بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Cerpen:
Perjalananku.
Karya:
Paridah Ishak.

                                                    PERJALANANKU.



BAGAIMANA hendakku mula perjalananku berwisata ke benua Eropah yang  sudahku rancang sebaiknya untuk menghabiskan percutianku di musim bunga di sana? Apa pula masalah yang mendepaniku sehingga aku merasa kesulitannya memberatiku? Bukan tidak pernah pun ke sana tapi memang aku minat mengulanginya terutama pada musim bunga-bunga mengorak kelopak dan menebarkan keharumannya di setiap ruang. Sangat indah dan mendamaikan suasana alamnya  kurasakan.
 Asyik sekali melewati jalan beraspal di desa-desa tradisi Inggeris yang indah damai dengan hati digayuti kekaguman melihat epal merah hijau, peach yang hijau kuning, anggur yang merah ungu hijau juga serbaneka buah-buahan yang tidakku kenali namanya. Dan ingin kunikmati saat itu lagi setelah merasainya sekian tahun sehingga tamat pengajianku di university Manchester.
Pulang ke tanah air dengan ijazah pengurusan perniagaan tentulah aku akan berkerja dalam bidang yangku pelajari dengan sangat gigih itu. Tidak susahpun aku hendak menjawat jawatan yang penting bersangkutan bidang tersebut kerana jawatan GM/general manager memang telah tersedia untukku. Buat sementara waktu sepanjang aku meneruskan pengajianku di Manchester,  mamaku yang memangku jawatan yang Allahyarham dedi  telah wasiatkannya kepadaku. Perlulah aku mengisi ilmu di dadaku dengan perkara yang menyangkut bisnis dalam segenap aspek sebelum aku digalaskan dengan tanggung jawab menguruskan syarikat dedi yang agak terkenal di antara syarikat-syarikat terkenal di Malaysia dalam bidang alatan perubatan.
Mama yang menggalakan dedi untuk menceburi bidang ini setelah perniagaannya dalam bisnis impot ekspot kenderaan pelbagai jenis mengalami kerugian kerana persaingan sengit pemain-pemainnya yang aktif dalam bidang ini. Prospek perbekalan alatan perubatan kepada pihak hospital dan lain-lain pihak yang memerlukannya amat baik menurut mama kerana tidak ramai anak bangsa yang menceburinya.
Mamaku memang tahu soal itu kerana mamaku bergelut dalam bidangnya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan. Keperluan perbekalan pada alatan perubatan memang kritikal dan hanya bergantung kepada syarikat-syarikat dari luar negara semata. Apa salahnya sekiranya anak bangsa turut menyumbang sedikit kepada keperluan semasa dengan turut bergiat sama. Beberapa kilang dedi dirikan untuk memproduksi barang dagangannya yang pada mulanya hanya memenuhi keperluan alatan perubatan tempatan tapi menjangkaui pasarannya hingga ke negara luar juga justeru ada permintaannya.
Perniagaan dedi berjalan lancar dan kukuh stabil sehingga dedi meninggal dunia dalam kemalangan udara tika menghadiri majlis perkahwinan anak salah seorang sahabat perniagaannya. Cessna yang dinaiki dedi bersama mamaku terhempas di dalam belantara Bentong. Mamaku masih panjang umurnya dan ditemui selamat dalam usaha pencarian yang dilancarkan anggota keselamatan negara justeru tercampak keluar daripda Cessna sebelum Cessna itu meletup dan mengorbankan dediku dan juruterbangnya. Tragedi sadis yang menimpa dedi membuatku meratap kesedihan. Apalagi mamaku.
Bertahun-tahun juga mamaku mengalami tekanan jiwa, kemurungan lantaran kehilangan suami kecintaanya iaitu dediku. Mamaku seorang pakar psychiatris tapi jiwanya yang lemah ekoran insiden yang merentap jantungnya itu membuatnya jatuh terjelepuk.  Semakin dia memahami kondisi mereka yang mengalami masalah tekanan jiwa yang mampu dikawalnya hanya dengan bantuan ubat-ubatan. Ubat yang mampu melemahkan emosi umpama harimau yang disuntik pelali.
Seorang pesakit mamaku juga hilang kewarasannya kerana tertekan dengan tragedi kehilangan suaminya dalam insiden yang seakan sama dialami mamaku. Dan mamaku prihatin sekali dengannya lantaran diabaikan keluarganya kerana sikapnya yang suka mengamuk dan memberontak tiba-tiba meledak bagai bom jangka itu. Setelah diberi rawatan emosinya kembali normal dan dihentikan rawatannya dengan dibekali pil aneka jenis yang perlu diambil. Tapi wanita sebaya mama, pesakit jiwa mamaku itu dikembalikan semula ke hospital oleh keluarganya setelah beberapa hari saja berada di rumahnya. Begitulah perulangan kisah itu berlaku sehingga mamaku jatuh kasihan dan simpati amat terhadap pesakitnya itu.
Mamaku mengambil keputusan untuk membawa pulang aunti Syarmila ke rumah kami dengan niatnya tentulah hendak memberi rawatan terbaik yang mampu diberikan seorang doktor kepada pesakitnya yang satu itu. Menurut pemahamanku begitulah. Aunti Syarmila boleh dipulihkan kemurungan jiwa yang dialaminya dengan ubatan dan perhatian mereka yang prihatin kepada dirinya kata mamaku kepadaku. Janganlah biarkan dirinya diganggu dengan gangguan emosi yang bercelaru dalam delusi sentiasa di dunia fatamorgana yang luas tiada penghujungnya.  Walau hatinya sedih dan menangis tapi sentiasa berketawa tidak tentu masa. Berhalusinasi sambil berdialog sendirian seolah berteman dan alogia adalah petanda psikosis skizofrenia.
Skizofrenia yang dinadapi auntie Syarmila boleh diubati dengan sentiasa mengambil pil Ahalorbedol dan Akhlorbernazzin di samping cara pemakanannya yang nutrisinya adalah omega 3 dan omega 6.
Mamaku merasa dialah yang selayaknya memberi pertolongan kepada pesakit jiwa itu lantaran dia sangat memahami kondisi pesakitnya. Aku ikut saja apa keputusan mamaku kerana mamaku berhak membuat keputusan apapun yang terbaik difikirkannya. Dan aku yakin aunti Syarmila tidak akan menimbul masalah kepadaku kerana di rumah kami ada ramai pembantu.  Di dapur ada dua pembantu yang kerjanya cuma memasak dan menguruskan tentang dapur saja. Mak cik Inah dan kak Sari memang pandai memasak menu kegemaran mamaku dan keluargaku. Kak Sari asal Indonesia dan mak cik Inah pula adalah seorang saudara jauh dengan Allahyarham ayahku. Kedua-duanya amat kusenangi dan mereka juga pastinya menyenangiku.
Pengemas rumah keluargaku dua orang juga. Kedua-duanya orang Filipina. Kerja mereka tentulah mengemas saja di segenap ceruk dan penjuru untuk memastikan kekemasannya agar majikan mereka iaitu keluarga kami berpuas hati. Elli dan Eva memang pakar dengan kerja yang diberi kepada mereka.
Penjaga dan pengurus ruang halaman rumah mamaku hanya Pak Leman saja. Seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Hanya leka melakukan pembersihan laman rumah dan menjaga pohon-pohon dan bunga-bunga yang kesemuanya adalah tanamannya.
Pemandu pula hanya seorang saja. Tugas abang Kadir hanya menghantar mamaku ke hospital dan kemana saja mamaku hendak berpergian. Sedang aku memandu sendiri sahaja  ke pejabat walau mama menyarankan kepadaku untuk menggunakan khidmat pemandu berbayar bagi memudahkan semua urusanku. Tidaklah aku perlu terkocoh-kocoh setiap pagi bergegas menghidupkan enjin terlebih dahulu untuk memanaskannya kemudian baru mempersiapkan diri seadanya sebelum bersarapan dan bertolak ke pejabat.
Lebih mudah kalau ada pemandu sendiri dan aku cuma perlu masuk kereta dan menghenyak ponggong di sit belakang dan tangan menyelak lembaran akhbar The Edge atau Financial Times. Kejora mata menyorot berita urus niaga ekonomi sedunia dengan amat selesa tanpa perluku perhatikan jem di jalan raya yang amat sibuk setiap pagi pada waktu berkerja. Yang penting sampai dengan selamat dan tepat masuk pejabat mengikut masa berkerja yang ditentukan.
Tapi itu kisah kebanyakan karyawan pejabat yang punyai kedudukan tinggi dalam organisasi mereka  yang sentiasa menarik perhatian umum namun tiada kena mengena denganku. Kalau boleh aku hanya hendak bermotosikal saja ke pejabat sesuai dengan naluri usia mudaku tapi mamaku tidak sesekali membenarkan puterinya nan seorang ini melakukannya. Bimbangkan aku kepanasan dan kehujanan atau alami kemalangan  dihimpit kenderaan besar yang menguasai jalanraya tanpa mempedulikan keselematan pemandu-pemandu kenderaan kecil samada motor atau kereta kata mamaku.
Sebelum memulakan  perjalanan mamaku mengajarku doa-doa perjalanan yang perluku hafal agar perjalananku dilindungi Allah daripada sebarang mara bahaya sehingga selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Dan perjalananku yang lebih jauh ke benua Eropah akan ku atur tidak lama lagi. Tapi!
Ada rasa termengkelan dan kemusykilan yang menyesak rongga rentetan frasa pendek itu. Auntie Syarmila menimbulkan gara-gara pula. Aku pula yang menjadi tidak keruan dibuatnya. Sedang mamaku yang sepatutnya berada di sisiku untuk membantu menyeselesaikan permasalahan auntie Syarmila tidak ada kerana sedang mengikuti kursus mengenai kerjaya yang sedang dipraktikkannya di sebuah pusat perubatan yang terkenal  di India.
Auntie Syarmila sering mengganggu kerja-kerja kak Suri dan mak cik Inah di dapur secara dengan pantas mengambil pisau yang digunakannya untuk meracik apa saja. Jikalau dilarang sikapnya bertukar agresif dan menakutkan sekali adu mereka kepadaku. Membuatkan kedua-dua tukang masak itu tidak berani berada di dapur kerana risaukan keselamatan diri sekiranya aunti Syarmila tiba-tiba mengamuk menggunakan peralatan dapur yang kebanyakannya tajam dan perlu dikendali sebaiknya. Memasak tentulah menggunakan api dan tabung gas yang menyalurkan api ke dapur bolehjuga menyebabkan kebakaran banglo  besar di pinggir kota itu sekiranya aunti Syarmila bermain-main dengan api di dapur.
Sudahnya pintu dapur sentiasa perlu dikunci ketika kedua-dua pembantu dapur itu mahu memasak atau meninggalkannya. Ruang dapur tidak lagi tempat yang menyelesakan buat kak suri dan mak cik Inah seperti yang dirasakan mereka selama ini.
Kala malam pula auntie Syarmila kelihatan susah hendak lelapkan mata dan dia menghala langkahnya ke segenap ruang sambil tangannya membongkar apa saja dan menyepahkannya di lantai. Habis berserak buku-buku di library mama dan Allahyarham dediku digeledah dan dilambakkannya merata. Merungut pula Eva dan Elly kepadaku kerana aunti Syarmila menyebabkan kerja-kerja yang mereka perlu buat bertambah banyak. Aku cuba memahami masalah mereka dan ligat memikirkan solusi kepada permasalahan  aunti Syarmila ini. Kenapa agaknya aunti Syarmila berperangai begitu? Sepanjang ada mamaku tidak pula sikapnya menyusahkan sesiapa. Nampaknya tenang dan normal saja. Mungkin barangkali auntie Syarmila tidak mengambil ubat-ubat sebetulnya mengikut jadual. Jikalau ada mamaku pasti mamaku akan sentiasa mengingatkannya. Keperluan kepada ubat yang mengawal kecelaruan emosi pesakit mamaku itu ternyata begitu penting.
 Tiada mamaku tiada sesiapa yang memerhatikan keadaan auntie Syarmila. Hendak diharapkan aku sukar juga. Masa sentiasa mencemburui dan aku terpaksa berkejar dengan masa lantaran kesibukan mengendalikan syarikat peninggalan dediku. Seawal 7.00 pagi sudah ke pejabat dan pulang keletihan kadangkala lewat malam. Masaku untuk memberi  sedikit perhatian kepada autie Syarmila kurasa tidak ada. Aku cuma mengharapkan pembantu-pembantuku di rumah sepanjang ketiadaanku dan mamaku menguruskan apa saja masalah aunti Syarmila. Tapi sebaliknya pula jadinya.
Terpaksalah aku menyerah kalah kerana aku tidak mampu menjadi sebaik mamaku dalam mengurusi seorang skizofrenia. Aku pun bukan mamaku yang sangat arif dan pakar dalam kerjaya yang dijiwainya selama ini. Keputusan yang kuambil untuk kemasylahatan auntie Syarmila dan semua yang berada di bawah tanggungjawabku tentu mamaku akan mempersoalkannya.
“Kenapa kembalikan aunti Syarmila kepada keluarganya? “
“Kan mereka itu keluarganya terdekat. Kenapa mama dan kita pula yang perlu menjaga aunti Syarmila. Sedang mereka senang-senang saja lepas tangan. Tugas mama tu mama perlu selesaikan di hospital saja, kenapa perlu mama bawa pulang ke rumah pula?”
“Sebenarnya kau langsung tak faham apa yang mama sedang lakukan sebagai tanggungjawab mama sesama manusia dan amal kebajikan mama demi Allah Sayang.”
“Ish! Mama ni ada saja.”
“Sayang nak tahu ya? Biar mama jelaskan.”
Penjelasan mamaku dinantikan aku dengan sabar.
“Auntie Syarmila seorang yang baik. Sebenarnya dia kawan mama juga walau tidak terlalu rapat. Dia tidak minta ditakdirkan begitu namun ketentuan Allah tidak mampu untuk kita duga bagaimana bentuknya yang terjatuh di lorong hidup kita hari ini atau keesokannya. Peranan kita sebagai hamba-hamba-Nya adalah membantu setakat terdaya untuk meringankan bebanan yang mereka tanggung. Mama ingin membantu auntie Syarmila kembali kepada kehidupannya sediakala dengan bantuan ubatan yang ditentukan dan perhatian.
 Keadaan dirinya yang alami serangan sakit saraf mental tidak boleh dibiarkan. Ramai pesakit skizofrenia yang telah pulih dan kembali normal menjalani kehidupan seperti ramai yang lain. Sakit mental pun seperti sakit-sakit yang lain juga yang perlu diubati untuk kesembuhannya Sayang! Cepat atau lambat pemulihannya tergantung kepada kita yang berusaha dengan izin Allah jua. Setiap kita yang berusaha pasti ada kejayaannya.
Mama dulupun berusaha keras untuk hidup di tengah belantara seorang diri kala eksiden Cessna berlaku dengan tidak putus-putus berdoa kepada-Nya agar mama dapat kembali menemui Sayang dan semua yang mama sayang. Hanya kuat bergantung dengan tali-Nya sesungguh hati.”
Mama terkedu. Sebak di dadanya yang beriak di wajahnya yang pilu sayu membuatku drastic memeluknya. Mama pasti teramat sedih mengenangkan pengalaman yang menyebabkannya trauma yang masih berbekas di hatinya. Apalagi insiden penuh tragik itu mengorbankan dediku, suami kecintaannya. Air mata kelihatan bergenang bening di kelopak mata mamaku namun tidak tumpah.
Tiada bicara lagi bagai malaikat lalu kata orang dulu-dulu. Mamaku sedang berusaha menenangkan jiwanya yang berkocak tiba-tiba. Menyesal pula aku bertindak bodoh tanpa pengetahuan mamaku terlebih dahulu terhadap aunti Syarmila.
“Sayang minta maaf banyak-banyak ya mama. Kalau mama masih mahu merawat aunti Syarmila di rumah kita, Sayang boleh minta abang Kadir mengambil aunti dari rumah keluarganya.”
“Tak mengapalah sayang. Mungkin aunti Syarmila juga rindu untuk kembali ke rumahnya dan bersama keluarganya. Kita tengoklah dulu bagaimana perkembangan hidupnya selanjutnya sementara ini.”
Mama menggenggam tanganku erat dan kejora matanya menikam wajahku.
“Mama rasa hendak berehat pula sebelum hujung tahun ini dan berhajat mengerjakan umrah di tanah suci.”
“Elok juga mama bercuti sambil merehatkan diri. Selama ini mama asyik berkerja saja.”
“Sayang mahukah temankan mama.?”
“Sayang bercadang hendak ke Manchester sambil keliling Eropah hujung Disember ini.”
“Kan sudah selalu Sayang keliling Eropah semasa menuntut di sana dulu? Buat apa nak ke sana lagi? Mama rasa Sayang tidak pernah lagi ke tnah suci Mekah.  Mama dan dedi selalu juga ke sana tika Sayang sedang belajar di Manchester dan merasa terkilan tidak dapat membawa Sayang bersama.”
Aku merasa amat berat hati hendak menolak permintaan mamaku ini walau aku rasa mamaku amat mengerti jika alasan yang kureka boleh diterimanya. Dan tidak memaksaku mengikutinya.
“Kita ke sana bertamu ke rumah Pencipta kita. Kenapa tidak mahu pula. Di sana kita terlalu dekat dengan Dia walau dimana saja kita dekat dengan-Nya tapi di tanah suci yang kita jejak kaki lebih istimewa lagi. Sambil kita beribadat dengan banyak memohon doa Allah meredai kita, mengampuni semua dosa-dosa kita yang telah lalu, yang tersembunyi atau yang tidak kita ketahui dan semua amal ibadah kita diterima-Nya, bolehlah kita melawat peninggalan sejarah rasullullah saw menyebarkan syiar Islam dengan penuh kesukaran.”
Mama memelukku erat. Kehangatan kasih sayangnya kurasakan menyerap hatiku.
“Jom temankan mama ya. Sekali Sayang sudah ke sana Sayang pasti akan sentiasa hendak mengulanginya berkali-kali. Dan mungkin terlupa hendak ke Eropah, Amerika, Jepun, China dan serata tempat indah di dunia yang telah Sayang kunjungi selama  ini.”
Teruja mendengar kata-kata lunak syahdu mamaku membuatku membatal hasratku berwisata ke Eropah seperti rencanaku pada mulanya. Rupanya bukan aku seorang yang mam ajak menemani perjalanannya ke tanah suci Mekah. Seisi rumah kami termasuk kak Suri, mak cik Inah, abang Kadir, Pak Leman pun ikut sekali. Elli dan Eva tidak ikut kerana mereka pulang bercuti ke Zamboanga Filipina kampung halaman mereka.
Mamaku tidak lokek berkongsi rezeki dengan mereka yang selama ini berkhidmat dengan jujur kepadanya dan keluarga kami dengan tidak hanya mengaut seorang rasa bahagia beribadat sambil berziarah ke tanah suci. Tapi turut diberi kepada mereka yang tidak mampu melangsaikan niat suci berumrah ke tanah suci kerana masalah kewangan. Dan baruku tahu pula bahawa kak Suri, mak cik Inah, abang Kadir dan pak Leman adalah bekas pesakit skizofrenia yang pulih dirawati mama dengan izin-Nya jua. Subhanallah! Maha suci Allah.

Tamat.
 


18 ulasan - "PERJALANANKU..."

iryanty ahamad delete icon 29 November 2015 3:24 PTG

assalamualaikum ...kak..
singgah petang kat cni

paridah delete icon 29 November 2015 4:20 PTG

wsalam yanty selamat ptg...tksh rajn singgah.

Agusman Rizal delete icon 29 November 2015 5:45 PTG

Assalamualaikum...Paridah...
Pa khabar ?...mana yg dipilih ke Eropah atau ke Mekah ?

nohas delete icon 29 November 2015 8:36 PTG

suka cerpen mcm ni..

paridah delete icon 29 November 2015 9:21 PTG

tksh nohas sudi baca...

Wa delete icon 29 November 2015 9:25 PTG

Bilalah kita dapat jadi tetamu Allah ni :) Rajinnya akak berkarya..macam mana dapat idea tu kak...senang ke...

paridah delete icon 29 November 2015 9:25 PTG

wsalam agusman rizal...kak insyaAllah ok jer tksh ingatannya ...hrp dik agusman juga sht sjhtra hndaknya...
hati perlu buat pilihan tepat.

paridah delete icon 29 November 2015 9:55 PTG

insyaAllah wa tentu ada tika n waktunya...kak bukan rajin sgt wa...tapi sebelum kak merapu di blog kak tulislah karya kreatif dulu...berhari-hari juga nak siapkannya...ideanya dgn banyk membaca n ilham yg Allah beri ...kdg2 blank no idea juga...tq wa.

Fidah Shah delete icon 29 November 2015 11:01 PTG

best juga layan cerpen malam2 ni sambil pekena kopi o secawan :)

Bunda_nora delete icon 30 November 2015 6:14 PG

betul tu sekali terlayan dan terbuai jugak kan Fidah Shah...

paridah delete icon 30 November 2015 9:07 PG

tksh fidah sudi juga layan cerpen biasa2 kak ni...

paridah delete icon 30 November 2015 9:08 PG

yeke bunda..tksh bunda sudi layan juga cerpen kak ni..

dear anies delete icon 30 November 2015 11:49 PG

org filipina?

paridah delete icon 30 November 2015 2:18 PTG

heh,,heh,,kan ramai filipinas kat Msia ni anies.

Etuza Etuza delete icon 30 November 2015 6:26 PTG

rajin Pi mencatat cerpin ..semoga berjaya juga nanti ke mekah..amin

paridah delete icon 30 November 2015 9:19 PTG

nak tulis artikel xberapa reti cikgu, tulis cerpen jerlah...tq cikgu etuza.

Dunia Zumal delete icon 1 Disember 2015 5:01 PG

Cerpen terbaik ^-^

paridah delete icon 1 Disember 2015 9:58 PG

YEKE? XLAH ZUMAL BIASA2 SAJA...TQ.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”