بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

JOM CUBA RESEPI ROTI BOYAN NI UNTUK SARAPAN PAGI...PASTI MENGENYANGKAN DAN ENAK MENJAMU SELERA PAGI HARI....NAMPAK RENYAH JUGA NAK SIAPKANNYA...TAPI JIKA NAK BUAT TAKLAH SUSAH SANGAT PUN...SIAPKAN INTINYA DULU KEMUDIAN ULI TEPONG UNTUK DIJADIKAN ROTI MENGISI INTI....LEPAS TU GORENG...DAH PUN SIAP...

ROTI BOYAN@ BAWEAN



Bahan2 Kulit
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 sudu besar air suam
50 ml minyak masak
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil gula
¼ sudu kecil garam


Cara membuat kulit :
1) Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2) Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3) Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.


Ada dua pilihan untuk inti terpulang kepada anda..
Bahan2 Inti (Cara 1 )
400 gm/ 3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit
4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa


Bahan-bahan Inti (cara ke 2)
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng)
secukup daun sup & daun bawang
1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
garam secukupnya


Cara:
1) Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti


Cara2 menyediakan inti
1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.
( Cara yang sama untuk inti kedua)


Cara penyediaan kulit..
1. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
2. Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
3. Canai dan lipat macam buat murtabak
4. Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.
5. Potong roti hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.


RESEPI LIKE PAGE KEK BISKUT RAYA.

32 ulasan - "ROTI BAWANG BOYAN @BAWEAN..."

Cilembu thea delete icon 17 Februari 2016 5:48 PTG

hmmm....yumi banget roti bawangnya, pasti kuah cocolannya pedas kan

Nora Karim delete icon 17 Februari 2016 6:25 PTG

Kalau baca resipi mcm renyah pulak... huhuhu tapi tengok gambar... sedapnya la hai...

LZ - The Blog Owner delete icon 17 Februari 2016 6:51 PTG

Assalamualaikum Kak Paridah,

Baca resepi susah nak khadam tapi bila tengok gambar terasa gigih pula nak mencuba.. :-)

Fidah Shah delete icon 17 Februari 2016 8:49 PTG

Isk..isk..sedapnya. Banyak juga step nya tu. Nak menguli tu yang letih siket...hihi

Nooriah Abdullah delete icon 17 Februari 2016 8:59 PTG

belum pernah buat roti roti boyan ni nk save resepi lahhh mcm sdpppp je

Nor Azimah delete icon 17 Februari 2016 9:31 PTG

Taklah renyah mane kalo rajin, he he

taufik delete icon 17 Februari 2016 11:28 PTG

boleh dicoba resepnya bagus untuk sarapan pagi sepertinya

babYpose delete icon 18 Februari 2016 12:41 PG

Sedap ni PI, ingatkan dengan roti, rupa nya dengan tepung, lagi sedap la :)

abuikhwan delete icon 18 Februari 2016 7:56 PG

Assalamualaikum kak,
Hmm, tengok pada cara membuatnya macam payah juga ye...Tapi belum cuba belum tahu kan. Takpe la saya simpan dulu resepinya, mana tahu masa akan datang teringin nak cuba membuatnya hehe..

saniah ibrahim delete icon 18 Februari 2016 10:28 PG

Yalah PI tengok nya macam renyah nak buat ni tapi terasa ingin nak rasa roti ni kenalah save dulu resepi ni

Kakzakie Purvit delete icon 18 Februari 2016 12:15 PTG

Eeehhh.. mesti sedap ni.
Kakak boleh tak pernah jumpa.
Tengok gambar dia menarik sangat.
Boleh dibuat hidang tetamu - cantik.
Kakak terpikatlah dgn resepinya - nak mencuba.

Zaitun delete icon 18 Februari 2016 12:27 PTG

Kuih yang ada inti pedas memang sedap rasanya tentu masa menggoreng Wangi kan PI.
Kak Zai simpan dulu resepinya tq sudi kongsi.

Nabila Syifa delete icon 18 Februari 2016 6:12 PTG

mcm bergedil x rasa dia

Etuza Etuza delete icon 18 Februari 2016 8:39 PTG

Terima kasih resipi ini..akan cuba

Khir Khalid delete icon 18 Februari 2016 11:15 PTG

Ishhh sedapnya... klu makan panas2 dgn teh o suam ni kompom sedappp!!!

Qaseh Vee delete icon 19 Februari 2016 8:45 PG

mengenyangkan makanan ni . sesuai utk my anak buah yang tangkinya besar ... heheheee

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:00 PTG

SEDAP TU CT DGN KUAHNYA PEDAS...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:01 PTG

YELA NORA NAMPAK RENYAH TAPI XSUSAH...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:02 PTG

WSALAM...HEH..HEH..CUBALAH DGN GIGIHNYA LZ SEDAP TU...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:05 PTG

STEPNYA DUA JER FIDAH...BUAT INTI N ULI TEPONG...CUBALAH FIDAH...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:06 PTG

SAVELAH NOOR ADA MASA BUAT...CHEFF NOOR MMG RAJIN HEH..HEH..TQ.

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:07 PTG

BETUL TU NOR YG PNTING MAHU...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:09 PTG

BETUL TU TAUFIK SESUAI UTK SARAPAN PAGI...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:10 PTG

YELA BP TEPUNG YG DIJADIKAN ROTI BERINTI...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:14 PTG

WSALAM DIK USTAZ..SIMPANLAH RESEPINYA DULU ADA KESEMPATAN BOLEHLH ULI2 MAIN TEPUNG HEH..HEH...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:16 PTG

XPA SAVE DULU SANIAH YA NANTI BELEK RESEPINYA BILA NK BUAT...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:18 PTG

SEDAP NAMPAKNYA TU KAKZAKIE...CUBA NANTI YA...TQ.

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:20 PTG

YELA ZAI...SIMPANLAH RESEPINYA DULU...TERINGIN BOLEH CUBA...TQ.

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:21 PTG

XKOT...BERGEDEL TU LAIN SIKIT CARA BUATNYA...TQ NABILA SYIFA.

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:27 PTG

WAH CIKGU ETUZA PUN TERTARIK JUGA...CUBALAH YA...TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:32 PTG

SURE SEDAP MKN PANAS DGN KOPI PANAS KK..HEH..HEH..TQ

paridah delete icon 19 Februari 2016 9:35 PTG

HEH..HEH..ANAK2 TGH MEMBESAR TU QV BESAR SELERANYA..QV BOLEH CUBA RESEPI NI...TQ

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”