Thursday 11 February 2016

ARNAB DAN KURA-KURA....

ASSALAMUALAIKUM...

PENGAJARAN DARIPADA HAIWAN...

SAJAK PERLUMBAAN ARNAB DAN KURA-KURA



Yakinnya arnab memenangi perlumbaan
Mengatasi kura-kura yang menapak perlahan
Tidak ragu dengan ketangkasan
Memecut laju dalam perlarian
Mudahnya kura kura jauh di belakang ditinggalkan
Namun kura kura tidak gelabah
Tidah dikusuti rasa kalut
Tidak dipeduli menang dan kalah
Tetap berlumba walau berinsut
Semangat juang kura kura yang tinggi
membawa kemenangan kepada dirinya
Lantaran arnab diperdaya diri
Ketangkasan, kepantasan, kecerdikan membuatnya letih dan terlena.
Kura kura meneruskan perlumbaan ke pengakhiran
Dengan tekad keazaman
Dan yakin dengan takdir Tuhan
Walau dalam apa keadaan.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
17 JAN 016


20 comments:

  1. Biarpun ianya cerita klasik yg selalu didendangkan buat kanak-kanak tapi pengajarannya meliputi seluruh insan sejagat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sastera rakyat lama penuh dgn thamsil n ibaratnya....tq kakzakie.

      Delete
  2. Moga Zumal tak jadi arnab yang terlena dan moga gigih seperti kura-kura...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah ...jadi arnab yg bijak n xleka dgn bijaksana dirinya zumal...tq

    ReplyDelete
  4. Iktibar pengajaran yg memang perlu menjadi peringatan buat kita semua sebagai insan di dunia ini. T kasih atas perkongsian ini kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah cerita org dulu2 biasanya bukan saja2 sebenarnya ad pengajaran yg hendak disampaikan...tq dik KK.

      Delete
  5. Byk pengajaran yg boleh kita cungkil di sini, bagi yg mahu jadikan panduan hidup supaya tidak terus leka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu nor..kisah sastera rakyat lama ni penuh kiasan n ibaratnya.tq nor.

      Delete
  6. jgn mengalah sebelum berusaha..lawan tetap lawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh..betul tu nohas apapun jgn cpt mengalah rezeki kta Allah yg tentukan..tq

      Delete
  7. tulah kan ada rasa bangga lepas tu ego dengan kekuatannya. Akhirnya letih juga ..kura2 tak letih tu ..perlahan sampai di dstinasi..
    Sindiran terhadap manusia...ambil hikmah

    ReplyDelete
  8. betul tu cikgu etuza ambil hikmah pengajaran drpd cerita rakyat biasa...tq

    ReplyDelete
  9. Anak saya si abang marah kalau saya kata... kiranya abang ni macam kura-kurala... Dia akan cakap balik, "abang ni arnab, tapi arnab yang tak leka"... hehehhe...

    ReplyDelete
  10. heh..heh..ngusik anak juga ya...betullah kata abang tu ....arnab yg cerdik xleka dgn kelebihan dirinya...tq sweetie.

    ReplyDelete
  11. Baru ni ada cerita sibut babi, bila tanya kenapa lambat, lambat sebab dia keliru dia tu siput ke babi ke jadi nak lambat ke nak laju tak
    pasti :) sedap membaca cerita berbentuk sajak.

    ReplyDelete
  12. HEH..HEH..SIPUT PUN KELIRU DGN NAMANYA YA...BOLEHLAH PILIH YG TERBAIK KOT...TQ BP.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist