Thursday 17 December 2015

DOA NABI YUNUS AS..

ASSALAMUALAIKUM...

Inilah zikir yang di baca oleh Nabi Yunus AS semasa dalam perut ikan Nun selama 40 hari, sebelum di muntahkan semula oleh ikan Nun tersebut. Pesan ulama', dengan mengamalkan zikir ini, in sya Allah berbagai masalah & kesusahan akan dapat di atasi satu persatu. Hafallah zikir ni. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin.



KISAH NABI YUNUS DITELAN IKAN NUN

. Nabi Yunus a.s. dikeluarkan dari perut Ikan Nun.
- Pada waktu penduduk Niwana telah ingkar kepada seruannya, Nabi Yunus memohon Allah menurunkan seksaan kepada mereka. kemudian Allah menurunkan wahyu bahawa akan di turunkan azab kepada mereka. Baginda, isteri serta pengikut yang beriman keluar meninggalkan kaumnya yang ingkar dan menjanjikan akan datangnya azab Allah setelah 3 hari dari peringatannya. Baginda mengajak pengikutnya berangkat kesebuah gunung untuk menyaksikan azab Allah kepada kaumnya dari kejauhan sehingga akhirnya kaumnya bertaubat dan Allah pun menghilangkan azab tersebut dari mereka. Ketika Baginda azab Allah dah berakhir, datang Iblis membisikkan keraguan bahawa kaumnya akan kembali mendustakannya. Mendengar bisikan tersebut Baginda membawa rasa marah hingga ketepi sungai Tigris. baginda tumpang sebuah bahtera. Ketika dalam pelayaran, bahtera tersebut tiba tiba terhenti dan bergoyang, Baginda mengaku bahawa Baginda lari dari Allah dan kapal tersebut tidak akan tenang selagi tidak membuang orang tersebut ke dalam sungai. Semua penumpang telah kenal Nabi Yunus dan tidak mahu melemparnya ke sungai dan akhirnya semua (3kali) menunjukkan bahawa Nabi Yunus yang perlu dibuang ke sungai. Beberapa tempat yang ingin dibuangnya Nabi Yunus diubah berikutan seekor ikan yang tersedia menunggunya disungai tersebut. Namun akhirnya Nabi Yunus akur dibuang walau ke mulut ikan yang sedia menunggu kerana sedar pada ketika tidak ada keselamatan kecuali dari Allah. Setelah beberapa bulan berada dalam perut ikan akhirnya taubat Nabi Yunus diterima di Allah memerintahkan ikan nun mengeluarkan Nabi Yunus. Peristiwa selamatnya Nabi Yunus dari perut ikan berlaku pada 10 Muharram


22 comments:

  1. selalu di baca dalam solat taubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. n boleh dibaca dlm solat hajat juga...tq KY.

      Delete
  2. Asalam menjadi sejarah yang hebat kepada kita Muslim Muslimah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam cikgu...ya kisah2 perjuangan nabi menyebarkan risalah Allah amat benar n kita mesti mempercayainya.
      tq cikgu etuza.

      Delete
  3. Moga menjadi amalan. Terima kasih atas perkongsian.
    Salam Jumaat Kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat fidah...insyaAllah semoga mengamaalkannya.
      tq fidah.

      Delete
  4. assalamualaikum kak,
    Terima kasih atas perkongsiaan yang bermanfaat. Zikir ini adalah penghujung ayat 87 surah al-anbiyaa, yang menceritakan kisah nabi Yunus atau juga dikenali dengan Zun-nun meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Zikir ini juga dibaca dalam sujud terakhir solat sunat hajat...Marilah kita sama-sama mengucapkannya...mudah-mudahan tertulis sebagai orang yang banyak berzikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik ustaz.
      terima kasih pencerahannya ustaz...kan untung kenali ustaz di laman maya ni dapat berkongsi info yg jelas drpd yg berilmu. kak ni xtahu sgt.

      Delete
  5. Memang dijadikan amalan tak kira dalam apa jua situasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke bagusnya zai...mudah menghafalnya tu...tq

      Delete
  6. Bila baca kisah ini mesti teringat salah satu anak kakak (tak ingat mana satu) ada bawa kisah ini dlm pertandingan bercerita mendapat tempat ke dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...kisah2 nabi memang seronok didengar kan...tahniah atas kemenangan anak kakzakie dlm pertandingan bercerita tu...tq

      Delete
  7. Nabi yang Allah sayangi bayangkan hiduip dalam perut ikan di laut yang dalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat nak gambarkan siksanya tu cikgu...Allah memilih nabi Yunus as untuk lalui pengalaman getir ini.

      Delete
  8. PI saya selalu baca kisah nabi. Nak menangis..sangat sedih mereka disakiti..ada ja dakyah nak jatuhkan nabi tapi Allah sayang nabi sayang kita semua..Allahuaakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah cikgu etuza kisah2 nabi yg tempuhi pelbagai cabaran untuksampaikan dakwah kpd ummat begitu menyentuh hati kita..terlalu berat sekali dugaannya...tq cikgu etuza.

      Delete
  9. jom amalkan.. baca selalu =)
    suka cerita Nabi Yunus ni..

    ReplyDelete
  10. Doa yg mmg selalu diamalkn dlm solat sunat taubat

    ReplyDelete
  11. banyak fadilat mengamalkannya xkira masa...tq anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist