Sunday 17 April 2016

IRIHATI DAN DENGKI MEROSAK DIRI....

ASSALAMUALAIKUM...



Kadang-kadang payah untuk dimengertikan kenapa seseorang itu menyimpan perasaan benci dan marah kerana cemburu dan iri hati yang teramat sangat terhadap seseorang. Cemburu dan iri hati atas kekayaan harta benda atau kelebihan ilmu dan sebagainya. Ada kalanya dari perasaan cemburu dan iri hati yang tidak dapat dikawal ini akan timbul perasaan dendam.
Sebenarnya dengki atau kedengkian ini adalah penyakit hati. Hati yang kotor. Hati yang tidak bersih! Jika seseorang hati dan jiwanya suci murni, pasti tidak akan timbul perasaan dengki ini. Agama kita juga melarang kita supaya tidak berhasad dengki. Perlakuan dengki mendengki tidak mungkin akan berlaku jika kita di dalam kehidupan kita berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.
Apalah gunanya kita dengkikan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Bersyukur sahajalah akan apa yang kita ada. Segala apa jua kelebihan yang orang lain miliki, semuanya itu adalah pemberian atau anugerah Allah belaka. Usahlah kita pertikaikan hak Allah untuk memberi nikmat kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Mungkin waktu kita belum sampai lagi. Maka teruskan berusaha dan sabar menanti
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.
KEDENGKIAN
Kedengkian itu adalah sifat
Berunsur benci dendam kesumat
Lebihnya orang dia meluat
Di dalam hati benci terpahat.
Dengki itu sifat tercela
Di dalam diri jangan dibawa
Kelak nanti timbul sengketa
Jiwa yang tenang menjadi lara.
Janganlah kita memendam dendam
Beriri hati tak padam-padam
Apalah guna berdengki-dengkian
Takut musibah menimpa badan.
Sifat dengki akan berlaku
Bila ada rasa cemburu
Di hati pula sama berpadu
Iri hati yang tak menentu.
Terlalu ramai bukan sedikit
Terdapat orang jiwanya sakit
Cemburu dan dengki sering berkait
Senangnya orang suka diungkit.
Bersifat dengki Tuhan tak suka
Nabi pun juga turut bersabda
Jika lakukan dapatlah dosa
Hukuman Allah pasti tertimpa.
Apalah hendak kita dengkikan
Lebihnya orang atau pun rakan
Semuanya itu kurniaan Tuhan
Janganlah kita nak pertikaikan.
Syukurlah kita apa yang ada
Walau sedikit tidak mengapa
Mungkin waktunya belumlah tiba
Untuk kita beroleh laba.
Pesanan ini dengar-dengarkan
Buat sahabat handai dan taulan
Supaya tidak tersesat jalan
Ke akhir hayat kan bersesalan.
SEKIAN

5 comments:

  1. Boleh dikatakan hati ni adalah sebuah kerajaan yang terpenting dalam universe. Masakan tidak, turunnya kita ke sini pun dek kerana hati yang telah dibelah bahagi.

    ReplyDelete
  2. Nauzubilah..bersyukurlah..kan KPi

    ReplyDelete
  3. waallaikumsalam...
    sifat yang sangat dilarang dan tentu harus dijaga pada dirikita agar tidak memiliki sifat irihati dan dengki...dosa

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih, perkongsian yang sangat bermanfaat.
    “Hendaklah kamu menjauhi sifat hasad dengki, kerana sifat dengki itu menghapuskan segala amalan kebajikan seperti mana api memakan kayu-kayu.” (Riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah)

    Begitu buruk sekali kesan hasad dengki, sehinggakan Rasulullah saw mengumpamakan ia sebagai api yang membakar segala kebaikan. Hasad atau dengki merupakan sifat yang amat tercela. Ia bersumberkan dari iri hati atau ketidaksenangan dalam hati. Ia amat keji kerana boleh mendatangkan akibat buruk bukan sahaja kepada orang didengkikannya, bahkan kepada puak dan masyarakat seluruhnya. Apabila bersarang sifat dengki, maka segala kebaikan akan lenyap dan terhapus sama sekali. Yang tinggal hanyalah keburukan dan dendam kesumat sahaja.
    Mudah-mudahan kita diberikan hidayah menempuh dalam perjalanan hidup...

    ReplyDelete
  5. Iri dan dengki tiada gunanya
    Kelak badan sendiri yang merana
    Berbuat baiklah sesama manusia
    Hidup di dunia hanya sementara

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist