بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Ibunya menyebut namanya perlahan sekali dan amat lemah getarannya. Wajahnya tidak senang dan meriak marah. Hatinya mungkin berkata, mengapalah orang yang hodoh ini dan hanya terbujur di tilam ini seringkali memanggil-manggil namanya. Dia langsung tidak kenal siapa orang ini. Dan langsung tidak faham kenapa ramai pula orang turun naik rumah atoknya kemudiannya mengelilingi orang yang terbaring itu.

Setelah beberapa lama di rumah atok, abahnya membawanya dan orang sakit itu pulang ke rumah mereka pula. Sesampai di rumah barulah dia menyedari bahawa orang yang dimarahi kerana sering menyebut namanya itu adalah ibunya. Ibunya yang terlantar tidak berdaya akibat kecederaan teruk kemalangan jalanraya. Dia, kakaknya, abangnya dan adiknya yang baru berusia 50 hari turut terlibat sama.

Alhamdulillah kesemua mereka selamat dan cuma mengalami kecederaan kecil. Sebab atok terpaksa merawat ibunya yang sakit, abahnya terpaksa menyerahkan adiknya kepada makngahnya yang tinggal di KL untuk diasuh.

Kini hanya dia peneman ibunya kala atoknya dan abahnya berkerja. Dia akan berusaha menyuapkan nasi ke mulut ibunya dan memberinya minuman. Lebih banyak makanan yang tumpah daripada yang masuk ke mulut ibunya.

Sikap anak kecil yang baru berusia tiga tahun berusaha menolong ibunya yang sakit berat itu mengait rasa hiba setiap yang memandangnya.

Anak itu sentiasa di sisi ibunya hingga setelah ibunya bermaya sedikit dan mengurusinya pula masa demi masa.
"Kalau saya masuk universiti nanti sapalah nak teman mak ya..."
"Mak duk soranglah..."
"Tak takut?"
"Mati pun sorang jugak..."
Ibunya tersengih kegembiraan kerana anaknya yang baru bersekolah tahun tiga sudah bercita-cita memasuki menara gading.

Dan anak ibu yang seorang itu berjaya merealitikan impiannya sebagai graduan. Ibunya pula yang kesunyian kerana kehilangan peneman setianya kala meniti dukanya yang panjang. Dia tidak mengharapkan apa-apa lagi kecuali kebahagian anak-anak permata jiwanya. Kesendirian dan kesepian membuatnya mangli.

22 ulasan - "IBU DAN ANAK..."

iryanty ahamad delete icon 10 Disember 2015 10:41 PG

lumrah kehidupan begitulah

Kakzakie Purvit delete icon 10 Disember 2015 10:46 PG

Kakak cuba meletakkan diri kakak pada watak ibu yg PI titipkan di sini buat diri kakak terkesan pulak. Terharu tapi bahagia bila dpt tahu anak itu telah berjaya. Berkat doa ibu yg panjang.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) delete icon 10 Disember 2015 11:14 PG

Sebak pulak CH baca Paridah..
Sabar dan redha akan ketentuan Nya..
Akhirnya memperolehi kemanisan..

Kesuma Angsana delete icon 10 Disember 2015 1:01 PTG

Salam Kak, baca terus KA sebabk, sebab mcm perbualan antara KA dgn anak2 terutamanya Adik, selalu je dier cakap, kalau Adik masuk asrama, kalau adik masuk U, kalau adik belajar jauh2, kalau Adik kerja jauh2, siapa nak jaga Ummi ngan abah.. rasa nak nangis kak

Zaitun delete icon 10 Disember 2015 2:36 PTG

Ahhh...sebak kak Zai dibuatnya. Walau pahit tapi akhirnya anaknya berjaya menjadi graduan.

aryan azra delete icon 10 Disember 2015 4:33 PTG

Assalam kak...sebak membaca cerita ini

Etuza Etuza delete icon 10 Disember 2015 7:07 PTG

Asalam..sedih ..mana nilai adab kepada ibubapa...jadi pengajaran buat semua

Puan Wawa delete icon 10 Disember 2015 8:33 PTG

Sayu je wawa baca..

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:05 PG

hmm..realiti kehidupan tg yanty.

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:08 PG

cuba utk merasai penderitaan yg lain tanda kakzakie sgt perasa n prihatin...tq kakzakie.

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:09 PG

tq hayati turut sama merasai getar rasa ibu itu.

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:12 PG

wsalam KA anak2 yg sentiasa bersama ibu/bapa mrk amat memerhati n memikirkan masalah yg didepani ibu/bapa kesayangn mrk...tq

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:14 PG

begitulah secebis kisah kehidupan zai, suka duka silih ganti tq.

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:16 PG

secebis kisah yg berlaku sekeliling kita aryan azraa...tq.

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:18 PG

wsalam anak n ibu bagai berpisah tiada kan cikgu etuza...tq.

paridah delete icon 11 Disember 2015 11:18 PG

sedih kisahnya kan wawa...tq.

Qaseh Vee delete icon 12 Disember 2015 4:13 PTG

perjalanan hidup mmg begitu . masing2 ada tanggungjawab dan keperluan ...

kakyon delete icon 13 Disember 2015 10:48 PG

rasa sebak pula membacanya..

dear anies delete icon 14 Disember 2015 7:24 PTG

waduhhhh... sebakkk

paridah delete icon 15 Disember 2015 9:40 PTG

begitulah hidup ni kan qv...tq.

paridah delete icon 15 Disember 2015 9:42 PTG

lunak hatinya KY ni mudah perasa...tq

paridah delete icon 15 Disember 2015 9:43 PTG

sebak ya anies jgn nangis dah...tq.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”