بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....



SEBUAH KELAHIRAN

Sembilan bulan sepuluh hari belum pasti dikandung ibumu dengan lelahnya
Lalu dizahirkan susah payah bersalut darah melimpah
bertakwakal dengan takdir-Nya
berjuang hingga hujung nyawa.
melahirkan dikau beberapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan.

Tatkala engkau melihat dunia raung tangismu berhiba-hiba
dengan segera bidan mencapai
sudah dimandikan lalu dipakai
tinggallah ibumu lemah gemalai, rebah terkulai.

Takbir dan qamat bersilih ganti bapa mengendong putera puteri
memohon doa ke hadrat Ilahi supaya selamat dunia akhirat
beramal ibadat menurut pesan nabi Muhammad
..
Aduhai anak tersayang janganlah engkau durhaka
Dengan kasih ibu dan Allah merestu akan sempurna urusan hidupmu
Tidak menjadi Tanggang yang disumpah menjadi batu.

PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL.


7 ulasan - "PESAN UNTUK ANAKKU...."

Fidah Shah delete icon 26 Februari 2016 9:58 PTG

Moga anak2 kita semua selamat dunia dan akhirat..aamiin

acik idah delete icon 26 Februari 2016 11:13 PTG

Assalamualaikum kak pi, pengorbanan ibu dan bapa memang tiada galang gantinya.

paridah delete icon 27 Februari 2016 9:40 PG

amiin..moga2 fidah..insyaAllah.

paridah delete icon 27 Februari 2016 9:42 PG

wsalam idah..ibu bapa sanggup berkorban apa saja demi anak2nya...tq

Puan Wawa delete icon 28 Februari 2016 10:59 PG

moga anak2 menjadi anak yang soleh dan solehah..amin

paridah delete icon 28 Februari 2016 12:24 PTG

amiin ..insyaAllah wawa...tq.

Khir Khalid delete icon 1 Mac 2016 12:26 PG

Semoga anak2 menjadi insan yg memberi cahaya manfaat kpd insan lain dan berjaya di dunia dan akhirat... aamiin.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”