بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
TERIMBAU KENANGAN DULU DULU TIKA MASIH BUDAK BUDAK BERSAMA RAKAN SEBAYA MENJINJING RAGA KECIL DAN SEBATANG JORAN YANG DIBUAT DARIPADA BULUH KUNING YANG RUNCING BERBARIS DI BATAS BENDANG MENGAIL IKAN...KALA TU ANAK PADI BARU DITANAM DAN KELIHATAN IKAN YANG SENTIASA MENANGKAP TANDA AMAT BANYAK IKANNYA SEDANG BERENANG-RENANG.....MENIKMATI INDAHNYA HARI PETANG MENUNGGU IKAN MENYAMBAR UMPAN...

TIKA MEMANCING TIDAK BOLEH BERSEMBANG MEMBUAT CERITA MERIUHKAN SUASANA TAKUT IKAN TIDAK MAHU MAKAN PANCINGAN...JADI DIAMLAH SAJA.

BIASANYA YANG MUDAH DIPANCING DI PETANG HARI ADALAH IKAN PUYU...KADANG KE;I DAN HARUAN BERJAYA DIPANCING JUGA....KALAU TIADA LAUK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN MALAM IKAN IKAN YANG DIPANCING BOLEHLAH DISIANG ....DIMASAK CARA YANG DISUKAI...GORENG SAJA PUN SEDAP...


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PUYU


Bahan2
ikan darat (puyu atau ikan darat)
daun kesum
Asam keping buah kandis (rasanya manis2 sedikit)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

bahan2 tumbuk
sedikit lengkuas, halia, kunyit hidup dan ketumbar biji
bawang putih dan bawang merah
cili kering

Cara
Campurkan bahan2 tumbuk dengan air secukupnya. Campurkan asam keping kandis dan didihkan. Dah didih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun kesum. Bila ikan dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

14 ulasan - "MEMANCING DI BENDANG/ASAM PEDAS IKAN PUYU..."

Mrs. A delete icon 2 Mac 2016 5:03 PTG

Mrs. A pun sewaktu kecil dahulu pernah gak memancing di bendang ikan yang selalu dapat tak lain tak bukan ikan puyu. Tapi lebih suka bela aje puyu tu

Ifrod Maksum delete icon 2 Mac 2016 5:05 PTG

hmmm... mak nyuuusss...
tapi saya gak hobi mancing, lebih suka beli. :D :-d

Ifrod Maksum delete icon 2 Mac 2016 5:06 PTG

salam kenal dari indonesia

babYpose delete icon 2 Mac 2016 5:40 PTG

Oh begini ye masaknya asam pedas dengan asam keping, saya letak air asam jawa ala nyonya style ke tu? patut likat nak macam PI macam makan kat kedai :)

Nor Azimah delete icon 2 Mac 2016 5:47 PTG

Takyah tumis2 senang tu, tapi saya tak reti mkn ikan sungai/ paya ni, lebih2 lagi tak reti nak memprosesnya supays tak hanyir.

Nooriah Abdullah delete icon 2 Mac 2016 9:02 PTG

sedap nya asam pedas puyu dh lama tl mkn asam pedas mcm ni P

paridah delete icon 2 Mac 2016 10:12 PTG

LA NI IKAN PUYU RAMAI YG BUAT PEKASAM JER MRS.A TQ.

Sweetie delete icon 3 Mac 2016 1:00 PG

As/kum PI, mengimbau kenangan lama... saya pun masa kecik2 suka memancing dengan arwah abg. (eh bukan pancing tapi kail... hehhe..) masa tu tak takut apa pun... pacat ke lintah ke... redah je... tapi sekarang kalau terjumpa pacat mahu sampai ke hujung tanjung menjerit ketakutan... rindu kalau di kenang2kan masa lampau...

sedap isi ikan puyu ni... arwah mak saya, kalau dapat kail ikan puyu, sembilang/keli, dan haruan, dia kan masak lemak cili padi... Tapi sejak dah duduk di bandar ni dan dah biasa makan ikan laut, saya tak lalu makan ikan2 sungai/ikan darat...

Fidah Shah delete icon 3 Mac 2016 5:53 PG

Tak pernah lagi makan ikan puyu... :(

saniah ibrahim delete icon 3 Mac 2016 9:20 PG

Tempat saya takdelah bendang ,masa budak2 dulu pancing ikan kat parit2 je...

Khir Khalid delete icon 3 Mac 2016 1:47 PTG

Saya pun tak pernah lagi rasa makan ikan puyu buat asam pedas... nak juga rasa nanti...

Qaseh Vee delete icon 4 Mac 2016 9:41 PG

saya panggilnya ikan sepat . paling byk dapat bila arwah abah menjala . goreng garing , mkn dgn nasi panas dan sambal belacan memang sedap !

Siti Yang Menaip delete icon 4 Mac 2016 11:13 PG

perrrgh.. memancing then masak pergh =)

Jari Manis delete icon 6 Mac 2016 6:11 PTG

ikan puyu!!!! sedap jgk kalau di goreng garing

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”