ole-ole. Sedap tau makan berkat.

    ReplyDelete
  2. yeke...nampak sedap sgt lauk yg dimakan bersama kontong kering ni...resepi istimewa org johor ni...wah kalau dpt bawa balik berkat gini dari rumah kenduri best sgtkan kakzakie...tq

    ReplyDelete
  3. memang favourite la lontong cmni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAP LONTONG NI EDDA BANYAK LAUKNYA...TQ

      Delete
  4. lontong kering & berkuah...dua2 suka...
    aambal kering paru..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEDAP NI SEMUA LAUK YG DIMAKAN BERSAMA LONTONG NI NOHAS...TQ

      Delete
  5. Wah! kena suruh isteri masakkan ni. sedap belaka..yummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA CIKGU ABAM KIE SURUH ISTERI CUBA MSKN JOHOR PULA...TQ

      Delete
  6. Semua masakan diatas nampak sedap. Kak Zai pun ada juga pergi kenduri bawa makanan berkat tradisi orang jawa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU KE KENDURI MSYRKT JAWA MMG DPT BEKAL BERKAT NI ZAI...SEDAP SEMUANYA...TQ

      Delete
  7. Fuhh banyak terus kak..lontong kering fav acik ..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..BIAR LENGKAP RESEPI UTK LOTONG KERING NI ACIK...TQ

      Delete
  8. Kak, ni resepi stok utk puasa dan raya ke apa ni, banyaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..BIAR LENGKAP NOR BARU BETUL...KEBETULAN ADA KAK SHARE JE NOR...TQ

      Delete
  9. Betul banyak resepi bole simpan untuk masak hari hari ni, tak perlu fikir lagi, sedap semua tu K Pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA BP KALAU BNYAK RESEPI BOLEH PILIH MANA YG DIMASAK SEDAP2 SEMUANYA...TQ

      Delete
  10. Assalamualaikum Kak Paridah...bila baca resepi akak...saya ingatkan daun pisang untuk nasi himpit tu gunanya untuk dibalut...rupanya untuk letak aja...
    Dulu pernah buat kelongsong silinder guna daun pisang...masukkan beras dan rebus...alhamdulillah jadi juga..yang seronoknya tu...warna sekeliling warna hijau dan wangi juga baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM FIDA...YELA DAUN PISANG UTK DPTKAN AROMANYA JE...WAH BOLEH MSK NASI DGN SILINDER N ISI DAUN PISANG MCM BUAT LEMANG TU YA...MESTI SEDAP TU TQ FIDA

      Delete
  11. Tak pernah cuba lagi lontong kering macam nih!

    Macam sedap la pulak

    ReplyDelete
  12. tak pernah makan lontong kering ni

    ReplyDelete
  13. Sedapnya semua resepi tu Kak PI..
    Nak buat lontong kering tu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CUBALAH YATI PENAT JE KAK SHARE RESEPI KALAU XDE YG MINAT NK CUBA HEH..HEH..TQ

      Delete
  14. Ni yang rasa nak balik kampung makan lontong....
    Sedapnya

    ReplyDelete
  15. LONTONG KAT TEMPAT SENDIRI MESTI XSAMA DGN TEMPAT LLAIN KAN FIDAH...TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist