Tuesday 12 April 2016

APA DAYAKU....

ASSALAMUALAIKUM...



Indah sekali permata marjan
     hati galau risau mendesis
        kalau kalau sirna suasah
Pipit tuli makan berhujan
    tak dihalau padiku habis
hendak dihalau kainku basah.

Gulai ikan berlinang lemak
     segera hidangkan jangan dilupa
Hendak dimakan mati emak
     hendak diluahkan mati bapa

Berjalan-jalan ke pengkalan
     malam indah diterangi suar
Hendak ditelan termengkelan
     hendak diludah tidak keluar

Padi  bersirat di dalam bendang
     ikan keli ikan tembakul
Betapa berat mata memandang
    berat lagi bahu yang memikul

Buah lokan di dalam sampan
      di dalam paya berumpun keladi
Mati ikan kerana umpan
     mati saya kerana budi


16 comments:

  1. Kelemahan dalam sedar, terpaksa lalui dengan ada petua diberi, sori tak dapat sambung faiq dah keluar sekolah, takut dia lari ke kereta :)

    ReplyDelete
  2. Guli dipangkah kanak-kanak.
    gasing tak lupa turut dipangkah
    biarkan rindu tersimpan di benak
    pasti terukir senyuman di wajah

    ReplyDelete
  3. Nk kena balas ngn pantun juga ni, tapi nk karang pantun nk kena bersunyi2 lah plak baru ada idea..hi hi

    ReplyDelete
  4. kak... suka sangat orkid2 akak... hehehe

    ReplyDelete
  5. PERUT LAPAR MAKAN ROTI...
    DI CICAH DENGAN KUAH KARI...
    JANGAN DIPENDAM ISI HATI...
    KELAK MERANA BADAN SENDIRI..

    ReplyDelete
  6. tak pandai nak susun ayat untuk berpantun

    ReplyDelete
  7. Berpisah sedih dada bergetar
    misi untuk beribadah umrah
    izinkan gundah singgah sebentar
    kepada Allah teruskan pasrah

    ReplyDelete
  8. Terbang tinggi burung kedidi
    Hinggap di pohon membuat sarang
    Penat kita menabur budi
    Emas juga di pandang orang

    ReplyDelete
  9. Bunga orkid bunga kertas
    Dua-dua idaman kalbu
    Ikutkan hati memang malas
    Mana tau menjadi siapa tahu....

    ReplyDelete
  10. yang komen2 pun berpantun..best pulak baca...heheh

    ReplyDelete
  11. HEH..HEH...MASING2 BERBAKAT BERPANTUN TU DIANA...TQ

    ReplyDelete
  12. Tak pandai berpantun. Tapi pengomen pon balas pantun jugak, so creative u olls. Ghalit baca. hehe ! ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..masing2 bersukab/sporting tu ain...bestkan...tq

      Delete
  13. adeh , tak reti nak berpantun ... semoga tabah menghadapinya . adakalanya sesuatu perkara itu lbh baik dipendam demi byk pihak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kalau nk berpantun lama juga duk menung qv...tq

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist