بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

SERONOKNYALAH KALAU DAPAT BERENDAM DALAM SUNGAI PAHANG YANG SEMAKIN CETEK KERANA MUSIM KEMARAU KINI. MENYEGARKAN BADAN YANG PANAS BERBAHANG......KALAU DI MASA AIRNYA MELAMPAUI HINGGA TEBING AMATLAH DALAMNYA DAN AIRNYA MENGALIR DERAS TENTU TAK BERANI MENGHULUR KAKI KE DALAMNYA.....APALAGI MEMBAWA ANAK-ANAK BERSAMA....SITUASI SEKARANG BERBEZA PULA....RAMAI YANG MENJADIKANNYA TEMPAT MENCARI REZEKI MENANGKAP IKAN ATAU MENCARI ETAK...RAMAI YANG HANYA SEKADAR SUKA-SUKA SAJA BERAKTIVITI DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA...




PIC MESTIKA PANCADELIMA

Sungai Pahang jadi tumpuan kutip etak

DURIAN TAWAR - Sungai Pahang yang surut dan cetek sejak beberapa minggu lalu, kini menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang bagi mengutip etak untuk dijadikan hidangan.
Keadaan sungai cetek bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka mengutip etak bersama keluarga dan rakan, malah memberi peluang kepada anak-anak kecil bermandi-manda.
Seorang pengunjung dari Felda Rentam, Ahmad Fadzil Yaakob, 26, berkata, ini kali pertama dia mencari dan mengutip etak selepas mengetahui mengenai aktiviti itu menerusi laman sosial.
“Saya tidak pernah kutip dan makan etak tetapi bila tengok di Facebook, aktiviti ni dah macam pesta... saya jadi teruja nak cuba.
“Sesekali buat aktiviti macam ni memang seronok sebab boleh dapat pengalaman, etak pun dapat dimakan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Zahari Ibrahim, 55, pula berkata, fenomena seperti itu jarang berlaku dan apabila air sungai surut, orang ramai akan mengambil peluang untuk mencari etak yang sukar diperoleh di pasaran berikutan terdapat undang-undang yang menghalang ia dijual.
Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang mengutip etak bersama ahli keluarganya, sekali gus anak-anaknya dapat mengenali haiwan bercengkerang itu.
“Saya bawa anak-anak supaya mereka boleh kenal, tahu macam mana nak kutip etak ni dan paling penting mereka seronok.
"Lagipun saya datang kutip etak pun sekadar suka-suka, kalau ada rezeki, bolehlah dapat banyak,” katanya.
Mohd Nazri Abdul Rahman, 32, berkata, dia teruja melihat deretan kenderaan di tepi jalan dan kemeriahan orang ramai di sepanjang sungai di kawasan itu ketika dia memandu menghala ke Kota Gelanggi, Jerantut.
“Saya teruja sebab ini kali pertama saya kutip sendiri etak. Walaupun tidak dapat banyak, tetapi saya seronok sebab dapat pengalaman baharu,” katanya.
Sementara, Ketua Wanita Umno Bahagian Bera, Sabariah Saidan yang turut berada di kawasan itu berkata, air sungai surut memudahkan orang ramai mengutip etak dan mereka yang berpengalaman akan mencari di kawasan berlumpur yang menjadi habitatnya.
“Kawasan ini jadi tumpuan penduduk kampung dan orang luar untuk cari dan kutip etak sejak dua minggu lalu... suasananya dah macam pesta.

Sumber SINAR HARIAN..

30 ulasan - "PESTA KUTIP ETAK DI SUNGAI PAHANG...."

Jari Manis delete icon 27 Mac 2016 4:49 PTG

Assalam kak PI..etak tu sedap masak pe eh

Jari Manis delete icon 27 Mac 2016 4:51 PTG

kak PI ada terima tak ole2 dari JM..rasanya dh lama pos

paridah delete icon 27 Mac 2016 5:32 PTG

TKSH BANYAK JM..KAK DH TERIMA KIRIMAN JM..

paridah delete icon 27 Mac 2016 5:34 PTG

SEDAP ETAK NI JM MCM2 BOLEH DIMSK TU.

Abam Kie delete icon 27 Mac 2016 9:32 PTG

masa kecil2 selalu gak cari etak di sungai kat kg tu. skrg rasanya dah pupus etak ni..

paridah delete icon 27 Mac 2016 10:06 PTG

yeke cikgu tapi nampaknya etak kat sungai pahang ni banyak lagi heh..heh...tq cikgu abam kie.

Fidah Shah delete icon 27 Mac 2016 10:15 PTG

Sempat juga ke sungai Pahang minggu lepas. Betul. Airnya semakin cetek. Yang kesiannya kat ikan2 patin yang diternak di situ...katanya ada banyak yang mati kerana air semakin kurang dan cuaca yg panas :(

Fidah Shah delete icon 27 Mac 2016 10:26 PTG

Sempat juga ke sungai Pahang minggu lepas. Betul. Airnya semakin cetek. Yang kesiannya kat ikan2 patin yang diternak di situ...katanya ada banyak yang mati kerana air semakin kurang dan cuaca yg panas :(

nor azman delete icon 27 Mac 2016 11:53 PTG

Lepas ini kurang lah ikan patin liar..hehe

Khir Khalid delete icon 28 Mac 2016 4:20 PG

Tak pernah lagi rasa makan etak tu kak PI... teringin juga klu berkunjung ke sana tu. T kasih atas perkongsian ini... :)

saniah ibrahim delete icon 28 Mac 2016 5:49 PG

Saya hanya tau pada nama je etak ni ,makan tak pernah lagi .

Nor Azimah delete icon 28 Mac 2016 6:56 PG

Arwah mak dok cerita masa kecik gesek etok dlm pasir

SalbiahM delete icon 28 Mac 2016 12:14 PTG

menarik..asalkan jaga keselamatan keluarga, mesti seronok

Dunia Zumal delete icon 28 Mac 2016 1:57 PTG

Owh itu yer etak, tak kenal sebelum nie ^-^

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:18 PTG

yeke fidah...sebelum ikan yg diternak banyak mati tentu ada cara penyelesaiaian yg xmerugikan sgt penternaknya insyaAllah...tq

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:18 PTG

tq

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:21 PTG

sg.phg tu luas n panjang kak rasa patin liar akan membiak juga di tempat2 berlubuk dlm kat sungai tu...tq Nor Azman.

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:46 PTG

gitulah rupa etak Zumal...tq

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:48 PTG

yela sal jgn xawasi kselamatn diri walau leka mencari etak...tq

aryan azra delete icon 28 Mac 2016 4:48 PTG

teringin nak ke sungai pahang ni, tengok keadaannya macam mana, minggu ni baru nak balik kampung, entahlah dapat tengok sungai pahang ke tidak nanti

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:50 PTG

yela nor etak ni dlm sungai berpasir baru ada...tq nor

paridah delete icon 28 Mac 2016 4:59 PTG

yeke kalau ada rezeki boleh cuba merasanya saniah...tq

paridah delete icon 28 Mac 2016 5:01 PTG

kalau nk merasanya kena turun ke Temerloh dik KK rasanya ada yg menjualnya di pekansari temerloh...tq

paridah delete icon 28 Mac 2016 5:04 PTG

mestilah dpt tu yan..tapi la ni syukur alhamdulillah hujan dh mula turun n air sungai naik sikit...tq

Bin Muhammad delete icon 28 Mac 2016 9:21 PTG

Sungai yang besor dan luas tu pun dah kering dan ceyek airnya... Subhanallah. Kalau masa ni ambil peluang dalamkan sungai tu..boleh elak banjir besar bila musim tengkujuh nanti. Perancangan Allah tu dah elok sangat...

Qaseh Vee delete icon 28 Mac 2016 10:52 PTG

teringat saya masa cari kerang di pantai hutan melontang , perak ... mmg best cari berjemaah . balik rebus , makan colek sambal kicap ...

Siti Yang Menaip delete icon 29 Mac 2016 11:52 PG

first time dengar 'etak' ehehe..

paridah delete icon 30 Mac 2016 12:01 PTG

HMM BETUL SGT TU INILAH MASA YG SGT SESUAI UTK DALAMKAN SUNGAI YG DH CETEK DIPENUHI PASIR UTK ELAKAN BANJIR KALA HUJAN LEBAT MUSIM TKUJUH KELAK KAN...TAPI ITU PENDAPAT KITA YG BIJAK NI TAPI NTAHLAH PADA PENERIMAAN YG LAIN KAN..TQ

paridah delete icon 30 Mac 2016 12:03 PTG

CARI KERANG KALA AIR LAUT SURUT SERONOK KAN QV SBB KERANG MUDAH NAMPAK N MENGUTIPNYA SATU2....TQ

paridah delete icon 30 Mac 2016 12:04 PTG

ETAK SIPUT KECIL DLM PASIR SUNGAI SITI...TQ

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”