بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...




Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.

What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

PI DITAG BLOGGER KAKZAKIE DALAM SEGMEN NI..TERIMA KASIH BANYAK KAKZAKIE...INSYA ALLAH DAPAT JUGA MENULIS SEADANYA WALAU TAK SESEMPURNA MANA...

1.      1.   Zaman awal persekolahan rendah amatlah menggembirakan sebab selalu dapat tempat pertama atau kedua setiap kali ujian. Bukan sebab pandai sangatpun cuma markah lebih sedikit daripada yang lain jer.
2.    2.    Masuk sekolah menengah pun sama juga.
3.    3.    PI sejak sekolah rendah hingga menengah asyik bertukar sekolah saja tapi yang sangat menggembirakan kesemua cikgu yang mengajar PI mengatakan PI sukakan sastera.
4.     4.   Dapat jadi redaksi majalah sekolah di SMKM bukan main suka lagi.
5.      5.  Pertama kali menangi peraduan menulis sajak di SMKM
6.      6.  Semasa di SMART Kuantan dapat hadiah subjek sastera yang disampaikan Menteri Pelajaran ketika itu Tun Dr.Mahathir Mohamad
7.      7.  Tamat sekolah aktif menulis dan karya pertama berupa cerpen disiarkan akhbar Utusan Malaysia.
8.      8.  Femes sekampung pabila beberapa tulisan berita tempatan disiar Utusan Malaysia.
9.     9.   Mendapat honorarium kerana tulisan yang disiarkan membuatkan tersenyum sentiasa.
1  10..  Berpeluang bertemu Sasterawan Negara yang pertama Usman Awang sewaktu hadiri kursus penulisan DPMP di Temerloh. Sebenarnya PI mengenali SN itu lewat surat-surat yang dikirim kepada beliau dan SN Usman Awang pernah kirimkan buku-buku sastera tulisan beliau kepada PI.
111.  Mendapat perkerjaan yang bersesuaian tapi tak lama menjawatnya.
112.  Bertemu, bertunang dan berkahwin dengan pilihan hati.
113.  Melahirkan lima orang anak yang comel. Yang sulungnya perempuan. Anak ketiga meninggal dunia tika dilahirkan.
114.  Anak-anak berjaya dalam peperiksaan walau tidak terlalu cemerlang tapi mampu ke peringkat tinggi.
115.  Anak-anak memperoleh pekerjaan yang mereka inginkan.
116.  Dapat berkongsi kegembiraan anak-anak dengan mengadakan kenduri majlis perkahwinan mereka seadanya.

117.  Syukur Alhamdulillah dikurniai Allah anak menantu yang sangat baik.
118.  Dapat memesrai cucu-cucu yang keletah dan comel kesemuanya.
119.   Sering bersama anakcucu bercuti ke mana saja jikalau ada masa dan kesempatan.
220.   Pabila anak-anak dah dewasa minat menulispun tumbuh semula.
221.  Sajak SELAMAT KEMBALI dipilih DBP untuk antologi MH17
222.  Dua buah cerpen dipilih penulis TATISITAIM untuk antologi cerpen wanita.
223.  Lima buah sajak dipilih untuk antologi penyair nusantara.
224.  Beberapa antologi sajak bersama beberapa penulis sedang dalam proses penerbitan.

25.  Baru-baru ini radio Klasik Nasional menyiarkan karya PI dalam slot ADILA…Aku dia dan lagu. Wah! Bukan main menggelombang rasa gembira dihati pabila pertamakali tulisan PI keudara di radio 

PI TAG SEMUA KAWAN-KAWAN BLOGGER YA...

1.  IRFA
2.  NORHAYATI
3.  SANIAH
4.  ARYAN AZRA
5.  FIDAH

30 ulasan - "25 things that make me happy..."

Fida Z Ein delete icon 15 Mac 2016 11:14 PTG

Assalamualaikum Puan..

Wah...tahniah artikel tersiar...suka juga dengar Adila Dia Dan Lagu....masa bawa kereta balik kerja...

Maria Firdz delete icon 15 Mac 2016 11:25 PTG

Nice sharing..

babYpose delete icon 15 Mac 2016 11:58 PTG

Alhamdulillah kehidupan penuh cemerlang, berjaya keudara memang kagum dengan sis Pi, berjaya mendidik anak menjadi PI keutamaan, dibawa diteman. Syukur.

ezaiza Iza delete icon 16 Mac 2016 12:40 PG

Wow wow wow... tahniah, nak cuba arr dengar slot adila tu, tp kat rumah x de radio, dapat dgar dlm keta je...oppss, tuan blog mmg hebat berkarya, tahniah... cemburu kehebatan rakan2 krn x mampu utk menulis walaupun hari2 'memaksa' anak didik agar menulis!

saniah ibrahim delete icon 16 Mac 2016 6:43 PG

PI saya kena tag juga ke...Insyaallah akan saya cuba buat.
Begitu berminat PI dgn sastera sejak sekolah rupanya....kagum sungguh dgn PI

Kakzakie Purvit delete icon 16 Mac 2016 8:24 PG

Terima kasih sudi memenuhi tag kakak:)
Dari kecik lagi kepakaran bersastera sudah terserlah pada diri PI sebenarnya
Sebab itu tak mustahil hingga kini masih terserlah bila berblog. Syabas PI!

abuikhwan delete icon 16 Mac 2016 8:28 PG

Assalamualaikum kak,
Gembira dengan kegembiraan akak. Kagum melihat pencapaian akak dalam penulisan, tiba-tiba membuatkan saya merasa sangat 'rendah', tetapi dalam masa yang sama bertuah kerana banyak yang boleh saya belajar daripada akak untuk menulis.
#Semoga akak sentiasa diberikan kegembiraan dalam kehidupan..aminn

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:24 PG

wsallam fida..tksh.syukur alhamdulillah suka2 jer fida. disiarkan pula.

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:25 PG

tksh Maria.

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:27 PG

tksh BP...syukur alhamdulillah suka n tangis bersilih ganti.

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:33 PG

tksh ezaiza wah kagum sgt tu heh..heh..kak ni penulis picisan di pinggiran je pun,,,suka juga dgr slot adila ya mungkin sesekali timbul karya kak di situ insyaAllah...menulis perlu minat n masa senggang

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:36 PG

heh..heh..jgn marah ya saniah tulis ya, kak ni bergembira dlm dunia sastera je mutakhir ni.

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:39 PG

tksh kakzakie tag kak. kalau tak kak simpan je rasa gembira kak dlm hati heh..heh.. nak menulis pun bukan rajin sgt walau hdp dlm dunia sastera n penulisan.

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:47 PG

wsalam dik ustaz...berbanding kak dgn ustaz mestilah yg sgt rendah heh..heh..kak menulis kerana kak gembira melakukannya ...insyaAllah usaha yg sedikit itu ada juga hasilnya...syukur kepada-Nya. dalam kegetiran n kepahitan hidup yg dilalui msh ada rasa sukacita gembira membuat kak tersenyum bhgia...amiin doa tulusnya.

Norhayati Mohd Isa delete icon 16 Mac 2016 10:43 PG

Hihihi..
Kak PI tag saya ke...
InshaAllah saya cuba ye...

Nampak sangat kegembiraan akak pada sastera ye..
Mcm kwn saya seorg guru tu..
Bila sajaknya diterbitkan dimajalah..
Suka bukan main dia..

paridah delete icon 16 Mac 2016 11:52 PG

HEH..HEH..TLS YA YATI TKSH.
KEGEMBIRAAN KAK N MRK YG MINAT SASTERA MCM KAK DLM DUNIA NI JA..

Qaseh Vee delete icon 16 Mac 2016 1:22 PTG

alhamdulillah , banyak kejayaan yg PI capai dalam hidup . itu yg jadi lbh bermakna ...

paridah delete icon 16 Mac 2016 3:20 PTG

heh..heh..sedikit saja tu qv tapi syukur alhamdulillah...tq

aryan azra delete icon 16 Mac 2016 6:12 PTG

Tahniah PI atas kejayaan dlm bidang yg disukai.

Terima kasih tag saya, inshaAllah saya akan buat ya

Nooriah Abdullah delete icon 16 Mac 2016 8:16 PTG

tahniah P kerana sajak2 yang berkualiti tu.
wah kita sama lah kita kena tag dan mengetag balik

Nor Azimah delete icon 16 Mac 2016 8:46 PTG

Tumpang kagum have ga, tahniah kak PI;)

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:48 PTG

TKSH YAN..INSYA ALLAH...TKSH JUGA SUDI TLS TAG KAK...

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:52 PTG

TKSH NOOR INSYA ALLAH...SAJAK BIASA2 SAJA XSEKUALITI MANA PUN HEH..HEH..
YELA NOOR KALAU KENA TAG KENA HARGAI N BARU ADA SEMANGAT NK MENULIS KAN..

paridah delete icon 16 Mac 2016 9:54 PTG

TKSH NOR..HEH..HEH..XYAHLH KAGUM SGT KAK NI PENULIS PICISAN JE PUN.

Fidah Shah delete icon 16 Mac 2016 11:25 PTG

Pencapaian yang sangat cemerlang. Tahniah Kak
Thanks tag saya...

Othman Zan delete icon 17 Mac 2016 8:47 PG

Assalam. Seronok membaca pencapaian Kak PI. Salute.

paridah delete icon 21 Mac 2016 9:12 PG

Xderlah cemerlang manapun fidah biasa2 saja..tksh.

paridah delete icon 21 Mac 2016 9:13 PG

wsalam OZ tksh..pencapaiian walau kecil sdh sgt menggembirakan kak heh..heh..

Khir Khalid delete icon 21 Mac 2016 4:18 PTG

Alhamdulillah.... bnyk kenangan manis... slmt bersegmen kak PI... :)

paridah delete icon 21 Mac 2016 9:43 PTG

InsyaAllah dik KK...saja2 bersegmen suka2 heh..heh..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”