بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

Sudah bertahun juga asyik berulang alek dari Selayang ke kampong halaman di ulu jempol Pahang semenjak patah kaki yang sakitnya masih juga belum pulih lagi. Sudah uzur dan sakit terpaksalah bergantung hidup dan kekuatan diri dengan anak-anak yang prihatin dengan masalah ibu mereka ini. Mestilah terpaksa pulang setiap bulan untuk mengemaskan rumah, membersihkan semak samun dan menguruskan semua urusan berkaitan sebagai pemastautin felda yang termaktub dalam perjanjiannya.
Balik bertemu muka bertanya khabar saudara mara dan jiran tetangga yang baik-baik kesemuanya dan sering tolong mengawasi rumah daripada kerosakan dan gangguan yang tak diingini.
Dalam perjalanan pulang hujan merembas gerimis. Dingin dan nyaman suasananya melintasi sungai Pahang di Temerloh yang semakin sempit aliran sungai lantaran kemarau dan menimbulkan beting pasir sepanjang sungainya. Penduduk tempatan yang biasa dengan keadaan begitu memenafaatknnya dengan mencari etak dan kijing. Kalau tidak terbiasa seperti orang tempatan jangan terlalu berani pula kerana ada kawasan berpasir akan menelan kaki yang menjejaknya lantaran pasir jerlus. Kan bahaya tu. Hajat nak bersuka-suka tapi mengundang bahaya.
Baru baru ini PI dan anak anak memugar kawasan rumah dengan menambak tanah agar lebih samarata kerana kawasan belakang rumah agak berpaya dan sering banjir jika hujan lebat. Bila dah selesai kerja kerja penambakan bermulalah kerja menanam pisang pula. Justeru menanam anak pisang dalam waktu kemarau terpaksalah menyiramnya setiap hari. Mujurlah saudara PI yang mengushakannya tidak berputus asa dan tidak membiarkan anak pisang tidak mati kering dipanah bahang panas mentari


.
Syukur Alhamdulillah mutakhir ini hujan sudah mulai turun membasahi bumi. Dan pohon-pohon yang layu daunnya kelihatan segar dan bermaya kembali.

Sebelum pulang ke Selayang hujan mencurah begitu lebat sekali di daerah sini. Tapi sungai Pahang di Temerloh masih ketara beting pasirnya.

27 ulasan - "BALIK KAMPUNG LAGI..."

Kakzakie Purvit delete icon 18 April 2016 10:43 PG

Bermakna hari-hari biasa rumah itu kosonglah ye PI
Sayangnya.. tapi kalau dak buat sendiri pun tak larat kakak rasa.
Melihat pokok pisang yg subur suka betul. Tak lama mesti berhasillah..

Raihanah Ahmad delete icon 18 April 2016 10:44 PG

baru tahu kak PI tinggal di selayang. Dekat je dgn saya di gombak ni. btw cantik kampung kak PI

Sheila Adziz delete icon 18 April 2016 11:11 PG

Kak PI... seronok balik kampung... hujan rahmat... hujan Allah turunkan sekejap saja rumput2 dah hidup semula... kalau duk siram lambat juga nak naik rumput2... byk nak pokok pisang, dah besar leh mkn hasil...

Cilembu thea delete icon 18 April 2016 11:28 PG

selamat kembali menikmati suasana kampung nan asri dan menenangkan jiwa dan raga, semoga kehadirannya kembali ke kampung menjadikan kampungnya bertambah maju

• Ain Cho'in • delete icon 18 April 2016 12:01 PTG

Kampung la tempat paling tenang sekali di dunia. :)

nohas delete icon 18 April 2016 12:40 PTG

seronok balik kpg..in shaa Allah, nanti boleh menuai hasil tanaman pisang..

Fidah Shah delete icon 18 April 2016 1:17 PTG

Masa balik kampung mertua di Temerloh hari tu, memang nampak air sungai Pahang semakin sikit. Kawasan pasir juga semakin jelas kelihatan.
Moga hujan turun dan membasahi bumi...aamiin

Zaitun delete icon 18 April 2016 1:27 PTG

Seronoknya PI masih ada kampong ingat memang orang Selayang.Tengok pokok pisang menghijau daunnya hidup subur.

Diana Rashid delete icon 18 April 2016 1:59 PTG

harap2 cuca terus macam ni la..sesekali hujan ..tak la kering kontang tanah..

saniah ibrahim delete icon 18 April 2016 2:44 PTG

Jauh juga perjalanan PI setiap bulan menjenguk kampung kan...Alhamdulillah dapat saudara dan jiran yang baik tolong jaga rumah.
Harap dengan turun nya hujan sekali sekala dapat menyuburkan pokok pisang yang ditanam.

Nor Azimah delete icon 18 April 2016 5:32 PTG

Saya pun ada mak saudara dan sepupu duk di felda kat tasik cini, tapi mmg ketara musim panasnya hingga kolam hiasan yg dibuat ada tangga ala2 jejambat jadi kering kontang tinggal tangga dan jejambat je..

paridah delete icon 18 April 2016 9:55 PTG

yela kakzakie terpksa ditinggalkan. kalau ikutkan hati xingin nk biarkannya terababai xterjaga tapi apakandaya tiada suatu apapun yg kekal dgn kita kecuali DIA...tq insyaAllah xlama lagi dptlah merasa pisang yg ditanam di tanah kak

paridah delete icon 18 April 2016 9:58 PTG

hmm dekat je dgn gombak ada rezki dpt jmpa raihaanah di gombak..tq

paridah delete icon 18 April 2016 10:13 PTG

seronok balik kampung shela kalau boleh xmau kemana mana lagi tapi apa nk kata kan...syukur alhamdulillah hujan dh mulai turun menyegarkan kelayuan rumput n kekeringan bumi....tq

Iman Lukman NulHakim delete icon 19 April 2016 3:17 PTG

Mbak selayang itu di daerah mana ya mbak, soalnya saya baru pertama kali mendengar selayang ...

Mrs. A delete icon 19 April 2016 5:18 PTG

Mrs. A pun dah hampir sebulan tak balik kampung, walaupun kampung dekat aje.
Hurm... rindu kat mak

paridah delete icon 19 April 2016 9:03 PTG

SELAYANG NI DEKAT DGN BANDARAYA KL LUKMAN KIRANYA KWSN PINGGIR BANDAR...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:06 PTG

PULANGLAH MRS A LBH DKT LBH SNG NK BALIK JUMPA MAK...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:10 PTG

YEKE...KAK PUN ADA MAK SEDARA DI CHINI YG BERDEKATAN DGN TASIK CHINI...MUSIM KEMARAU NI KEADAAN TASIKNYA MCM YG NOR CAKAPLH DH SEMAKIN KERING AIRNYA...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:15 PTG

JAUH JUGA JARAKNYA TAPI DH KAMPUNG HALAMN TETAP JUGA DIJENGUK SANIAH.
INSYAALLAH JIRAN2 KAK BAIK2 SEMUANYA N RAJIN MENOLONG.
POKOK2 PISANG TU NMPKNYA DH MULA PECAH DAUNNYA MUDAHN AKN TERUS HIDUP SUBUR...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:17 PTG

INSYAALLAH HARAPAN KITA GITULAH DIANA...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:22 PTG

TAKLAH ZAI BARU JE JADI ORG SELAYANG MSH ADA KAMPUNG LAMANNYA.
MUDAHAN PISANG2 TU AKAN TERUS SUBUH HINGGA MENGHASILKAN BUAHNYA...TQ ZAI

paridah delete icon 19 April 2016 9:26 PTG

YELA FIDAH NAMPAK JALUR AIR SG.PAHANG SEMAKIN KECIL DAN BETING PASIR JELAS TINGGI.
HUJAN DH MULA TURUN MAKIN OKLH TU...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:29 PTG

IKUTKAN HATI NK JE DUDUK DI KAMPUNG NOHAS MNGHABISKAN MASA DGNN BERCUCUK TANAM APA SAJA...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:30 PTG

BETUL TU AIN SETUJU SGT...TQ

paridah delete icon 19 April 2016 9:32 PTG

TKSH CT...INSYAALLAH SESEKALI BALIK KAMPUNG MEMAJUKANNYA HEH..HEH...TQ

Qaseh Vee delete icon 24 April 2016 2:51 PTG

malam tadi , di sini juga hujan . alhamdulillah , dapatlah rasa dngin malam . klu tidak , panas memanjang ... mudah2n hujan akan turun lagi memberi tumbuhan makanannya ...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”