Saturday 9 January 2016

WAYANG KULIT YANG MISTIK....

ASSALAMUALAIKUM...

LIMA PAHLAWAN...


Pic google images


Wayang kulit adalah teater rakyat yang cukup terkenal di semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu suatu masa dulu.

Walaupun peredaran zaman kebelakangan ini digamatkan dengan pelbagai bentuk hiburan, teater tradisional ini masih lagi mempunyai peminat tersendiri tanpa mengira batasan usia.

Pengurus kumpulan wayang kulit, Kumpulan Seri Apal dari Besut, Terengganu, Mat Husin Hamat, 54, berkata, pada awalnya, wayang kulit telah memasuki Kelantan pada 1940an.

“Asalnya dulu, wayang kulit ini dari Jawa, kemudian meluas ke Thailand sebelum memasuki Kelantan dan merebak ke negeri-negeri lain di semenanjung. Tahun 1950an dulu terdapat lebih kurang 20 kumpulan wayang kulit di Kelantan ketika seni ini sedang melonjak naik.

“Kumpulan Seri Apal ini pula ditubuhkan sejak 1950an juga dan saya telah mengambil alih menjadi pengurus sejak Februari 2015 setelah pengasasnya, Zakaria atau lebih terkenal dengan gelaran Pok Ya, 65, kini sudah agak uzur,” katanya.

Ada yang mengatakan, sejarah mengenai asal usul wayang kulit masih kabur dan kurang jelas sehingga ke hari ini, namun, hasil perbualan penulis dengan penggiat seni yang masih aktif itu menceritakan mengenai terdapatnya kisah mistik di dalam sebuah cerita yang dimainkan dalam persembahan wayang kulit itu.

'Pagar' kawasan sebelum cerita bermula

Mat Husin yang terkenal dengan jolokan nama Tok Do Husin Agogo berkata, dalam banyak-banyak cerita yang dimainkan ketika persembahan, tidak semua penggemar teater tradisional itu berpeluang menonton sebuah cerita bertajuk Lima Pahlawan kerana ia membawa unsur mistik.

“Sebenarnya, agak sukar bagi sesebuah kumpulan wayang kulit untuk mainkan cerita ini kerana plot ceritanya yang panjang memakan masa hampir seminggu untuk dihabiskan. Tambahan pula, cerita ini agak ‘panas’ lebih-lebih lagi jika ia dimainkan di kawasan yang ‘keras’.

“Sekiranya penonton lemah semangat, mempunyai penyakit, ada yang akan tidak sedarkan diri ketika persembahan sedang berlangsung. Bagi keadaan begini, Tok Dalang akan membacakan sesuatu kepada pesakit agar keadaan yang menyerang itu tidak berlanjutan,” katanya.

Mat Husin berkata, Kumpulan Seri Ampal pernah sekali memainkan cerita Hikayat Lima Pahlawan bagi memenuhi kehendak penonton.

“Kita pernah bawa cerita ini suatu ketika dulu, tetapi bukan di tempat awam, ia bagi memenuhi permintaan seseorang, bagi ‘pelepas’ hajat. Jalan cerita tidak dipotong bagi menjaga ‘angin’ penonton agar tidak tersentuh atau hajatnya tersekat.

“Angin seseorang ni kita tak tahu. Macam ‘awok-awok’ (orang-orang) kita ni dah tahu selok-belok persembahan,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika persembahan, Tok Dalang akan terlebih dahulu ‘memagar’ kawasan persembahan wayang kulit itu bagi menjaga penonton serta mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

“Cerita Lima Pahlawan ni kisahnya berasal dari Thailand, mungkin ada yang dah tahu cerita ini ada watak Raja Serama, Hanuman Kera Putih, Wok Long, Wok Dogol, Wok Yoh, Raden Arjuna, Said, Samad dan beberapa lagi watak yang lain.

“Ringkasan cerita ini berkisar kepada pembahagian harta yang tidak adil menyebabkan berlakunya perbalahan sesama sendiri. Tajuk cerita ini bergantung kepada Tok Dalang, dia yang memutuskan nama tajuk cerita.

“Kalau dulu-dulu, jalan ceritanya agak berlainan dengan jalan cerita yang dimainkan pada masa sekarang. Macam filem lama dan baru. Dalam wayang kulit juga ada cerita-cerita yang diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan, masa dan tempat,” katanya.

Sementara itu, Tok Dalang, Kumpulan Seri Apal, Mohd Hanafi Jusoh, 60, berkata, cerita Lima Pahlawan ini pernah membawa badi sehingga berlaku penonton yang tidak sedarkan diri sekiranya mereka berada dalam keadaan lemah, ada penyakit, saka dan sebagainya.

“Plot cerita hikayat ini tiada tempat lembut, semua keras dan tidak semua Tok Dalang boleh bawa cerita ini kerana ceritanya ‘panas’ dan boleh menarik makhluk halus atau roh yang tidak kelihatan.

“Kalau Tok Dalang ucap (sebut) sesuatu dan berkait dengan makhluk halus, akan menarik minat sesuatu yang lain untuk berada dalam kumpulan penonton wayang kulit itu. Itu sahaja yang kami boleh cakap...boleh bagi tahu. Selebihnya tak boleh cerita lebih lanjut.



- See more at: http://pahang-ku

28 comments:

  1. Assalamualaikum kak..selamat malam kak..yan tak minat wayang kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PUN XMINAT SGT TAPI SUKA JUGA AMBIL TAHU TNTG BUDAYA KITA...TQ YAN

      Delete
  2. salam ahad makPah tuuh,
    citer hindustan 3 jam pon tak penah abes layan, ini kan pulak wayang kulit seminggu tuuuh., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..TUTUP KEDAILAH PENGGIAT WAYANG KLIT TU KAN...TQ WAK

      Delete
  3. Assalam kakPI. Menakutkanlah.Tapi sekarang wsyang kulit sudah berevolusi. Cerita2 moden pula dimainkan seperti Starwars. Pernah dipaparkan dalam Majalah 3 satu masa dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM...YELA OZ..WAYANG KULIT NI NAMPAKNYA MENYERAP UNSUR2 MSTIK YG MENYERAMKAN JUGA KAN..TAPI WAYANG KULIT YG BEREVOLUSI STLE BARU OK KOT...TQ

      Delete
  4. Assalamualaikum, dulu pegi tengok dikir barat dan wayang kulit. Dengan lampu sebiji bole buat showkan..

    ReplyDelete
  5. sy suke wayang kulit ....
    di indonseia jugam banyak yng mash menampilkan macam tu ,,, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...DI INDONESIA WAYANG KULITNYA PUN SGT MENARIK....TQ FIU S.

      Delete
  6. Ntah kenapa...tiba2 rasa macam nak tengok persembahan kuda kepang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUDA KEPANG PUN ADA UNSUR MISTIK KALA DITARIKAN...TQ FIDAH.

      Delete
  7. Ntah kenapa...tiba2 rasa macam nak tengok persembahan kuda kepang pulak

    ReplyDelete
  8. harus jaga tradisional ini..ini warisan rasanya sayang jika dah tiada pemain peranan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu budaya warisan yg perlu dipelihara...tq cikgu etuza.

      Delete
  9. banyak kali terbaca... wayang kulit mmg banyak ada unsur2 mistik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. unsur2 mistik ni perlu dibuang kan pha is...tq.

      Delete
  10. dah lama x singgah sini.. sekali singgah, eh, dah berubah wajah...

    ReplyDelete
  11. Unsur mistik mesti ada dalam wayang kulit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la aiza kita sekadar menikmatinya n xtau apa2 kan aiza...tq.

      Delete
  12. yela zumal ada rahsia mistiknya tu...tq.

    ReplyDelete
  13. tgk secara live x penah lg ;-)

    ReplyDelete
  14. rasanya smua yg brkaitan dgn dlu2 ada unsur mistik.. Wallahuallam

    ReplyDelete
  15. Mainan dulu2 ni bnyk benda halus.. klu tak betul2 bahaya...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist