بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SAKSIKAN KEBESARAN ILAHI DALAM KEJADIAN ALAM SEMESTA

gerhana

PADA 9 Mac ini akan menyaksikan fenomena gerhana penuh matahari. Dijangkakan ramai ahli astronomi amatur dan profesional dari seluruh dunia hadir menyaksikan ini di sepanjang laluan gerhana penuh.

Gerhana penuh ini bermula dari Lautan Hindi kemudian merentasi pulau-pulau di Indonesia dan berakhir di Lautan Pasifik. Gerhana ini dapat disaksikan di Indonesia bermula dari Sumatera, Pulau Bangka, Kalimantan dan Sulawesi.

Malaysia dan negara-negara Asean akan mengalami gerhana separa, ia turut berlaku di Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan sebahagian negara China.

Bayang umbra mencecah bumi dan bergerak dengan kelajuan 44 km sesaat membentuk satu jalur atau laluan atas permukaan bumi. Lebar laluan ini 94 km dan sepanjang 13,580 km. Jika kita bergerak sepanjang laluan ini selaju bayang umbra, kita akan mengalami gelap untuk satu tempoh yang panjang dari terbit matahari di Lautan Hindi hingga terbenam matahari di Lautan Pasifik.

Bayang umbra mula mencecah bumi pada latitud 2⁰ 15’ S , longitud 88⁰ 16’ di Lautan Hindi yang terletak 1,453 km dari pantai barat Sumatera. Ketika bayang Umbra mencecah di sini matahari sedang terbit di ufuk timur. Dengan hal demikian gerhana penuh berlaku ketika matahari terbit. Keadaan ini mengakibatkan tiada sinar cahaya pagi di ufuk timur walaupun matahari sudah terbit. Tidak berlaku matahari terbit tanpa cahaya kecuali ketika gerhana penuh. Di lokasi ini boleh dilihat gerhana penuh bermula sebaik sahaja bahagian piring atas matahari muncul  pada pukul 0.16.00 UT dan gerhana penuh berlaku selama 88 saat sahaja.

Dengan hal demikian di lokasi ini mengalami malam yang lebih panjang selama 88 saat berbanding hari-hari yang lain. Gerhana penuh berakhir di sini pada pukul 00.17.28. Di sini tidak berlaku gerhana separa kerana matahari masih di bawah ufuk ketika kejadian.

Bayang ini terus bergerak laju dan dalam masa 33 saat tiba di daratan ketika matahari terbit di barat Sumatera pada pukul 23.24 UT. Seterusnya tiba di Palembang bandar kedua terbesar selepas Medan di Sumatera dengan bayang penumbra tiba pada pukul 23.20 UT (6.20 pagi waktu tempatan) selepas 10 minit dari matahari terbit. Pada waktu ini bermulanya gerhana matahari dengan fasa gerhana separa.

Palembang akan mengalami fasa gerhana penuh selama dua minit bermula dari pukul 7.20 dan berakhir 7.22 pagi. Altitud matahari ketika gerhana penuh maksima ialah 17.6 darjah. Gerhana matahari berakhir di sini dengan fasa gerhana separa pada pukul 8.31 pagi.

Bayang bumi terus bergerak menuju ke timur merentasi pulau-pulau kecil seperti Pulau Bangka Belitung dan Belitung sebelum mencecah Kalimatan bermula dari Kalimantan Barat kemudian Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur.

Di antara bandar utama yang berada dalam laluan gerhana penuh seperti Palangkaraya, Balikpapan dan Tanah Grogot. Garis tengah laluan gerhana penuh melalui  bandar Tanah Grogot di selatan Balikpapan dan di sini gerhana penuh dapat disaksikan selama 2 minit 37.5 saat bermula dari pukul 8.31 hingga 8.34 pagi waktu tempatan. Sebelum fasa gerhana penuh berlaku fasa gerhana separa bermula pada pukul 7.24 dan berakhir pukul 9.51 pagi.

Ini bermakna tempoh keseluruhan gerhana yang dapat disaksikan di sini ialah 2 jam 27 minit. Ketika gerhana maksimum pukul 8.32 pagi Matahari berada pada altitud 31.9 darjah.

Bayang umbra dan penumbra terus bergerak menuju ke pulau Sulawesi, Muluku dan pulau kecil sekitarnya, antara bandar yang dilalui ialah Palu di Sulawesi tengah dan Ternate di Maluku Utara. Gerhana penuh berlaku di Palu dan Ternate pada pukul 8.38 dan 8.52 pagi waktu tempatan.  Altitud matahari ketika gerhana penuh berlaku pada altitud 37 darjah dan 47 darjah masing-masing.
Laluan gerhana penuh

Seterusnya bayang umbra dan penumbra meninggalkan daratan menuju ke Lautan Pasifik dan kemuncak gerhana penuh matahari 2016 berlaku di tengah lautan pada pukul 11.58 tengah hari (1.58 UT) selama 4 minit lapan saat.

Bayang ini terus meluncur laju di Lautan Pasifik dan berakhir di barat Amerika Utara pada pukul 3.37 UT ketika matahari terbenam. Lokasi ini adalah titik terakhir gerhana penuh matahari 2016. Matahari terbenam di lokasi ini pada pukul 3.39 UT. Matahari ketika terbenam tidak kelihatan di sini kerana mengalami gerhana penuh selama 1 minit 29 saat. Ketika Matahari terbenam tidak kelihatan sinar matahari senja yang indah seperti biasa tetapi langit senja diselubungi kegelapan gerhana.

Jangan lepaskan peluang melihat fenomena yang menarik ini dan bagi umat Islam fenomena ini adalah tanda kebesaran ALLAH. Semua yang ada di alam ini adalah ciptaan-Nya yang sentiasa tunduk dan patuh kepada-Nya seperti yang dijelaskan dalam firman-Nya dalam Surah Al-Hajj ayat 18.
Info

Melihat matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata dan buta!.

Masjid dan surau seluruh Malaysia disarankan mengadakan solat sunat gerhana matahari.
Pada waktu Maghrib malam itu juga, 1 Jamadilakhir 1437 menjelma dan umat Islam masih ada 3 bulan lagi untuk berpuasa sebulan Ramadan 1437.

Sumber Sinar Harian.

16 ulasan - "GERHANA PENUH MATAHARI 9 MACH 2016..."

babYpose delete icon 4 Mac 2016 9:50 PTG

Betul, kena pakai kaca mata gelap, adakah memadai sis PI?

paridah delete icon 4 Mac 2016 10:31 PTG

xpayahlah pandang menegak sangat BP merbahaya pada mata tu..tq

kakyon delete icon 5 Mac 2016 12:05 PG

Kebesaran Allah..

Sue Bee delete icon 5 Mac 2016 6:51 PG

HI kak PI. Agak panjang lebar penerangannya tentang gerhana matahari. Kali terakhir SB saksikan gerhana penuh matahari (tengok dari air kolam) masa tahun 2..ni dari mula sampai habis tengok (jakun bebudak katakan)..hahaa!! tapi seronok.

paridah delete icon 5 Mac 2016 9:43 PG

YA SUBHANALLAH..TQ KY.

Nor Azimah delete icon 5 Mac 2016 9:45 PG

Saya blm pernah buat solat sunat gerhana, rasanya kena ambil peluang juga.

paridah delete icon 5 Mac 2016 9:46 PG

HAI SUE...PENGALAMAN MENYAKSIKAN GERHANA MATAHARI DGN SELAMAT TU...TAK PERLU NK MENDONGAK KE LANGIT LIHAT SAJA DLM AIR...TQ SB.

paridah delete icon 5 Mac 2016 9:49 PG

YELA NOR ELOK DIBUAT SOLAT SUNAT GERHANA NOR...SELALUNYA MASJID N SURAU AKN PIMPIN SOLAT TU...TQ.

Dunia Zumal delete icon 5 Mac 2016 11:40 PG

Nak tengok juga la gerhana tu

paridah delete icon 5 Mac 2016 11:59 PG

TENGOK ZUMAL N BERI PERLINDUNGAN PADA MATA..TQ

Jari Manis delete icon 6 Mac 2016 6:07 PTG

kwn cakap nanti solat sunat gerhana

paridah delete icon 6 Mac 2016 9:14 PTG

ya JM bukan selalu dpt solat sunat gerhana matahari...tq

Khir Khalid delete icon 7 Mac 2016 10:16 PTG

Tips tengok gerhana matahari... ambil besen berisi air dan tengok matahari pada air tu. Baru mata tak berpinar... wahh.. nak standby jugalah nanti... :)

Fidah Shah delete icon 8 Mac 2016 9:06 PG

tanda kebesarannya..
Nak stand by juga ni

paridah delete icon 8 Mac 2016 10:58 PG

hmm tips yg selamat digunakan tu dik KK...tunggu esok ya..tq

paridah delete icon 8 Mac 2016 10:59 PG

fenomena alam keagungan Allah...tq fidah.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”