Sunday 3 January 2016

PELUANG MENGANTOLOGIKAN PUISI..

ASSALAMUALAIKUM...

Ilhami Hisham

Ya Salaam Tuan Puan Budiman, Penulis dan Penyair

TERBIT ANTOLOGI SAJAK KONGSI
Sajak bertema Kecintaan Bahasa
Dengan hormatnya Tuan Puan dipelawa menyertai projek di atas. Terbuka kepada 20 peserta sahaja. Setiap peserta diberikan 10 halaman. Terserah hendak diisi berapa sajak di dalam 10 halaman itu. Saiz buku: A5 menegak. Panjang maksima sajak 20-25 baris sahaja

Setiap peserta hanya perlu modak sebanyak RM100. Dapat 10 buah buku. Buku setebal 250 muka ini boleh dijual dengan harga RM20 sebuah.

Buku akan dilancarkan pada Februari 2016. Tarikh tutup dan bukti bayaran pada 16 Januari 2016. Wasap saya 011-3271 4312 Ilhami Hisham, Shah Alam.
Tolong sebarkan ya. Terima Kasih

Sumber fb PENITA.






LAGU KARANGANKU

Ku karangkan lagu rindu
penuh syahdu penuh sendu
mengombak membiru

Alunan lembut menganyam bahagia.
ku karangkan lagu cinta
bak untaian permata berharga
kukalungkan di lehernya
hanya untuknya.

Kukarangkan lagu hidup
kebahgiaan kedamaian inginku hirup
dengan rindu dengan cinta membara

Iramanya pincang pula
walau direncana sebaiknya
lagu rindu lagu cinta lagu hidup
adalah karanganku dari sukmaku.


PARIDAH ISHAK.
TAMAN SELAYANG UTAMA.

8/11/05. 

8 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist