بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Pic google images.

Paridah Ishak. lahir: 24 mei 1958 di kampung Kuala Dulang kechil, Yen, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Dulang Kechil, Sek. Keb. Ulu Jempol dan peringkat menengah di Sek. Men.Yen, Kedah, Sek.Men.Keb.Maran, Pahang, SMART. (Sek. Men. Abd.rahman Talib) Kuantan. Menetap di Pahang kini sebagai peneroka generasi kedua.

Aktif menulis akhir 70-an dengan karya, puisi, cerpen, berita dan ada yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, majalah Dewan Sastera dll majalah. Meninggalkan minat yang bersemi di hati sejak tahu tulis baca itu setelah berkahwin dan mengurusi tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga.

Kembali memegang pena dan menulis setiap hari setelah lumpuh  akibat kemalangan jalanraya di lebuhraya Karak 1987. Justeru hanya itu sajapun yang berdaya dilakukan. Hanya tangan sebelah yang kanan mampu digerakan. Dan tangan kanan itu memainkan peranan besar dalam permudahkan urusan hidup yang ternyata begitu sukar dirasakan lantaran hilang keupayaan dan juga suara. Menulis saja kerjanya. Berkomunikasi juga dengan tulisan. Dalam ertikata penulis sebenar sehingga terhasil sebuah manuskrip novel berjudul KELARAI IMPIAN yang sudah dihantar kepada pihak DBP. Semoga hasil karya penulisan seorang OKU ada nilai untuk diterbitkan.

Setelah terpenjara dalam kelumpuhan total selama tiga tahun, terbalas juga kesabaran itu dengan kudrat yang dianugerahi Allah Yang Esa walau tahap kenormallannya amat minima untuk melakukan kegiatan dunia seadanya. Syukur Alhamdulillah. Dan computer yang diperkenalkan kepada khalayak awal 90-an memudahkan untuk menaip apa saja tulisan yang bersifat karya kreatif seperti novel, cerpen, sajak, puisi tradisi dan apa saja yang terlintas di fikiran. Mujur ada pengalaman sebagai guru sementara, kerani, jurutaip memudahkan untuk mengoperasikan computer dengan belajar daripada computer saja. 

Mengisi waktu dengan kesukaan baru menunggu waktu berlalu. Dengan adanya internet dapat pula dimenafaatkan untuk menyebarkan karya penulisan di facebook dan blog. Juga menghantar karya kepada media tertentu yang kini hanya banyak melalui emel. Dan beberapa karya berupa cerpen dan sajak telah dipilih beberapa penerbitan untuk antologi karya bersama.
Semoga pena di tangan akan terus menari selagi hayat dikandung badan insya-Allah.


24 ulasan - "PI DAN PENULISAN.."

Cilembu thea delete icon 23 Februari 2016 6:09 PTG

aaaaamiiiiin...Ya Rob...aaaamiiiin...
sabar dan ikhlas semoga semuanya menjadi jembatan menuju surga...dan buah menuju ke surganya sudah ditangan tinggal melanjutkan

paridah delete icon 23 Februari 2016 9:12 PTG

TERIMA KASIH BANYAK CT..AMIIN...INSYA ALLAH.

PeRdU cINta delete icon 23 Februari 2016 9:18 PTG

Amin...amin...moga akak terus berkarya ya....

paridah delete icon 23 Februari 2016 9:51 PTG

TERIMA KASIH PC INSYA-ALLAH.

Dunia Zumal delete icon 24 Februari 2016 2:28 PG

Teruskan penulisan akak PI yer

dorsett pink delete icon 24 Februari 2016 9:28 PG

Penulisan dan PI idak boleh dipisahkan.. semoga Allah terus pinjamkan bakat ini untuk akak & semoga buku akak dipublish oleh pihak DBP..

dorsett pink delete icon 24 Februari 2016 9:29 PG

Kak PI, ada dapat tak hadiah dari saya? saya pos guna pos laju..

notie delete icon 24 Februari 2016 9:46 PG

Semuga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat akak dalam menempuh cabaran hidup. Semuga Allah mempermudahkan segala urusan akak agar dapat berkarya selalu. Aamin

babYpose delete icon 24 Februari 2016 10:02 PG

Semoga sis PI mengecapi apa yang diidami, moga dipermudahkan segala urusan, anugerah yang diberi dikongsi disini menjadi inpirasi thanks sis Pi

Mrs. A delete icon 24 Februari 2016 11:11 PG

Amin... Ya Rabbal A'lamin.
Oh! baru Mrs. A tahu serba-sedikit mengenai sis PI.
Semoga akan terus berkarya.

Kakzakie Purvit delete icon 24 Februari 2016 11:25 PG

Sungguh kakak bangga disebalik rasa terharu yg bergetar dlm dada
Membayangkan kesukaran yg PI tempuhi tapi nyata tak terbayang saat terlantar lama akhirnya Allah kembalikan sedikit kudrat utk meneruskan kehidupan. Semoga Allah terus beri kekuatan, ketabahan, kebolehan berinspirasi dan boleh dititip utk dihayati ramai.

Syabas PI!

paridah delete icon 24 Februari 2016 11:53 PG

BELUM SAMPAI LAGI DP..TKSH KIRIMANNYA...

paridah delete icon 24 Februari 2016 12:04 PTG

HEH..HEH..BEGITULAH DP..INSYA ALLAH TKSH BNYK DOANYA DP...

paridah delete icon 24 Februari 2016 12:05 PTG

INSYA ALLAH ZUMAL TKSH..

paridah delete icon 24 Februari 2016 12:06 PTG

AMIIN..TERIMA KASIH BNYK DOANYA NOTIE..INSYA ALLAH.

paridah delete icon 24 Februari 2016 12:08 PTG

HMM BEGITULAH KISAHNYA MRS A..SEADANYA SAJA.
TERIMA KASIH DOANYA INSYA ALLAH.

paridah delete icon 24 Februari 2016 12:14 PTG

TKSH KAKZAKIE TURUT MEMAHAMI KESUKARAN SEORANG OKU YG SAKIT TERLANTAR...RAMAI OKU YG XBERDAYA TAPI XMAMPU MENGONGSI KESUKARAN HIDUP YG DIRASA N KAK MUNGKIN MNJADI WAKIL UTK MENYUUARAKAN APA YG DIRASAI KERNA KAK SUKA MENULIS HEH..HEH..

paridah delete icon 24 Februari 2016 12:19 PTG

TERIMA KASIH DP INSYA ALLAH...MUNGKIN KAK OKU BARU KAK RAJIN MENULIS KALAU TAK MESTI KAK DH LUPA UTK TLS2 KALA KAK SHT CERGAS SPT ORNG LAIN..

Fidah Shah delete icon 24 Februari 2016 12:32 PTG

Hati yang sungguh cekal dan semangat yang tak pernah luntur
Moga terus maju jaya..aamiin

aizamia3 delete icon 24 Februari 2016 1:39 PTG

Moga k.Idah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian. Begitu juga dengan kita semua.. ;)

paridah delete icon 24 Februari 2016 4:01 PTG

terpaksa cekalkan hati menempuhi dugaan-Nya fidah insya-Allah...tq

paridah delete icon 24 Februari 2016 4:04 PTG

terima kasih aizamia...amiin..insyaAllah semoga kiya berada dibawah rahmat perlindungan-Nya.

Khir Khalid delete icon 25 Februari 2016 1:55 PG

Alhamdulillah... bersyukur dpt mengenali insan hebat spt kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha dgn kejayaan di dunia dan akhirat... aamiin.

dorsett pink delete icon 26 Februari 2016 10:51 PG

akak? biar betul belum sampai kak.. dah lama saya kirim tu sekali ngan hadiah untuk kak zakie purvit.. saya guna pos laju ke ats alamat yang akak bagi pada saya tu.. cuba akak tengok dlm pos box akak

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”