Thursday 7 January 2016

PEMUISI ILHAM SURI...

ASSALAMUALAIKUM….

PENEROKAWATI PEMUISI BERJAYA.

Di kalangan penggiat sastera kreatif puisi, cerpen dll yang terlibat di bidangnya terdiri kebanyakannya adalah yang sangat pro seperti pensyarah; Prof Ir.Wan Abu Bakar, Dr. Aminudin Mansor/Ami Masra, Prof Janiri sekadar menulis beberapa nama. Dan ramai juga guru-guru yang sangat aktif menulis segala genre penulisan seperti cikgu Helmi Ahmad, Noorlaila Ghafar, Kursiah Hanum dll.  

Dan jarang kita dengar seorang penerokawati/suri rumah yang berjaya munculkan dirinya di antara penulis ternama negara seperti yang ddilakukan Ilham Suri nama pena bagi penyair Saniah Masri yang bersama suaminya menyertai Felda Selancar di Pahang sebagai penerokanya.

Alamatnya
saniah Masri no 20 blok 1, pkt 1. Felda selancar 2 26700 muadzam shah pahang.

Dengan kesibukan beliau menguruskan rumah tangga dan suaminya yang OKU serta terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat beliau masih mampu mengasah bakat penulisannya yang memancar-mancar kilatnya.  Biasalah hidup di felda tidak boleh sendirian membawa diri tapi mesti saling bersama dalam pelbagai kegiatan anjuran pentadbirnya agar tidak terasa tersisih dan dipencilkan.

PI tahulah semua tu…kan PI juga seorang peneroka heh..heh.

AKTIVITI SANIAH MASRI SELAIN MENULIS.

. Sebagai penerowati felda , aktiviti kemasyaraktan dalam kampung aje lah. Seperti kelas fardu ain anjuran GPW .
Masyuarat bulanan dalam blok, majlis Yasin dalam blok. Gotong royong keceriaan kampung tiap-tiap bulan. Gotong royong kenduri kendara dalam blok dan kampung. Sering menyertai pertandingan masakkan anjuran GPW


Catatan penyair ini kepada PI.
Meminati sastera setelah bertemu kembali dengan penyair tersohor cikgu Ahmad Sarju di laman fb.
Beliau adalah guru kelas saniah pada tahun 1971 di sek keb. Parit 4 sg hj Dorani, Sg Besar, Sabak Bernam Selangor. 
Seawal berkarya saniah belajar menggarap pantun di laman fb cikgu Ahmad Sarju. Beliaulah yang sentiasa memimbing dan menyuntik semangat untuk terus berkarya.

Saniah Masri, nama pena Ilham Suri merupakaan anak kelahiran Parit 4 Sg Hj Dorani Sg Besar ,Sabak Bernam Selangor. Dibesarkan di Parit 13 Sg Nibong, Sekincan Selangor. Seorang pengurus rumahtangga dengan berkelulusan darjah 6 Sekolah Kebangsaan Parit 4 Sg Hj Dorani Sg Besar,Sabak Bernam Selangor.
Berhijrah ke negeri Pahang setelah mendapat tawaran menjadi peneroka felda . 
Berkarya secara sambilan.

Antara karya yang telah dimuatkan adalah Antologi Bersama:

1) 2014 > Antologi puisi ikosas
2) 2014> Antologi puisi perwila (kEMBALILAH MH370)
3) 2014> Antologi pantun ikosas
4) 2014> Jurnal Jom Sastera
5) 2014> Jurnal Jom Sastera
6) 2015> Antologi Haiku@facebook e-book Tabir Alam
7) 2015> Antologi Poligenre DPMP
8) 2015> Antologi Projek Haiku Tabir Alam.

Sumber fb PENITA.

17 comments:

  1. Kena belajar kan PI ada tips ? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIPSNYA TENTULAH MINAT DAN KEMAHUAN BABYPOSE.HEH..HEH..TQ

      Delete
  2. Tak sangka seorang penerokawati juga boleh jadi seorang pemuisi....begitu berbakat sekali.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....wah..tahniah untuk beliau yer...bukan senang nak jadi macam tu...nak mereka ayat lagi...nak menyusun bait-bait kata lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM.YELA FIDA MINAT N KESUKAAN KITA TU BERBEZA KAN...TQ.

      Delete
  4. waha hebat ya PI.tahnia banyak penulisan dan berkarya seni ...warisan bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA CIKGU PENGGIAT SASTERA X MENGIRA SIAPA ASAL ADA KEMAHUANNYA...TQ.

      Delete
  5. Hebat sangat karyanya telah dimuatkan... penasaran dengan puisi MH370

    ReplyDelete
  6. KARYA PUISI MH 370 AMAT MENGUSIK JIWA KITA KAN...TQ WAN

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak,
    Subhanallah hebat...bakat tidak terletak pada title "siapa-siapa"..Allah menganugerah pada sesiapa yang dikehendaki...

    ReplyDelete
  8. WSALAM DIK USTAZ...BENAR TU ALLAH ANUGERAHI MASING2 KITA DGN BAKAT TERSENDIRI N PERLU KITA GUNAKAN SEBAIKNYA...TERIMA KASIH ABU IKHWAN.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist