بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


PADA 11 NOV 015 DIKEJUTKAN DENGAN BERITA GELONGSORAN TANAH YANG BERLAKU AKIBAT HUJAN LEBAT....SESETENGAH MEDIA BERITA MELAPORKANNYA SEBAGAI BANJIR KILAT....SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA KEJADIAN TERSEBUT TIDAK MENGAKIBATKAN KEMALANGAN JIWA KEPADA PENGGUNA LEBUH RAYA TERSEBUT.

KALA HUJAN LEBAT LEBUHRAYA INI TELAH MENCATATKAN KEJADIAN TANAH RUNTUH SEJAK IANYA DIBUKA PADA 1977 HINGGA KINI.






pic google images.

KUALA LUMPUR – Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak sejak 1985 hingga 2015.


1977: Mula dibuka kepada lalu lintas dan mempunyai dua plaza tol di Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang.

1985: Pada 23 Nov, berlaku tanah runtuh di KM33 menyebabkan laluan di kawasan itu ditutup.

1987: Pada 14 Dis, sebuah bas ekspres ditimpa runtuhan tanah di KM35 mennyebabkan bas itu merempuh penghadang keluli di tepi sebuah gaung. Kesemua 44 orang yang menaiki bas itu selamat.

1990: Pada 20 Dis, tanah runtuh berlaku di KM36 dan laluan ditutup akibat banjir setinggi satu meter.

1991: Pada 11 Nov, kejadian tanah runtuh besar di KM47.3. Bongkah-bongkah batu jatuh menyeberangi jalan raya menyebabkan Lebuhraya Karak ditutup dua hari. Tiada kecederaan dilaporkan.

1993: Pada 23 Nov, tanah runtuh di KM25.2 berlaku selepas hujan lebat. Laluan hubungan Kuala Lumpur dengan pantai timur hampir terputus. Tiada laporan kecederaan.

1993: Pada 28 Nov, tanah runtuh di KM63 menyebabkan dua penunggang motosikal terbunuh.

1995: Pada 30 Jun, tanah runtuh berlaku kira-kira 200 meter dari persimpangan Karak di jalan susur menghala ke Genting Highlands semasa hujan lebat. Pelbagai kenderaan terbabit menyebabkan 21 orang terbunuh dan 23 orang cedera.

2003: Pada 28 Ogos, lereng bukit setinggi 50 meter di KM41.7 dekat Bukit Tinggi runtuh menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lima jam dari Bentong ke Kuala Lumpur. Tiada yang tercedera.

2004: Pada 1 Nov, tanah runtuh berlaku di KM52 dekat Bukit Tinggi, Bentong susulan hujan lebat selama tiga jam. Tiada kecederaan dilaporkan.

2004: Pada 3 Nov, tanah runtuh kecil berlaku di KM53.3 pada 9 malam. Tiada kecederaan dilaporkan.

2015: Pada 11 Nov, tanah runtuh di KM52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi menyebabkan laluan ditutup. Tiada kecederaan dilaporkan.

Pengguna Lebuhraya KL-Karak Terkandas Akibat Tanah Runtuh
– BERNAMA - rujuk


Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan selepas kejadian.
Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan nyawa dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn. Bhd. sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

36 ulasan - "TRAGEDI DI KARAK HIGHWAY..."

Sweetie delete icon 13 November 2015 3:20 PTG

Musim-musim hujan begini mmg takut dan kalau boleh elakkanlah melalui jalan-jalan yang berisiko tinggi macam ni.

Fida Z Ein delete icon 13 November 2015 3:30 PTG

Seriau lalu jalan-jalan berbukit masa-masa hujan ni...pokok-pokok besar yang tidak dijaga pun boleh mengundang bahaya...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) delete icon 13 November 2015 3:48 PTG

Dah banyak kali lah terjadi tanah runtuh di Highway Karak tu ye paridah..
Patutnya kena ada analisis dan apa tindakan yg perlu dilakukan supaya tak berulang lagi..

Syok delete icon 13 November 2015 3:54 PTG

bencana alam sukar diramal walaupn telah mmbt langkah pencegahan awal.. bkn di lbhraya Karak shj, tp dmana2 pasti de bencana alam.. cuma kita perlu beringat n berdoa djauhi musibah..

Zaitun delete icon 13 November 2015 4:09 PTG

Inilah laluan yang selalu digunakan bila kak Zai pergi ke Pantai Timur. Syukur alhamdulillah ketika kejadian baru beberapa hari balik.

Diana Rashid delete icon 13 November 2015 4:27 PTG

rasa risau je nak berjalan jauh time musim2 hujan ni.lagi2 nak kena lalau kat lebuh raya.tak berani pulak bila dah jadi macam ni.

Khai♥Rin : anies delete icon 13 November 2015 4:59 PTG

Allah dah beri peringatan tu...

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 13 November 2015 6:21 PTG

Sedihnya.

tiga lalat delete icon 13 November 2015 7:13 PTG

salam jumaat makPah tuu., sekarang musimhujan.,

seraa rose delete icon 13 November 2015 8:08 PTG

skrg ni musim hujan kan.. kene bnyk berhati2

Bin Muhammad delete icon 13 November 2015 9:09 PTG

Malang tidak berbau tapi setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Inilah akibat dari sikap rakus manusia terhadap alam.

kakyon delete icon 13 November 2015 9:54 PTG

memang seriau lalu situ bila musim hujan..terbayang jer kalau ada runtuhan berlaku..

Wa delete icon 13 November 2015 11:33 PTG

Takut lak nak balik cuti ni.. memang tulah pun jalan nak balik kg..sob sob sob

paridah delete icon 14 November 2015 11:58 PG

yela sweetie kalau jln2 yg dilalui tu selalu terjadi insiden begitu kita pasti rasa bimbang...sbb terpaksa dilalui juga...tq sweetie.

paridah delete icon 14 November 2015 12:00 PTG

betul tu fida dlm musim hujan lebat bgini apa yg xdijangka kdg berlaku...tq fida.

paridah delete icon 14 November 2015 12:03 PTG

hmm sejak ianya dibuka ada saja gelinciran tanah berlaku...maklum lebuhraya ini membelah bukit laluannya....tq sweetie.

paridah delete icon 14 November 2015 12:05 PTG

betul tu syok moga kita dijauhi musibah yg xdiingini di mana saja berada...tq.

paridah delete icon 14 November 2015 12:09 PTG

syukur alhamdulillah kan zai walau selalui melaluinya Allah melindung drpd sebarang musibah...tq zai.

paridah delete icon 14 November 2015 12:14 PTG

yela diana hati pasti bimbang nk lalu lebuhraya di musim hujan gini bila timbul kejadian2 yg merisaukan...tq diana.

paridah delete icon 14 November 2015 12:17 PTG

peringatan yg diberi Allah utk kita beringat...tq anies.

paridah delete icon 14 November 2015 12:18 PTG

amat mmenyedihkan....tq MKL.

paridah delete icon 14 November 2015 12:19 PTG

SALAM JUMAAT WAK...HMM MUSIM HUJAN JGN JLN2 SGT KAN...TQ.

paridah delete icon 14 November 2015 12:20 PTG

HMM HATI2 SENTIASA JAGA DIRI...TQ SERA ROSE.

paridah delete icon 14 November 2015 12:22 PTG

MALANG XBERBAU TAPI ALAM MEMBERI TANDA2NYA UTK DIFIKIRKAN...TQ BM.

paridah delete icon 14 November 2015 12:28 PTG

WALAU JLN YG KITA LALU HUJAN XLEBAT TAPI AIR YG TURUN DARI BUKIT DGN LAJU MENYEBABKAN BANJIR KILAT JUGA...ITU YG SGT MERISAUKAN...KEPLA AIR YG AKAN MENOLAK APA SAJA...TQ KY.

paridah delete icon 14 November 2015 12:31 PTG

BILA LEBUHRAYA DH DIBUKA/DIBAIKI..CUACA PUN OK XJADI MASALAH NK LALU JLN TU WA...TQ.

Etuza Etuza delete icon 15 November 2015 12:07 PG

asalam PI apakan daya banyakkan bersabar ya masyarakat kat sana...semua aturanNya

Mizz Aiza delete icon 15 November 2015 11:14 PG

syukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.. namun aiza terkejut juga dengan kejadian yang berlaku ini..

Fidah Shah delete icon 15 November 2015 3:27 PTG

Sedikit 'teguran' daripadaNya

paridah delete icon 16 November 2015 11:47 PG

WAJIB DIPERHATI TEGURAN-NYA...TQ FIDAH.

paridah delete icon 16 November 2015 11:48 PG

SYUKUR ALHAMDULILLAH...TIADA KEMALANGAN JIWA BERLAKU...TQ AMIIZA.

paridah delete icon 16 November 2015 11:50 PG

WSALAM CIKGU ETUZA...KEJADIAN ALLAH DGN HIKMAH-NYA...INSYA ALLAH...TQ.

Khir Khalid delete icon 16 November 2015 2:59 PTG

Sebenarnya pada hari ahad sebelum kejadian tu saya baru balik dari KB lalu jalan tu... ada plan nak balik 2 - 3 hari lagi tapi disebabkan ada hal lain terpaksa balik KL juga. Syukur sgt2...mujurlah

Puan Wawa delete icon 17 November 2015 6:12 PG

Allah, menakutkan..

paridah delete icon 18 November 2015 9:14 PTG

yeke syukur alhamdulillah dijauhi Allah sebarang musibah...tq KK.

paridah delete icon 18 November 2015 9:15 PTG

YELAH WAWA...TQ

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”