Monday 29 February 2016

AYAM GORENG ALA KFC...

ASSALAMUALAIKUM...

RAMAI YANG DAH TAHU MENGGORENG AYAM ALA KFC YANG ENAK SANGAT...DAN BOLEHLAH PRAKTIKANNYA UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN KELUARGA....TIDAK PERLU LAGI KE KFC MEMBAWA ANAK-ANAK HANYA SEBAB NAK MENIKMATI AYAM GORENG...BELI AYAM SEEKOR BERSIHKAN DENGAN TEPUNG GANDUM UNTUK HILANGKAN BAUNYA...BERSELAWAT NABI DAN BOLEH MULA MENGGORENG DENGAN CARA YANG DIKONGSIKAN INI..

AYAM GORENG RANGUP ALA KFC

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur
Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak.




10 comments:

  1. Anak2 suka ni kak PI..
    Ayam Goreng Ala KFC ni..
    Tq share resepi kak..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak.
    Baru tau kena masukkan soda bikarbonat ye.
    Ayam goreng mmg kegemaran anak2 terutama dimkn panas2

    ReplyDelete
  3. melihat sajian dan resep ayam nya sepertinya malah lebih lezat ayam goreng ini deh kak

    ReplyDelete
  4. Wah... pasti ini lebih enak, dari tampilannya kelihatan lebih menggoda, kekuning-kuningan gitu...

    ReplyDelete
  5. Sedap ni. Anak2 saya mesti suka.

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnya... sedap dan menjimatkan, malah menyihatkan juga kan... :)

    ReplyDelete
  7. sdapnyaa.. favourite seraa ni.. nyum3x..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist