Tuesday 5 April 2016

DUGAAN HIDUP...

ASSALAMUALAIKUM...

Kehidupan manusia di dunia adalah ibarat air laut. Ada pasang surutnya. Ada waktunya airnya tenang dan ada kalanya berombak kecil. Ada masanya pula ia bergelora dan ada ketikanya ia mengganas dan menggila apabila ribut dan taufan melanda.
Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini Allah jadikan berpasang-pasangan. Ada lelaki dan ada perempuan, ada sakit dan ada sihat, ada bahagia dan ada derita atau kesengsaraan dan sebagainya. Ada orang hidup dalam keberuntungan dan ramai pula yang ditimpa malang.
Semua insan yang hidup di dunia ini dambakan keberuntungan dalam kehidupan. Ingin berjaya serta dapat mencapai apa yang dicita-citakan. Dapat memiliki apa yang diimpikan. Namun nasib manusia berbeza-beza. Ada yang berjaya dan ada yang menemui kegagalan.
Ada insan nasibnya begitu malang. Padi ditanam tumbuhnya lalang. Ayam ditambat disambar helang. Kadang-kala malang yang datang bertimpa-timpa. Sudahlah jatuh ditimpa pula dek tangga. Terkadang malang yang datang seolah-olah tidak berkesudahan. Berbukit pula selepas pendakian.
Namun apa pun yang terjadi, haruslah diingati, inilah ketentuan tuhan. Sebagai insan, kita hidup di bawah takdir-Nya. Kalau kita didatangkan malang yang bertimpa-timpa, redha dan pasrahlah akan ketentuan Ilahi. Mungkin ada banyak hikmah yang terselindung di sebaliknya. Usahlah kita diselimuti duka dan nestapa berpanjangan. Jika kita masih diberi kesempatan untuk menghuni dunia yang fana ini, berusahalah untuk mengubah nasib diri kita. Lupakan kisah sedih yang lalu. Dalam melakukan usaha, janganlah hendaknya kita mengimpikan bulan akan jatuh ke riba. Jangan mengharapkan yang bulat akan datang menggolek dan yang pipih akan datang melayang. Kebahagiaan hidup tidak datang dengan sendirinya. Kebahagian hidup perlu dicari dan diusahakan sendiri.
Janganlah pernah mengaku kalah.
Sekian, sedikit pesanan untuk renungan bersama. Fikir-fikirkanlah


19 comments:

  1. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Harus kuat and redha menerima Qada' dan Qadar Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gado n gada Allah mempercayainya tabda beriman dgn ketentuan Allah..tq Ain

      Delete
  2. Betul tu PI hidup kita ada pasang surut nya.Semua nya berpasangan...moga kita dapat redha dengan apa jua ujian

    ReplyDelete
  3. Sebab itulah salah satu rukun iman adalah percaya pada qada' dan Qadar
    Kita sebagai hambaNya kena berusaha dan teruskan berdoa. DIA yg satu menentukan segalanya. Kita ni tak ada apa pun sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. Iya luka dan sedih
    Anggap saja itu rasa yang gurih
    Sehingga perasaan perih
    Jadi terbiasa karena terlatih...

    ReplyDelete
  5. kehidupan di dunia mmg begitu lah P suka duka silih berganti, ibarat putaran roda setiap makhlok pasti akan merasa kesenangan dan kesukaran terpaksa redho dgn ketentuan ALLAH .

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas ingatan dan perkongsian PI.
    Benar bagai dikata tu hidup memang penuh dugaan.
    Semoga kita tabah dan sabar.

    ReplyDelete
  7. Umpama roda hari ini diatas esok dibawah pula. Jangan sesekali berputus asa berusahalah in syaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Umpama roda hari ini diatas esok dibawah pula. Jangan sesekali berputus asa berusahalah in syaa Allah.

    ReplyDelete
  9. redha dgn takdir Allah...bersyukur jika dpt nikmat, bersabar diatas ujian & musibah...

    ReplyDelete
  10. Waalikumsalam,
    Muantappp iya kurang lebih begitu.

    ReplyDelete
  11. ....bersabarlah untuk mendidik hati supaya sentiasa bersabar

    ReplyDelete
  12. sabarlah dengan dugaan yg kita terima..agar kita menjadi insan yg tabah dan redha..

    ReplyDelete
  13. Singgah petang kak PI, baca je, he he

    ReplyDelete
  14. Singgah petang kak PI, baca je, he he

    ReplyDelete
  15. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... apa khabar ? Didoakan akak sihat dalam lindungan Allah SWT. Setiap dugaan itu merupakan cara Allah mendidik kita untuk mendekati-NYA. Jika selalu gembira kita pasti lupa dengan-NYA. Lalu Allah datangkan sakit, resah, derita untuk kita kembali tunduk pada-NYA dan bersyukur dengan segala nikmat senang yang pernah dinikmati dahulu. Terima kasih Kak, pesan yang bermanfaat dan mencerahkan minda. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  16. itulah hidup, berputar seperti roda
    kadang senang kadang mengalami duka

    ReplyDelete
  17. Ujian kehidupan ye kak PI..
    Hadapi dengan tabah dan taqwa..
    Kita akan berjaya..
    InshaAllah..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist