بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

SAMBIL MAKAN LIMAU MANDARIN, KUIH BAKUL, KUACI, KACANG TANAH ATAU NIKMATI TARIAN SINGA SEMPENA MERAIKAN

TAHUN BARU CHINA PERHATIKAN JUGA APA YANG BERLAKU DI PERSEKITARAN KITA....

Kecoh di laman sosial hari ini apabila tersebarnya video pengantin lelaki diserang isteri pertama di majlis persandingannya.

Video berdurasi hampir dua minit itu dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook sejak semalam dan telah ditonton oleh hampir satu juta pengguna Facebook setakat ini.

Video tersebut memaparkan sebuah majlis persandingan terpaksa dihentikan ekoran daripada kunjungan mengejut isteri pertamanya yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya yang masih sah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuannya.

Difahamkan isteri pertama dan perakam video tersebut datang ke majlis itu untuk mendapat keadilan dari si pengantin lelaki.

Pasangan pengantin itu yang jelas terkejut dengan kehadiran isteri pertama, lalu bingkas turun daripada pelamin, menyebabkan kebanyakan tetamu tercengang dan majlis terhenti serta-merta.

“Kami ke sini tidak ada niat nak malukan pengantin lelaki, tapi dia ni (isteri pertama) masih isteri dia (pengantin lelaki) lagi, kahwin senyap senyap...tiga bulan tinggalkan (isteri pertama). Mana mak pengantin lelaki, apa cerita ni?” soalnya bertubi-tubi.

Perbincangan antara keluarga pengantin lelaki dan pihak isteri pertama kemudiannya berlangsung di belakang pelamin di mana isteri pertama mengaku masih belum diceraikan oleh suaminya.

Si isteri pertama juga mengaku tidak dimaklumkan oleh suami tentang perkahwinan yang dilangsungkan.
- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/2016/02/pengantin-diserang-isteri-pertama.

24 ulasan - "MACAM CERITA MADU 3 LA PULAK..."

Fidah Shah delete icon 7 Februari 2016 10:46 PTG

Eerrrmmm...macam2 cerita. Tadi ada kawan cerita di wa group. Belum tgk lagi video tu

Nor Azimah delete icon 7 Februari 2016 11:36 PTG

Hukum Allah tu tidak haram pun, cuma nafsu kita yg tidak dpt menerimanya.

babYpose delete icon 7 Februari 2016 11:59 PTG

Nauzubilah..itu lah susah nak komen kan.. tapi elok tahu ada berita begini, tkasih PI share ni.

nohas delete icon 8 Februari 2016 1:09 PG

belum tengok lg video tu...drama kehidupan..

Bunda_nora delete icon 8 Februari 2016 5:26 PG

Bunda pun belom tengok video tu lagi..

tiga lalat delete icon 8 Februari 2016 8:19 PG

salam mak Pah, kes video viral nih kita nmpk dr sebelah pihak saja., kita x tau apa masalah dr pihak lelaki pula., huhu2

tetiba tringt cerita ustaz poyo tuuh, 'senangnya kawen siam'., ;p

muhammad nizam delete icon 8 Februari 2016 12:50 PTG

baru tengok jugak semalam pasal ni... ermmmmm nak komen panjang juge nanti kang.. haha

muhammad nizam delete icon 8 Februari 2016 12:50 PTG

by the way... wowww template baru 2016

paridah delete icon 8 Februari 2016 3:46 PTG

xtengok xpalah fidah ambil tahu serba sikit jer heh..heh..tq

paridah delete icon 8 Februari 2016 3:58 PTG

hmm penerimaan masing2lh tu nor tq.

paridah delete icon 8 Februari 2016 3:59 PTG

dh lama cikgu xsinggah sini ya...tq.

paridah delete icon 8 Februari 2016 4:01 PTG

yeke..jgn komen panjng sgt cikgu takut Allah uji begitu pula heh..heh..tq

paridah delete icon 8 Februari 2016 4:04 PTG

wsalam wak...masing2 ada masalahnya tu n perlu dicari jln penyelesaian sebaiknya..tq wak.

paridah delete icon 8 Februari 2016 4:14 PTG

kak pun xtengok bunda cuma kongsi citer je...tq bunda.

paridah delete icon 8 Februari 2016 4:15 PTG

hmm drama kehidupan xpernah habis..tq nohas.

paridah delete icon 8 Februari 2016 4:18 PTG

xpayahlah komen BP ujian hidup kita ni pelbagai yg dijangka akan ditempuhi...tq

Etuza Etuza delete icon 8 Februari 2016 8:51 PTG

kecoh ...amat mengejutkan...

paridah delete icon 8 Februari 2016 9:32 PTG

heh..heh..drama kehdupan cikgu etuza...tq

Khir Khalid delete icon 9 Februari 2016 12:10 PG

nak kahwin ni bukan main sedap kahwin je... terutama klu kahwin 2,3 atau 4 tu. Tanggungjawab berat... silap2 tambah dosa je... wallahualam.

Khir Khalid delete icon 9 Februari 2016 12:10 PG

nak kahwin ni bukan main sedap kahwin je... terutama klu kahwin 2,3 atau 4 tu. Tanggungjawab berat... silap2 tambah dosa je... wallahualam.

paridah delete icon 9 Februari 2016 10:56 PG

betul tu dik KK..berkahwin harus penuhi tanggngjawab dgn bijak..berkahwin demi Allah hidup diredai Allah n tiada masalah...tq.

paridah delete icon 9 Februari 2016 10:56 PG

tq.

Qaseh Vee delete icon 10 Februari 2016 2:46 PTG

ada gak baca kat blog org . nak tgk video , mmg taklah . kang laju je quota boadband berlari ...

paridah delete icon 10 Februari 2016 3:22 PTG

yeke mesti lbh menarik ulasannya tu qv...benda citer pelik abaikan saja videonya...tq

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”